Piano (I)

46 5 2
                                    

i tell my piano the thingsI used to tell you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


i tell my piano the things
I used to tell you

-Chopin-

_________________________________




Darah seni mengalir kuat dalam darah aku. Mak aku pensyarah teater manakala Ayah aku guru muzik sekolah menengah. Sejak lahir lagi aku dah didedahkan dengan pelbagai jenis seni dan muzik. Mak dan Ayah aku nak darah seni mereka terus mengalir untuk generasi kami yang seterusnya.

Ketika aku berusia 10 tahun, Mak dan Ayah dah mula tersenyum lega apabila aku dah pandai main gitar. Lapan tahun kemudian, aku dah menjadi kebanggan mereka berdua apabila aku diterima masuk ke dalam universiti seni  tempat Mak dan Ayah belajar dulu.

Masa tu aku dah masuk tahun kedua dalam peringkat Master ketika aku mendengar sesuatu yang buat aku rasa sesuatu. Rasa yang menyebabkan kaki aku berhenti melangkah tepat di depan bilik itu.

Bunyi piano dimainkan. Aku tahu lagu ni. Alunan piano No. 11 in E flat yang dicipta oleh Frédéric Chopin bergema di dalam bilik itu.

Seorang perempuan duduk di depan piano. Aku tersenyum. Masa tu aku dah tahu hati aku dah terpikat kat dia.

• • •


Aku tak pernah tahu aku dah mula jatuh hati apabila aku mengambil keputusan untuk mengikuti band universiti, di mana Atirah bermain sebagai pianist. Seminggu lepas membuat permohonan, aku berjaya menjadi salah seorang guitarist dalam band.

" Hebatlah awak main gitar ni " suatu hari Atirah memuji aku.

" Terima kasih, saya dah main gitar sejak saya berusia 10 tahun lagi " balasku.

" Wow! Patutlah awak main hebat sangat " pujinya lagi.

Baru sahaja aku nak bersuara, dia menyoalku, " Awak pandai main piano? Saya dengar awak pakar dalam bidang muzik ni. Rasanya semua alat muzik awak boleh main kot "

Aku ketawa perlahan.

" Tak, saya tak pandai main piano. Saya pandai main gitar, drum, biola dan kompang je "

Dia tersenyum.

" Saya sangka awak pandai main piano. Saya rasa lelaki pandai main piano ni sweet "

" Awak suka lelaki yang pandai main piano? "

Dia mengangguk.

LangitWhere stories live. Discover now