Kali ni saya cuba something new. Background dengan teknik wet on wet dan tiupan.
Easy and simple. Semua boleh buat. Dua tiga minit siap. Nak tutorial juga ke?
Ok takpe. Saya suka nak cerita cara kerja saya. Adik TheSyai take note okay 😆
Firstly, basahkan permukaan kertas yang kita nak letak warna. Pastikan kertas awak 135gsm keatas ya.
Titiskan warna (watercolour) merah secukupnya. Kemudian tiup. Saya tiup direct je, ada yang guna straw. Ulang-ulang teknik ni sampai kita dapatkan corak yang kita nak. Boleh lapiskan dengan warna lain. Kat sini saya tambah warna dark blue.
Kemudian saya renjis-renjis warna air guna berus. Dah siap, keringkan.
Yang ini pun lama juga saya mencari idea untuk buat tulisan kaligrafi. Saya tak mahir menulis khat. Tapi saya suka tengok kaligrafi jadi saya cari idea tulisan yang saya boleh buat. Sebab tu saya teruja tengok ada wattpader yang publish seni khat DZHaM081212 .
Jadi inilah tulisan kaligrafi yang saya dapat idea dari font mokhtar. Agak comot saya buat sebab ada silap dan susah nak padam. Harap maklum. Saya budak baru belajar 😅
🌼🌼🌼
Saudaraku,
Beritahu padaku, lautan mana yang tidak pernah bergelora?
Tunjukkan padaku, hati siapa yang tidak pernah resah?
Ceritakan padaku, adakah mata yang tak pernah basah?Saudaraku, Allah yang menciptakan kita telah menegaskan,
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."
[Al Ankabut: 2 - 3]Fa Shobrun Jameel..
seperti kata Nabi Yaakub. a.s ketika ujian menimpanya :".....bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya (fa shobrun jameel), dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu."
(Yusuf: 18)Fa Shobrun Jameel...
Kesabaran tanpa keluhan, itulah yang terbaik. Walakal jannah insyaAllah.🌼🌼🌼
Teeny Artz
160718
YOU ARE READING
Teeny Artz Collection
Non-ficțiuneJust an amateur arts by me. ? Traditional Arts ? Digital Arts ? Artquotes ? Art Story ? Doodle ? ContengConteng ?Tutorial Tak sepandai awak semua. I am still learning #amateur4ever. Hope you like it ?