BAB 12

5.8K 198 9
                                    

POV Joshua Faiz


Kenapa hati aku berdebar debar semacam ni? Relaks Joshua, dia cuma peluk kau sahaja, nothing is wrong with that. 

Kenapa hati aku rasa sakit sekali bila aku lihat dia menangis? Hati aku pedih sangat bila dia menitiskan air mata. Apa yang lagi sakit adalah bila dia sebenarnya bersedih kerana perbuatan aku. 

Sepi sungguh perjalanan pulang. Hanya bunyi kenderaan sahaja yang bising. No wonder lah Ryhanis suka menunggang motor dari memandu keretanya. Selain cepat, anginnya kuat. 

Peluknya membuatku tenang. Seperti ia telah melengkapi hidupku. No Joshua, kau tak boleh jatuh cinta. Ingat, kau hanya memerlukan dia kerana dia adalah kelemahan Aiman Shah semata-mata mukanya mirip dengan Sheryl. 

---------

Aku menghantarnya sampai depan pintu condonya. Cukup untuk tahu dia selamat sampai ke rumah. Selepas menhantarnya pulang, aku balik ke ofis.


----------------------------------------------------

POV RYHANIS NATALIA


"Makcik, makcik kena rehat, jadi nanti dah sihat, makcik boleh pulang. " kataku dengan lembut. Kerja sebegai seorang doktor, kita juga harus memeriksa pesakit-pesakit dan memastikan mereka okey. AKu sedang seorang makcik. 

Kasihan makcik ni, tiada siapa yang datang menjenguknya. Aku fikirkan dia hidup sebatang kara rupanya masih ada anak tetapi tiada satu pun anaknya yang ingin menziarahinya. Kasihan.

"Makcik taknak balik....." 

"okey macam ni, kalau makcik makan, nanti kita jalan-jalan dekat bawah okey." tiba-tiba makcik terseyum dengan lebar. Dia terus membuka mulutnya untuk disuap. 

Selepas makan, aku mengarahkan nurse untuk memandikan makcik ini sementara aku pergi memeriksa pesakit-pesakit lain yang dibawa jagaanku. 

"Doctor, sangat cantik ah, " seorang uncle menegurku. Dia dan beberapa pesakit lain tertawa riang. Aku duduk dan berborak sekejap sebelum pergi ke wad-wad orang-orang muda pula untuk memeriksa beberapa pesakit. 

Setelah memeriksa mereka, aku bergegas ke makcik tadi untuk menepati janji aku untuk menemaninya ke taman di salah satu tingkat di dalam hospital itu.  Sedang aku berjalan, mengusap rambutku untuk kelihatan rapi, dari jauh aku terlihat ada beberapa orang sedang duduk, mungkin sedang menziarahi makcik itu. Peluang ini, aku ingin bertemu mereka untuk menerangkan keadaan makcik itu, supaya mereka tahu tentang kos perawatan makcik itu. 

"Bukan apa Timah, abang long kau ni gaji bukannya besar nak tanggung kos perawatan mak. "

"Tapi kak, saya dan Azlee pun bukan orang senang. Abang Long kan anak sulung, kenalah bertanggungjawab sikit."

"Kalau susah sangat kita letak je dia kat rumah orang-orang tua." kata wanita itu lagi. kejamnya dia. Aku pasti dia hanyalah seorang menantu. Mana ada seorang anak yang sanggup berkata begitu depan ibunya yang sedang sakit. Aku masih mencuri dengar. 

"Mak, mak tak kasihankan kami ke, pasal mak, anak-anak mak ni bergaduh tau." kata wanita itu lagi. Biadap! Aku terus menyelak langsir . Mamposlah kau!

"Hi. I'm Doctor Lia, doctor Puan Mariam ." kataku sambil memberi senyuman yang tidak ikhlas.

Mereka terkejut. Tersentak.

"Maaf, saya hendak menerangkan tentang keadaan mak awak boleh?"

"Mak awak has to go through an operation, due to the disease...oh jap, maaf, awak semua faham dan tahu ke apa yang saya terangkan.... kerana naluri saya memberitahu saya bahawa awak sendiri tidak tahu mak awak sakit apa.. "

Suami aku MafiaWhere stories live. Discover now