BAB 5

4.2K 83 27
                                    

Hari yang dinantikan tiba juga. Aisya cantik bergaya mengenakan sepasang abaya kosong dengan lace di lengan berwarna pink. Dikenakan pula shawl dusty pink di kepala. Persis model!

"Eh, bila mekap macam ni memang muka kau seiraslah dengan Siti Saleha artis kita tu. Patutlah zaman kolej dulu ramai cakap kau dengan dia kembar," puji Anis, sahabat sejak di universiti setia di sebelah Aisya. Aisya mencebik. Dia hanya mampu bersyukur dengan apa yang dia ada.

Anis memandang Aisya yang masih confuse dengan pilihan sendiri. Dia faham perasaan Aisya memandangkan Aisya cerita dari A hingga ke Z. Tapi apakan daya, restu ibu dab bapa tu penting untuk mencapai reda Allah.

"Cantiklah kau hari ni, Sya. Simple but gorgeous sangat!" bisik Anis.

Aisya hanya mampu tersenyum. Hatinya makin berdebar. Dia sendiri rasa seperti masih bermimpi. Hari ini status dia akan bertukar. Menjadi tunang orang. Macam mana perangai bakal tunangnya masih menjadi persoalan. Dari gambar dia yakin bakal tunangnya ini seorang yang penyayang, bertanggungjawab, rendah diri. Rupa? Sangatlah perfect! Dia sendiri tak pernah berangan untuk punyai tunang sehandsome itu. Kulit tak gelap dan tak putih sangat. Tapi boleh dikategori cerah. Hidung memang mancung.Senyuman tu paling mencairkan hati. Tapi macam familiar wajah tunangnya apabila direnung balik gambar tersebut. Bak kata Anis macam pelakon Korea!

Ah! Adalah tu aku jumpa pelanduk serupa dia kat mana-mana. Aisya menyedapkan hati.

"Oi, cik kak. Keluarga mentua dah sampai. Simpanlah gambar tu." Aisya tersengih macam kerang busuk memandang Anis.

"Potong betullah kau ni. Aku baru nak berangan. Dia ada tak kat luar?"

Anis menggelengkan kepala menjawab soalan Aisya. Aisya melepaskan keluhan. Frust! Tak dapat bersemuka dengan bakal tunangnya.

"Eh, kau ni. Jangan masam muka tu. Dah macam minah tempe. Tapikan Sya, aku hairanlah... Kenapa kau tak mesej aje Danial kau tu cakap nak jumpa ke, apa ke? Ni bukan setakat mesej, call pun tak pernah. Entah-entah dia sengau ke, gagap ke, kau tak tahu," ujar Anis hairan dengan perangai kawannya itu.

"Oi! Mulut jangan masin sangat. Mak aku cakap dia normal! Normal! Tak ada semua tu. Aku bukan tak nak mesej dia. Tapi aku malulah. Takkan perempuan start dulu, kan. So aku biarkan ajelah. Lagipun sekarang ni aku sibuk sikit. Tak sempat nak fikir semua tu. Aku pun assumelah dia pun busy," balas Aisya. Dia sendiri tak nafikan kesibukannya di pejabat menyebabkan dia sendiri tak berkesempatan untuk menghubungi Danial.

Majlis pertunangan berjalan dengan lancar. Mas kahwin sebanyak RM3333.33 dan hantarannya pula RM17777.77. Ikutkan Aisya, dia hanya mahu RM7777.77. Dia tidak meletakkan hantaran yang begitu mahal. Dia hanya mahu bersederhana. Namun keluarga Dato Najmi sendiri yang berkeras untuk bagi RM17777.77. Kata mereka itupun sedikit.

Tarikh perkahwinan dua bulan dari sekarang. Sebentuk cincin emas Habib Jewels terletak indah di jari Aisya. Senyuman di bibir Aisya menggambarkan perasaannya yang gembira menjadi tunangan orang. Namun Aisya lebih gembira melihat senyuman yang terukir di wajah Haji Harun dan Hajah Faridah .

Dia bangga dapat menggembirakan hati ibu bapanya. Ramai tetamu dan ahli rombongan keluarga Danial yang hadir. Aisya diperkenalkan dengan kakak-kakak Danial. Ternyata mereka sangat ramah dan mudah mesra. Faizura dan Farah turut gembira melihat bakal adik ipar mereka. Cantik dan berbudi bahasa.

Adik! Untunglah kau. No wonderlah papa beria-ia sangat nak buat Aisya ni jadi menantu dia. Sangat cantik, dik! Macam Siti Saleha sikit rupa dia. Tapi akak rasa dia manis lagi. Hehe. Berbudi bahasa pulak tu dik. Jangan menyesallah dengan keputusan kau ni. Nanti akak send gambar.

Danial menutup inbox pesanan ringkas. Dia tiada perasaan untuk terus membaca mesej Kak Farah. Setakat cantik macam siti Saleha, dia boleh dapat berkali-kali ganda cantik daripada itu kalau dia nak. Ditatap gambar gadis yang kini menjadi tunangnya. Manis! Dia sendiri tawar hati untuk mengambil tahu pasal pertunangannya ini. IPhone yang dipegangnya terus disimpan.

"Tahniah bro! Status baru nampak?" Syafiq datang lalu menepuk bahu Danial. Danial mendiamkan diri. Tak ada mood nak layan.

"Status baru apa ni?" Datang pula Mila menyampuk dan mengambil tempat di sebelah Danial.

"Eh, kau tak tahu ke Mila?" tanya Syafiq hairan. Selalunya Milalah paling laju dapat maklumat daripada Danial. Mila menggeleng sambil mengerutkan dahi.

"Kawan kita ni. Encik Danial Firdaus Dato Najmi. Mulai hari ini sudah pun menjadi tunang orang. Pilihan keluarga. Titik!" beritahu Syafiq dengan nada bangga.

Mila tergamam. Berita apakah yang dia dengar ni? Matanya melirik ke arah Danial. Danial hanya mendiamkan diri.

"Hello... Hello Cik Hanis Armilia Tan Sri Shamsuddin. Are you there?" Syafiq melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Mila setelah melihat Mila hanya mendiamkan diri.

"Errr, sorry... Seriously? Danial? Betul apa yang Fiq cakap ni?" Mila tersedar. Dia cuba mengawalkan reaksinya. Danial hanya mengangguk. Dunia Mila gelap. Terasa seperti ada sebiji batu besar menghempap kepalanya. Terkejut dan kecewa dengan apa yang dia dengar.

"Wah, tahniah kawan! Eh, sorry. I nak pergi washroom kejap."

Mila terus berlalu pergi. Air mata diseka cepat. Takut dikesan oleh Danial dan Syafiq. Di dalam tandas, air matanya berjuraian turun tanpa dipinta. Hatinya hancur.

Sampai hati kau, Danial. 10 tahun lebih aku suka dan sayang kau. Kau buat macam ni dengan aku. Kau tak pernah faham perasaan aku. Hati Mila meraung. Mila sedar selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dia pasti Danial tak pernah tahu selama ini perasaannya bukan hanya sebagai kawan, tapi lebih daripada itu. Silap dia tak meluahkan isi hatinya. Dia malu dan takut kehilangan kawan jika Danial tahu perasaan sebenarnya.

Malam tu setelah Danial dan Syafiq pulang, Mila memandu kereta ke Zouq. Kelab malam yang sentiasa memberi dia kebahagiaan ketika stres. Malam itu Mila enjoy tanpa menghiraukan dunia. Arak yang sudah bertahun-tahun ditinggalkan kerana permintaan Danial, diteguk kembali. Hatinya hancur. Kecewa dengan apa yang didengari tadi. Dia mula mabuk dan tak sedar siapa yang berada di sekelilingnya. Akhirnya dunia Mila kelam, kelam dan kelam.

"Mila! Mila!" Ketukan bertalu-talu kedengaran. Mila menutup telinga dengan bantal. Rimas tidurnya diganggu.

"Anak kesayangan awak tak bangun lagi? Membungkam sampai tengah hari?" soal Tan Sri Shamsuddin sambil membelek-belek News Straits Time.

"Puas saya ketuk pintu. Langsung tak dijawab. Tadi bibik cakap dia bangun pukul 5 pagi, dia nampak Mila baru balik dalam keadaan mabuk," ucap Puan Sri Maria. Risau dengan keadaan anak tunggalnya itu.

"Awaklah, manjakan dia sangat dari kecil sampai ke besar. Apa yang dia nak awak bagi. Dah jadi macam ni kita nak buat apa?" sambung Tan Sri Shamsuddin sinis. Dari kecil sampai besar soal anak memang dia serahkan kepada isterinya. Kesibukannya dalam dunia perniagaan membuatkan dirinya mengabaikan anak tunggalnya itu.

"Senang awak cakap. Awak apa tahu? Semua perkara pasal Mila tu saya uruskan dari dia tadika sampai ke universiti. Awak tu dulu kadang-kadang sampai 3 bulan sekali baru jumpa dia. Outstation sana sini."

"Habis tu every month saya bagi awak 25K untuk duduk di rumah, jaga Mila, apa awak buat? Berjoli sana sini. Mila keluar dengan siapa, pergi mana, ada awak tanya dia?" Suara Tan Sri Shamsuddin makin meninggi. Tak puas hati apabila kerjanya dipertikaikan Puan Sri Maria.

Tanpa disedari, Mila yang berada di tangga mendengar setiap patah kata yang dikeluarkan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia berlari masuk ke bilik kemudian menghempas pintu sekuatnya. Air matanya mengalir lagi. Dia tak nafikan hidupnya memang mewah. Apa yang dia nak semua dapat. Tapi tiada siapa yang faham, dia kekurangan kasih sayang. Dari kecil sampai besar boleh dikira dengan jari berapa kali dia didakap ayah sendiri. Mummy dia pula, setiap hari keluar dan tak pernah tanya soal hidup dia, dengan siapa dia berkawan, ke mana dia pergi... Hanya tanya makan ke tidak, ada duit atau tidak. Itu saja yang mummy tahu.

Frame gambar dia dan Danial dicapai lalu dibaling ke arah pintu. Pecah berderai. Hatinya marah! Geram! Hatinya masih tertanya-tanya perempuan mana yang kini menjadi tunangan Firdaus.

Kau tunggu, perempuan. Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing, bisik Mila sendiri. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 26, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KAU? CEO AKU? - MAYA RAHMANWhere stories live. Discover now