1#Makhluk DiDalam Bilik Bawah Tanah

103 16 8
                                    

Sementara menunggu pakaianku dicuci,aku duduk diatas kerusi yang berdekatan dengan mesin basuh itu.Aku melilaukan pandangan didalam bilik bawah tanah itu.Banyak-banyak rumah,kenapa mereka sekeluarga harus mendiami rumah ini?

'Streeett!!'
Aku kaget.Aku memalingkan wajah melihat meja yang berada dipenjuru bilik itu.
'Streettt!'
Meja itu bergerak sendiri.Aku menjadi seram sejuk dan bulu romaku menaik.

"Siapa??"Aku bertanya.Sunyi.Aku mencuba menenangkan diriku dan menghadap semula mesin basuh sambil mengelap peluh yang mula membasahi dahiku.

"Warghh!!!"
"Argh!"Aku menjerit nyaring apabila ada sesuatu yang menerjahku.Ayah dan emak tiada dirumah sekarang ini.

"Man!Apa ni?"Aku marah pada adikku,Man.
"Akak dari tadi sembang dengan siapa?"Tanya Man sambil terkekek kekek ketawa.
"Heish!"

'Streett!'Aku dan Man saling berpandangan.Man cepat cepat mengangkat kedua belah tangannya sambil berkata,"Bukan Man yang buat!"
"Huu...Huu.."Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang wajahnya seperti mayat mengesot menghampiri kami.Wajahnya penuh dengan darah dan agak cengkung.Aku mengalirkan air mata kerana ketakutan begitu juga Man.

"Huu..Huu.."Kanak-kanak itu semakin menghampiri kami.Aku mencari kekuatan.
"Kenapa kau ganggu kami?"Tanyaku sambil terketar ketar.Aku kaget melihat kanak-kanak itu mengalirkan air mata darah.

"Jah dikurung papa..."Kanak-kanak yang bernama Jah itu menangis lagi.
"Syhh..Jangan menangis.Kau asalnya dari mana?"Tanya ku tidak melihat wajah Jah.Mahu pengsan aku dibuatnya.

"Keluarga Jah orang yang baik..Tapi tiba-tiba papa bunuh mama,Jah cuba menghalang tapi papa kurung Jah dalam bilik bawah tanah ini..Huu..Huu..."

Man memegang erat tanganku kerana ketakutan.Baru ku faham.Rupa-rupanya roh disini tidak aman..Apa harus aku lakukan agar roh ini dapat bersemadi bersama jasadnya dengan tenang?

"Jadi,apa yang membuatkan kau tidak aman dan masih terkurung disini?"
"Tolong Jah..."Rayu kanak-kanak itu.
"Apa yang aku boleh tolong,aku cuba."Tanya ku.

"Tolong cari jasad Jah dan jasad mama...."
"Jasad masih berada disini?"
Kanak-kanak itu mengangguk perlahan.
"Tetapi dimana?"Soalku.
"Jah tak pasti..Kali terakhir Jah nampak mama diruang tamu..Jah pula dibilik ini......."Jawab kanak-kanak itu meleret lalu hilang perlahan lahan.
"Akak pasti ke?"Tanya Man ragu-ragu.
"Kita cuba dulu.Kita mula cari dalam bilik ini."

Semua tempat dicari.Di siling,di penjuru,di kotak dan lain-lain.
"Man rasa dia tipu je la.."
Aku berfikir.Tiba-tiba aku teringat sesuatu.Meja bergerak...Ya!Mungkin dikawasan meja.

Aku menjerit ketakutan apabila terdapat rangka kanak-kanak dilaci meja yang bermangga tanpa kunci itu."Kita biar dulu.Kita cari yang diruang tamu pula."
Seluruh ruang tamu itu digeledah bagai pencuri.Di bawah kerusi,meja,sofa dan almari.

Tiba-tiba Man menjerit sambil berkata,"Akak!Tengok tu!!"Man menuding jari keatas siling.
Aku terkejut hingga terduduk.Kelihatan rangka yang kakinya,tangannya diikat dan digantung agar tidak terjuntai kebawah.Emak dan ayah baru sahaja pulang dari pasar.Ayah memegang dada manakala emak menekup mulutnya sendiri kerana tidak percaya apa yang dilihatnya.


"Saya,wakil bagi pihak polis mengucapkan tahniah atas keberanian anak tuan dan puan."Kata pegawai polis itu pada ayah dan emak.

Ayah dan emak memandangku dan Man sambil tersenyum.
"Nanti kita pindah rumah yang lebih baik dan selamat."Kata ayah.
Aku dan Man menarik nafas lega.

Cerita Pendek Sempena Fiesta AprilWhere stories live. Discover now