5#Iskandariah

24 7 4
                                    

"Bakar semua!Bakar!"

Seluruh penduduk di Iskandariah itu bertempiaran lari menyelamatkan diri.Tidak kira sama ada muda,tua,kaya,miskin,semuanya berasa gusar dengan ancaman tentera Julius Caeser.Termasuklah aku.

Bukan sahaja petempatan yang dibakar.Perpustakaan Iskandariah juga turut dibakar!Kebakaran besar itu menyebabkan sebahagian besar banggunan tersebut telah rosak.

Hartanah dan seni bina yang indah telah hancur.Hampir kesemua buku didalam perpustakaan itu hangus.

Ilmuan yang terkemuka didunia juga mati dan terkubur didalam peruntuhan banggunan tersebut bersama perjuangan mereka untuk melindungi pengetahuan.



"Tempat ini sudah tidak selamat!Kita harus berpindah ke tempat yang lebih selamat dengan segera!"

"Iskandariah ini bandar raya yang banyak peninggalan sejarahnya.Kita perlu mempertahankan tempat ini!"Aku membantah.

"Tidak!Kau golongan artisan!Orang bawahan!Kau tidak berhak untuk membuat keputusan!"Katanya dengan angkuh.

Aku berasa kesal kerana orang atasan sepatutnya melindungi dan memelihara.Tetapi kini sebaliknya.

Andai aku ditempatkan digolongan atasan,aku sendiri malu kerana orang bawahan lebih sanggup memperjuangkannya.

"Apa gunanya berada digolongan atasan,tetapi pemikiran seperti orang bawahan?"Dengan beraninya aku bertanya.
"Kurang ajar kau!"

"Sudah.Andai kalian tidak mahu membantu,biar aku uruskan semuanya sendiri.Aku rela mengorbankan nyawa sendiri,untuk mempertahankan bandar raya ini.Bukan seperti kamu,pengecut!"

Tidakku menyangka sekali,ramai yang berpihak padaku untuk mempertahankan bandar raya ini.

Pun begitu,aku bersyukur kerana masih ada yang sanggup mempertahankan dan memperjuangkan bandar raya ini.

Cerita Pendek Sempena Fiesta AprilWhere stories live. Discover now