BAB 2

2.6K 58 0
                                        

Aisya berdiri di hadapan bangunan 3 tingkat. Dia memandang setiap manusia yang lalu-lalang di situ. Dia rasa sedikit awkward. Keputusannya untuk mendengar kata-kata mama dan babanya dibuat pagi ini juga. Pagi yang sepatutnya dia lapor diri sebagai pekerja baru di Megah Holding. Aisya mengenakan sepasang kurung moden biru kosong dan shawl bercorakkan bunga orkid biru lembut. Dia berjalan menuju ke arah kaunter pertanyaan.

"Hai. Hello... Errr assalamualaikum. Saya Aisya. By the way, saya datang untuk ini..." Kelam-kabut Aisya memulakan bicara. Dia menghulur surat tawaran ke arah gadis berusia dalam lingkungan 30-an.

"Oh, new staff. Tunggu sebentar, ya. Erm, cik boleh duduk dulu." Lembut layanan yang diberi. Aisya hanya menguntumkan senyuman manis.

"Erm, Cik Aisya, saya dah informkan kepada finance manager kami. So Cik Aisya boleh naik tingkat tiga dan berjumpa dengan Encik Mahmud. Finance manager kami," beritahu pekerja wanita itu.

Aisya berjalan menuju ke arah bilik yang diarahkan oleh gadis itu tadi. Semua mata tertumpu ke arahnya. Makin tak keruan Aisya.

Aisya membuka pintu setelah dibenarkan masuk. Seorang lelaki kira-kira dalam lingkungan 50-an, bermisai kemas, tersenyum ke arahnya. Aisya membalas senyuman lelaki itu.

"Nur Aisya Sofia bintu Haji Harun. 24 tahun. Lepasan Universiti Malaya!" Encik Mahmud memulakan bicara.

Haish, pak cik ni... Tak sempat aku nak taaruf, dia pulak taarufkan diri aku, omel Aisya dalam hati.

Encik Mahmud tersenyum seolah-olah mendengar kata hati Aisya.

"Kamu jangan risau. Saya bukannya stalk kamu kat mana-mana. Saya dah dapat info kamu dari HQ Megah Holding. Semua resume kamu saya dah baca. Not bad kamu ni. No wonderlah HQ hantar kamu ke sini." Kenyataan Encik Mahmud menambahkan lagi kekusutan di dalam kepala Aisya.

Resume? HQ? Apa pulak ni? Bila masa aku hantar resume ni? Tapi segala persoalan Aisya dipendamkan dahulu. Aisya hanya mampu mengangguk, mengiakan kata-kata Encik Mahmud.

"So, kamu dah bersedia nak start kerja?"

"Insya-Allah Encik Mahmud." Aisya mengukir senyuman .

"Tapi sebelum tu saya nak tanya. Tadi Encik Mahmud ada cakap pasal HQ Megah Holding, kan? So ni branchnya saja ke?"

"Oh, mungkin kamu tak tahu lagi pasal syarikat kami. Megah Holdings ni HQ dia dekat Cheras, KL. Dalam negara ni ada 5 branch dia. Dan 2 di luar negara."

Boleh tahan besar company ni. Macam manalah aku boleh dapat kerja di sini? bisik hati kecil Aisya.

Selesai sesi perkenalan dengan Encik Mahmud, Aisya diperkenalkan dengan semua staf department finance.

"Hai, nama saya Fatini. Panggil Tini aje. Ni Kak Syaf. Nama penuh Syafina. Ha, yang cantik, keding macam lidi ni Kak Syahida. Panggil Kak Ida aje. Abang yang berlagak macho ni Abang Zaidi. Paling tua antara semua staf." Fatini memperkenalkan semua staf kepada Aisya. Kedatangan Aisya disambut baik oleh semua staf di situ.

"Aisya, kat bawah ada lagi 4 orang staf department sales and marketing, dan paling bawah sekali ada lagi 2 staf human resources. Nanti lunch hour Tini kenalkan. Sebab department sales and marketing tengah mesyuarat," beritahu Fatini ramah.

Tepat jam 1 petang, kelihatan Fatini memberi isyarat kepada Aisya untuk keluar makan.

"Jomlah makan." Aisya hanya mampu mengikut Fatini, Kak Syaf dan Kak Ida. Restoran Haji Pak Samad menjadi destinasi mereka.

"Dah berapa lama Aisya tamat belajar?" tanya Kak Ida memecah kesunyian antara mereka. Maklumlah, masing-masing tengah khusyuk makan.

"Erm, baru 4 bulan kak." Aisya menjawab lembut.

KAU? CEO AKU? - MAYA RAHMANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang