Bab 2

133 8 1
                                    

Portugal

"Kita kalah teruk. Kapal-kapal kita tenggelam di bedil meriam Melaka." Manuel menghentak meja di bilik mesyuarat itu.

"Apa lagi cara yang boleh kita lakukan? Katakan sahaja. Dendam ini mesti dilunasi. Ketua mereka, Paulo sudah mati akal.

Selain dendam, Melaka adalah rebutan dunia kerana kekayaan dan kemasyhuran yangdimiliki. Mendapatkan Melaka bererti mendapatkan dunia di tangan mereka.

"Selagi mana Hang Tuah ada, selagi itu Melaka kebal." Augusto bangun bersuara.

"Apa ada pada Hang Tuah sehingga dia menjadi begitu hebat? Bukankah dia manusiabiasa seperti kita?" Paulo kelihatan bingung.

"Betul. Kita bunuh sahaja Hang Tuah itu." Cadangan Antonio dipersetujui oleh yang lain.

"Mana Mungkin, tuan. Setiap kali bertempur, sesiapa yang mencabar Hang Tuah pasti bertemu maut. Lihat sahaja pertempuran tempoh hari." Augusto yang terkenal dengan kebengisan ketika berlawan juga nampak kecut waktu itu.

"Dikhabarkan tubuh Hang Tuah tidak dimakan senjata. Senjata tidak boleh menembusi tubuh Hang Tuah. Hang Tuah kebal." Manuel kembali bersuara.

"Mengarut! Apakah kamu percaya pada cerita mistik seperti itu?" Paulo sememangnya tidak percaya kepada unsur tahyul.

"Memang sukar dipercayai tetapi itulah yang sering diperkatakan ramai orang. Menurut sumber, keris di pinggang Hang Tuah adalah keris sakti yang sangat setia pada tuannya. Itulah yang menjadikan Hang Tuah kebal." Eduardo membentangkan hasil risikan yangdiperolehi melalui rakyat Melaka yang berpaling tadah dan menyebelahi Portugal.

"Keris hanyalah sebilah besi. Satu alatan kuno yang digunakan oleh mereka yang tidak punya kepakaran dalam pembuatan senjata canggih seperti kita. Meriam kita lebih besar dan kuat dari sebilah keris." Paulo menyanggah pendapat kebanyakan ahli mesyuarat yang lain meskipun dia tidak punya hujah balas.

"Benar, tuan. Meriam kita memang canggih. Tetapi bukankah Melaka juga punya meriam?Meriam milik Melakalah yang membedil kapal-kapal kita. Kekuatan kita hampir setanding. Namun kita tetap kalah pada sebilah keris sakti yang tuan anggap kuno itu." Eduardoyang sedari tadi tidak banyak bersuara meluahkan rasa hatinya. Lisannya berbisa.

"Baiklah. Teruskan, Eduardo." Paulo diam. Sindiran sinis itu menyebabkan perbezaanpendapat terhenti begitu sahaja.

"Takkan Melayu hilang di dunia, selagi mana mereka berpegang pada Islam. Hang Tuah bukan calang-calang orang. Dia adalah manusia yang rapat dengan Tuhan. Mungkin memang benar Melaka dan Hang Tuah mendapat pertolongan dari Tuhan." Eduardokembali duduk. Dia benar-benar buntu.

"Beginilah. Saya ada cadangan." Masing-masing menumpukan fokus pada Fernandez.

"Kita harus menggunakan helah dalam pertempuran kali ini." Fernandez meneruskan kata.

"Helah yang bagaimana itu?" Paulo kelihatan berminat dengan idea Fernandez.

"Sekiranya pertempuran secara berdepan akan menyebabkan kita berhadapan dengan Hang Tuah, kita bertempur guna cara tradisional. Taktik ini taktik perang lama tetapi hampir kesemua peperangan yang menggunakannya berjaya." Fernandez tersenyum.

Mereka yang lain menanti dengan penuh sabar.


Pasar harian di Melaka


"Kamu ada dengar desas-desus yang terbaru, Kemboja ?" Melati, seorang peniaga kain di pasar menyapa pelanggan tetap dan juga sahabat baiknya.

"Berita apa, Melati? Aku ini saban masa terperuk di dalam rumah menguruskan anak anak, menyediakan makan pakai, mengajar mereka membaca. Tiada masa mengambil tahu hal selainnya." Kemboja kembali membelek jenis-jenis kain yang disusun kemas di atas meja kayu. Meskipun tidak pernah membeli, Kemboja pasti akan singgah ke gerai Melati setiap kali ke pasar.

"Raja kita menawarkan harta kepada sesiapa yang sanggup ditanam hidup-hidup. Baginda ingin mengetahui kehidupan selepas mati." Kemboja memandang Melati dengan raut tidak percaya.

"Benar, kemboja. Aku tidak mereka-reka cerita. Untung apa aku berbohong kepada kamu?" Melati meyakinkan sahabatnya itu.

"Tidak semua yang berlaku di istana akan diceritakan kepada kita rakyat biasa. Boleh jadi apa yang kau dengar itu cuma khabar angin. Siapa yang berani menyahut seruan raja itu?"

Dalam berhati-hati menapis cerita, Kemboja tertanya-tanya.

"Siapa lagi kalau bukan laksamana yang setia mengabdikan diri untuk raja kita, Laksamana Hang Tuah. Beliau kembali dengan menceritakan pengalaman yang dialami kepada baginda raja. Itulah yang aku dengar dari orang ramai. Baginda raja khabarnya insaf dan semakin mendekati agama." Perbualan mereka terhenti apabila seorang wanita singgah di gerai Melati. Setelah selesai urusan jual beli, Melati meyambung ceritanya.

"Setelah turun dari takhta dan mewariskan teraju kerajaan Melaka kepada anakandanya Puteri Gunung Ledang, baginda sultan sudah banyak berubah. Setelah baginda mendapat maklumat tentang kehidupan selepas mati, baginda raja telah menderma banyak harta kepada rakyat." Melati meneruskan bicaranya.

"Setahu aku, sebelum ini pun baginda raja memang pemurah orangnya. Selepas ini, tiada lagi rakyat kita yang miskin. Sekurang-kurangnya harta yang diberi oleh raja itu akan membantu rakyat yang memerlukan." Kemboja masih lagi leka dengan hiasan pada kain kain di hadapannya itu.

"Setelah raja bersara, Bendahara Paduka Raja, Temenggong serta Laksamana Hang Tuah turut bersara. Mereka menyerahkan jawatan-jawatan itu kepada anak-anak mereka. Kita kehilangan permata yang sangat berharga. Sukar mencari pejuang negara yang setianya tidak berbelah bagi setanding mereka. Kelak aku akan mewariskan kisah-kisah perjuangan

Sultan Melaka dan pendekar-pendekar yang agung ini kepada anak cucuku." Melati duduk termenung.

"Betul. Tidak ada guna kita hidup senang atas pengorbanan pejuang dahulu tetapi tidak menghayati sejarahnya. Anak cucu kita harus sedar, keamanan tidak datang dengan harga yang murah." Masing-masing tenggelam dalam keriuhan pasar.

"Apa agaknya khabar mereka? Sudah lama tidak kita mendengar berita tentang pendekar pendekar itu." Kemboja duduk bersebelahan Melati. Hari menginjak tengahari, pelanggan masih tidak ramai.

"Bendahara Paduka Raja khabarnya berada di Tanjung Keling, Temenggong pula di Tanjung Tuan dan Laksamana Hang Tuah di Bukit Jugra. Mereka telah banyak berjasa untuk bumi Melaka bertuah ini. Semoga Allah merahmati mereka walau di mana mereka berada." Melati sentiasa terkehadapan dalam perihal semasa yang berlaku di Melaka kerana sering bergaul dengan banyak orang di pasar.

"Melati, aku harus pulang sebelum anak-anak terjaga. Nanti kita berborak lagi, Melati."

Kemboja pamit sebelum meninggalkan pasar.

"Yalah, Kemboja. Hati-hati di jalan." Melati melambai-lambai pada sahabatnya itu sehingga hilang dari pandangannya.

Mengejar SiganWhere stories live. Discover now