BAB 4

2.3K 50 1
                                    

DING DONG! Ding dong! Kalut Syafiq bangun dari katilnya setelah mendengar loceng rumahnya ditekan berkali-kali.

"Eh, kau Danial! Dah kenapa ni cari aku tengah-tengah malam buta?" Syafiq terkejut melihat Danial Firdaus tercegat di hadapan pintu kondonya.

Danial berlalu masuk tanpa diundang. Hatinya kusut untuk menjawab pelbagai soalan yang dituju.

"Kau okey ke Danial? Kusut lain macam aku tengok ni?" soal Syafiq sambil memerhati wajah sahabatnya yang masam mencuka terbaring di atas sofa.

"Aku stres, Fiq! Stres!" jerit Danial sambil menggenggam rambutnya.

"Apa masalah kau ni? Cuba cerita dengan aku," ucap Syafiq cuba mengambil peranan sebagai seorang sahabat dan pendengar yang setia.

"Parents aku nak aku bertunang dengan anak kawan papa. Next week! Then if aku tak setuju, semua credit cards, kereta, papa tarik balik. Ha, yang paling teruk papa nak serahkan 6 peratus shares dia dalam Megah Holding dekat si Faris tu. Mahu aku tak hangat. Dahlah papa tak pernah tanya aku langsung. Tiba-tiba next week kena bertunang," luah Danial bengang.

"Hek eleh! Apa besar sangatlah masalah kau ni? Aku ingatkan shares company kau jatuh merudum ke, kau kena saman berjuta-juta ke... Ini tak, nak kena bertunang pun stres macam apa entah," balas Syafiq sambil tergelak kecil. Dia menggeleng memandang sahabatnya.

"Kau tak faham, Fiq. Kau mesti tahu kan apa taste parents aku tu? Dan apa taste aku pulak? Bahagia ke aku nanti? Malulah aku. Dan aku tak diberi pilihan langsung nak terima atau tolak," ujar Danial. Bengang melihat reaksi sahabatnya. Gelak Syafiq terhenti. Sedar sahabatnya benar-benar serius.

"Sekarang ni aku nak tanya, kau dah tengok dia? Gambar ke, apa ke?" Danial sekadar menggeleng.

"Dah tu, yang kau stres macam papa dan mummy kau jodohkan dengan Halimah Jongang tu dah kenapa? Relakslah bro. Aku yakin papa dan mummy kau memang betul-betul cari yang terbaik untuk kau. Diorang pun mesti nak jaga imej diorang ada menantu yang cantik, superb! Asal kau takut sangat nak kahwin? Chill la, bro... Mana Danial Firdaus yang aku kenal?"

"Eh, kau imaginelah... Takkan aku nak bawa perempuan tu ke function-function yang besar, jumpa kawan-kawan kita. Ada juga aku kena gelak. Aku pun ada tastelah!" ujar Danial membayangkan dirinya diketawakan. Itulah antara perangai buruk Danial. Ego! Sentiasa nak dipandang perfect!

Syafiq tersenyum. Dia kenal benar dengan perangai lelaki di hadapannya itu.

"Eleh, kau ni cakap macamlah kau dah tengok dan kenal dia. Entah-entah lagi superb dari taste kau. Ni tak, nak yang seksi memanjang. Kau kena fikir dalam-dalam, Danial. Untuk anak-anak kau nanti juga. Lagipun apa masalah? Bila ada function kau siapkanlah dia bagi cantik-cantik. Lagi satu, aku rasa benefit bila kau dah kahwin ni tak adalah kau rimas dengan staf-staf kau yang menggatal nak goda kau everyday nanti. Kalau kau malu sangat nak kenalkan dia dengan public, kau tak payahlah kenalkan dia. Cukup orang tahu kau dah berkahwin. Bila orang tanya pasal isteri kau, kau cakaplah dia nakkan privasi." Idea Syafiq datang mencurah-mencurah. Kemudian dia meninggalkan Danial untuk terus berfikir dan membuat keputusan yang terbaik.

Danial terdiam. Jauh di sudut hati, dia membenarkan setiap idea yang diberikan Syafiq. Dia melepaskan pandangannya ke arah KLCC yang berdiri megah di tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Vila Jannah sunyi tanpa anak kecil. Sudah dua bulan Faizura, anak sulung Dato Najmi yang kini menetap di Perak tidak pulang ke rumah. Sibuk katanya menguruskan cawangan Megah Holding di Ipoh. Ditambah pula suaminya, Saiful bekerja sebagai engineer Petronas yang memerlukan dia ke luar negara hampir setiap bulan.

Farah, anak kedua Dato Najmi pula yang baru dikurniakan seorang cahaya mata sentiasa sibuk memandangkan kerjaya doktor pakar sakit puan menjadi pilihan. Farahin, puteri bongsu Dato Najmi yang berusia 22 tahun pula masih berada di Rusia mengambil ijazah sarjana muda perundangan.

Kelihatan Dato Najmi bersama Datin Faridah menikmati sarapan bersama. Hampir 40 tahun hidup bersama sudah membuatkan mereka lali dengan kerjaya anak mereka. Deruan enjin kereta R8 Danial membuatkan Dato Najmi dan Datin Faridah berpandangan. Semalaman Danial tidak pulang ke rumah selepas disampaikan hajat mereka berdua kepada Danial.

"Pa, mummy. Danial ada benda nak cakap. Pasal semalam tu, Danial setuju ikut kehendak papa. Tapi... Danial ada syarat," ucap Danial. Dato Najmi merenung mata Danial. Menunggu syarat yang akan dikenakan oleh anak lelaki tunggalnya itu.

"Apa syaratnya, Danial?" Datin Faridah terlebih dahulu bertanya.

"Erm... Danial nak lepas kami kahwin, kami nak duduk asing. Lepas tu Danial tak nak majlis kahwin dibuat besar-besaran sangat. Cukup untuk keluarga, sahabat handai dan client penting. Semua staf Danial tak nak jemput kecuali top management sahaja," beritahu Danial. Dato Najmi terdiam. Datin Faridah seolah-olah terkejut dengan syarat Danial.

"Danial, rumah ni kan besar. Banyak bilik. Kenapa nak duduk asing? Lagipun tak ada siapa nak duduk sini. Kak Fai kat Perak, Kak Farah dekat Melaka. Takkan kamu pun nak duduk jauh?" Datin Faridah bersuara. Tak berkenan dengan syarat Danial untuk duduk asing.

"Danial takkan keluar dari Kuala Lumpur ni," ucap Danial pendek sambil memandang Dato Najmi yang masih tidak memberi sebarang komen.

"Papa setuju dengan syarat kamu. Papa tak kisah.Tapi papa pun ada syarat." Dato Najmi kembali bersuara.

"Walaupun kamu duduk asing nanti, kamu jangan ingat kamu boleh buat apa saja kepada Aisya, isteri kamu. Jika papa tahu kamu mendera dia tak kira fizikal atau batin dan membuatkan dia tak bahagia, bila-bila masa saja papa akan laksanakan apa yang papa cakap semalam. Pasal majlis papa ikut kehendak kamu," sambung Dato Najmi.

Danial terdiam mendengar syarat papanya yang kedengaran seperti memberi amaran kepada dirinya.

"Okey. Kalau kamu pun setuju dengan syarat papa ni, next week jangan lupa kami akan hantar rombongan meminang. Kamu tak perlu ikut. Tapi dua bulan selepas tempoh kamu bertunang, majlis akad dan kenduri akan dilaksanakan. Jadi papa nak kamu uruskan apa yang patut. Kursus kahwin, medical check up semua tu. Pasal baju dan hantaran, kamu bincang dengan mummy kamu."

Dato Najmi mencapai briefcase dan berlalu pergi selepas meninggalkan kata-kata terakhir untuk anaknya. Begitulah Dato Najmi... Seorang yang serius dengan apa saja keputusan yang diambil. Walaupun begitu, Dato Najmi juga dikenali sebagai seorang pemurah dan rendah diri. Dengan anak-anaknya, dia akan bertegas dalam keadaan tertentu sahaja.

"Danial faham tak apa papa cakap tadi?" soal Datin Faridah selepas melihat wajah anaknya semakin kusut.

"Danial faham, mummy. Danial dah biasa dengan papa. Baiklah mummy. Pasal baju, hantaran, deko pelamin ke, apa ke, mummy uruskanlah. Danial ikut saja apa mummy nak. Danial tak kisah. Berapa hantaran, mas kahwin perempuan tu nanti mummy bagi tahu. Danial bank in," balas Danial. Dia rasa tawar hati lantas meninggalkan ruang makan.

Datin Faridah terdiam melihat reaksi anaknya. Kadang-kadang dia sendiri tak pasti mahu ikut siapa. Kesian dia melihat keadaan Danial yang dipaksa. Tapi dia sendiri berkenan dengan pilihan suaminya. Danial dari kecil sampai sekarang memang sentiasa bertahan dengan sikap suaminya yang tegas. Dia tahu suaminya sengaja bertegas untuk mengajar Danial menjadi lebih matang sekali gus dapat mewarisi Megah Holding kelak. 

KAU? CEO AKU? - MAYA RAHMANWhere stories live. Discover now