Doodle #01

137 22 57
                                    

Saya selalu rasa hairan bila tengok lukisan doodle. Asal lukis je tapi lawa. Saya cuba buat. Hmm hampeh jadinya.

Kawan-kawan kata lukis doodle paling senang. Tapi saya masih rasa ianya agak susah. Sebab tak ada idea.

Jadi, saya pun tengok tutorial di youtube dan pinterest. Saya cuba lukis dan susun si comel doodle tu dan tadaa...

 Saya cuba lukis dan susun si comel doodle tu dan tadaa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hidangan minum petang.

"Dan sungguh jika kamu bersyukur, pasti AKU (Allah) akan tambah lagi (nikmat2 pemberianKU)."

🐑🐑🐑

Alhamdulillah walaupun masih jauh dari sempurna, doodle  ni boleh dikira jadi juga kan?

Saya suka seni. Di dunia ni ada macam-macam jenis seni. Seni lukis, seni tulis, seni kraftangan, seni suara, seni tari, seni beladiri, seni masak, seni jahitan malah ilmu hadis dan dakwah pun ada seninya.

Seni lukis je ada banyak cabang. Lukisan realistik, semi realistik, animasi, doodle, nature, abstrak dengan pelbagai peralatannya.

Jadi saya ingin mencuba semua yang boleh. Yang tidak dilarang agama semestinya.

Tapi saya tidak mempunyai masa free yang banyak. Melukis hanya untuk mengisi masa lapang. Rutin dan tanggungjawab perlu didahulukan.

Eh kenapa saya berceramah pula. Ah gomenasai.

🐑 teenyArtz 270318 06:34 p.m
🐑 t sama tu nickname saya di ig 😅

Teeny Artz CollectionWhere stories live. Discover now