I'd rather sip on coffee
And watch you smile
And get lost
In your laugh awhile_________________________________
Aku menghirup Americano di hadapanku. Segelas kopi dan matahari sudah cukup buat aku rasa tenang. Sebab itu aku suka pergi ke kafe ini lalu duduk di tepi tingkap bersama segelas Americano kegemaranku. Sebelum, semasa dan selepas kerja adalah waktu yang tepat untuk pergi ke kafe.
Tetapi semua berubah tiga hari yang lalu. Segelas kopi dan matahari di kafe itu tak cukup untuk aku.
Aku melihat jam dinding. Lima minit lagi.
Tepat lima minit kemudian, loceng berbunyi. Pintu kafe terbuka luas.
Orang yang aku tunggu sudah datang.
• • •
Aku melihat ke luar tingkap, ramai orang yang lalu-lalang.
" Your order,sir " ujar seorang perempuan berambut pendek. Segelas Americano diletakkan di hadapanku.
Eh! Kejap.
" Eh! Excuse Me, I don't think these are mine "
Pelayan itu berbalik melihat ku bersama dua gelas Chocolate Milkshake di atas meja.
" I ordered a cup of Americano. Not two cups of Chocolate Milkshake "
" Oh! I'm so sorry, sir " balasnya ringkas sebelum membawa kedua gelas Chocolate Milkshake itu ke meja lain.
Pada saat itulah aku melihat dia duduk di meja paling hujung. Wajah melihat tingkap sambil menopang dagu bersama dua gelas Chocolate Milkshake tadi di atas mejanya.
Benda pertama yang aku fikir, haus betul perempuan ni sampai pesan dua gelas sendiri.
Tapi hari berikutnya, dia tetap pesan dua gelas yang sama, dan hanya satu gelas yang habis. Gelas satu lagi tak tersentuh langsung.
• • •
Pukul 4 petang.
Pada pukul 4 petang dia akan duduk di meja paling hujung dengan dua gelas Chocolate Milkshake.
" Rif, kau tolong aku cari fail ni kejap "
YOU ARE READING
Langit
Short StoryPelbagai jenis cerita dalam dunia ini. Kau boleh pilih kau nak yang macam mana. 7.5 billion manusia, 7.5 billion cerita cinta. Di bawah langit ini tertulis banyak kisah. Di bawah langit itu juga menjadi saksi cerita cinta. ||antologi cerpen diperan...