Bintang

54 4 2
                                    

One day Someone will look at youThe same wayYou look at the stars

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


One day
Someone will look at you
The same way
You look at the stars

_________________________________







Pernah tak korang jatuh cinta dengan bff korang sendiri? Kalau pernah, apa korang rasa? Kalau korang tak pernah, meh aku bagi tahu macam mana rasa dia. Korang akan rasa best dan tak best.


Korang akan rasa best sangat sebab orang yang buat kau jatuh cinta tu orang yang rapat dengan kau. Orang yang kau banyak luangkan masa dan melepak bersama. Yelah, takkan tak best dapat luangkan banyak masa dengan orang yang kau suka.

Tapi apa yang tak best? Korang takkan berani nak cakap kat bff korang kalau korang suka kat dia. Kenapa? Hah, itu aku tak tahu tapi aku yakin korang pun akan rasa macam tu. Mungkin sebab korang tak nak ambil risiko kena friendzoned dan lepas kena friendzoned tu, percayalah korang takut korang akan awkward dan tak rapat macam dulu.

Perkara ini berlaku kat aku.


Aku suka kat bff aku sendiri, bff yang tahu banyak rahasia aku dan kelemahan aku macam family aku sendiri.


Aku pun tak tahu kenapa aku suka kat dia. Aku dah pernah dengar dia kentut depan aku, aku selalu dengar dia sendawa lepas makan, aku dah pernah nampak setiap keburukan dia tapi aku tetap jatuh cinta kat dia.


Sebab aku jatuh cinta, aku tak pernah tahu. Tapi aku ingat bila aku jatuh cinta kat dia.



Semua kerana bintang.





• • •




" Rian, cantikkan baju ni. Kau rasa aku cantik tak kalau aku yang pakai? "


Aku melihat ke arah Mel yang menghalakan telefon bimbitnya di hadapanku.

Aku hanya mengangguk lalu kembali makan.

" Hoi, cantik ke tak? " suaranya naik satu oktaf.


" Ye, cantik " balasku dengan nada bersemangat sebab aku tahu cara itu akan buat dia berpuas hati.


Selepas sahaja mendengar ucapanku, senyuman lebar dibibirnya, berpuas hati dengan jawapanku.


Aku kembali mengunyah makananku, berusaha menahan senyuman.



Telefon bimbitnya berdering dan dia menjawab panggilan itu dengan segera.



" Hello. Waalaikumsalam. Apa? Sekarang? Kenapa tak call dari tadi? Tapi I belum siaplah. Betul ni? Okay "



LangitWhere stories live. Discover now