3#Matahari Mati

35 5 1
                                    


Aku mencelikkan mataku dari tidur.Aku melihat jam.
'Pukul 9:25 pagi.'Aku mengerutkan dahi.
"Kalau sekarang pukul 9:25 pagi,sudah tentu matahari sudah tegak diatas.Tetapi mengapa seperti pukul 7:30 pagi?Adakah jam aku sudah rosak?"

Sedang aku menyiapkan sarapan,berita yang disampaikan oleh wartawan ditelevisyen menarik perhatianku.Matahari mati?Jantungku rasa bagai terjun dari atas banggunan yang bertingkat 30!

Aku diselubungi rasa gelisah.Hal ini memang sudah diramal,tetapi tiada siapa yang menyangka ia akan seawal ini.

Tiada lagi cahaya dan haba.Suhu bumi semakin menurun.Banyak organisma yang telah nazak,termasuklah emak saudaraku.

Ibuku menangis meratapi pemergian adik kandungnya itu.
"Sabarlah ibu..."Hanya ayat itu yang mampu aku lafazkan untuk menenangkan ibu.

"Pengumuman untuk seluruh rakyat,dalam masa 2 hari,akan ada sebuah kapal besar mendarat dibumi.Ia akan membawa kita kesebuah planet yang dapat menampung hidupan manusia.Sila bersiap sedia dan daftarkan nama anda untuk menaiki kapal tersebut."

"Ibu,mari kita pulang."Aku memujuk ibu.Setelah beberapa kali memujuk,akhirnya ibuku mengangguk perlahan.




Keadaan ditempat pendaftaran itu begitu sesak sekali.
"Maaf,pendaftaran sudah ditutup dan sudah penuh.Sila tinggalkan kawasan ini sekarang."Pengawal itu menghalau orang ramai.Tika itu,hatiku bagai dihiris dengan sembilu.

"Encik,hanya tambah lagi seorang sahaja."Aku merayu.
"Bukankah aku sudah beritahu?Kau tidak faham bahasakah?"

"Tolong encik.saya mahu ibu saya terselamat."Aku merayu lagi.Serentak itu,ibu memandang aku.Air matanya bergenang.

"Nak...Hidup ibu sudah tidak lama.Seharusnya kamu yang menaiki kapal itu.Hidupmu masih panjang dan kamu harus teruskannya."Kata ibu.Giliran aku pula yang menitiskan air mata.

"Ibu..Din hanya mahukan ibu selamat.Din tidak sanggup untuk pergi dan meninggalkan ibu.."
"Ibu juga tidak sanggup meninggalkan kamu.."Ibu berkata padaku.

"Begitu besar pengorbanan ibu untuk Din.Kali ini,biarlah Din mengorbankan nyawa sendiri.Asalkan ibu selamat."

Ibu memelukku erat.Demi ibu,aku sanggup korbankan nyawa kerana ibu juga telah mengorbankan nyawanya untuk melahirkan aku.

Cerita Pendek Sempena Fiesta AprilWhere stories live. Discover now