2#Si Perancang TemuJanji

69 12 15
                                    

Aku menarik nafas lega.Aku berpuas hati dengan kerjaya aku sekarang sebagai seorang perancang temujanji.
Masih terngiang ngiang lagi ucapan klien pada aku,"Terima kasih atas temujanji yang telah diaturkan.Sungguh romantis dan saya tidak terfikir sekalipun untuk membuat temujanji sebegini.Ini bayarannya,RM290."
Sedang aku berfikir soal kerjaya,kenangan silam kembali menerjah dalam ingatanku.

"Kau memang tak guna!Rupa sahaja romantik.Tapi duit macam habuk!"Kata-kata pahit dari bakal tunangku,menggores semula hatiku yang luka dan hancur.

'Sayang..Itu dahulu..Kini aku punya wang untuk hantaranmu.Andai sahaja kita berjodoh...Aku tidak mungkin akan melepaskanmu lagi...'Kata hatiku sayu.

'Kringg!Kringg!'Telefon dipejabatku berdering,sekaligus mengembalikanku kedunia nyata.Aku mengeluh perlahan sambil meraup wajahku.

"Ya,kami perancang temujanji sedia memberi perkhidmatan.Apa yang kami boleh bantu?"Tanyaku sopan.
"Saya mahu membuat temujanji dikawasan taman bunga,pada waktu petang."
"Baiklah sila tunggu di Semarang Cafe pada hari sabtu untuk rancangan yang lebih lanjut."

'Klik!'

Pada hari sabtu.
Aku dan klienku yang bernama Wan bertemu seperti yang dijanjikan tempoh hari.Kami merancang strategi yang ringkas disebabkan klien aku punya masalah wang untuk kos barang.

Strategi pertama,aku mengarah Wan untuk menutup mata pasangannya dengan kain sebelum memulakan perjalanan ketaman bunga agar ia menjadi rahsia dan kejutan untuk pasangannya.Apabila sampai di destinasi barulah kain itu boleh dibuka.

Pasangannya akan teruja apabila dia berada ditaman bunga yang tersergam indah.Kamudian,Wan akan melutut melamar pasangannya untuk dijadikan teman yang halal.Belon akan dilepaskan keudara pada waktu melamar,dan sekali lagi pasangannya pasti akan terkejut.

"Wan minta kau untuk merancang temujanji kami kan?"Aku disergah oleh pasangan Wan yang bernama Iqa itu.Sungguh kurang sopan tuturnya.
"Ya,cik."Jawabku dengan tenang.
"Aku mahu kau batalkan temujanji itu!"
"Tapi mengapa?Ia akan merugikan kerana kami telah membuat persiapan."

"Kerana dia miskin!Dia tidak mampu menyara aku nanti."
Aku kaget.Mengapa kisah klien aku lebih kurang sahaja macam aku?Tak boleh jadi ni.Aku tidak akan membiarkan hubungan mereka runtuh.Lagipun ia akan merugikan kepada kedua dua belah pihak.

"Cik,duit bukanlah segalanya."
"Macam mana aku nak bahagia kalau dia tiada duit hah?"
"Kalau hanya dengan duit tidak akan membahagiakan.Tetapi dengan kasih sayang dan cinta dapat menghidupkan rasa bahagia.Bukankah begitu cik Iqa?"Aku menjawab dengan penuh rasa sabar.Aku terus berlalu pergi.

Selepas sahaja tamat perbualan antara aku dan cik Iqa,aku menelefon Wan dan memberitahu bahawa pasangannya sudah mengetahui rancangan mereka,kecuali rancangan untuk melamar.Aku menyuruh Wan agar memujuk dan meyakinkan pasangannya bahawa dia mampu menyara dan menjaga cik Iqa.

Terima kasih kerana membantu saya dalam temujanji ini.Ini,wang RM70 nya."Ucap Wan padaku.
"Saya juga ingin berterima kasih kerana menyedarkan saya pada tempoh hari.Tempat ini sungguh indah dan belon yang dilepaskan keudara sebentar tadi memang buat saya terkejut.Walaupun ianya ringkas,ia nampak romantik juga."Kata Iqa pula.

"Ini memang tugas saya sebagai seorang perancang temujanji.Kalau tiada apa-apa lagi,sata minta diri dulu ya."Aku mengundur diri sambil tersenyum.

Cerita Pendek Sempena Fiesta AprilWhere stories live. Discover now