Chanyeol dari tadi asyik tersenyum saja.
Matanya juga galak memandang keadaan sekeliling. Macam jakun tak pernah tengok bunga mekar pun ada.
Aku taknak kacau dia. Biarlah dia puas dulu.
Kami berdiam diri untuk seketika.
Menikmati suasana sekeliling.
Tenang dan damai...
Aku harap keadaan ni akan kekal sampai bila-bila.
Tiba-tiba tangan kanan aku terasa hangat.
Aku segera menoleh ke arah kanan.
Ya. Chanyeol sedang mengengam erat tanganku.
Matanya memandang aku lembut.
"Hana... Saya rasa gembira sangat tau"
"Hahaha ye saya tahu. Dah berapa kali awak ulang benda yang sama"
"Tapi sebelum tu, saya minta maaf sangat sebab lambat bagitahu awak. Saya ingat saya nak cari masa yang sesuai and it is now" posisi Chanyeol kini telah berubah menghadap aku. Kedua-dua tanganku dipegang erat.
"Apa benda tu?"
"Saya...dapat tawaran belajar ke luar negara"
"Hahaha saya dah agak dah ni berita gembira tu"
"Eh, awak dah tahu? Dari mana?" tanya Chanyeol dengan muka yang berkerut. Terkejut mungkin?
"Adalah... Rahsia"
Aku tipu.
Langsung aku tak sangka ni rupanya yang buat dia gembira sejak tadi.
Aku...sedih?
"Tahniah ye Yeol. Saya gembira sangat. Akhirnya impian awak nak sambung belajar ke luar negara dah termakbul"
"Ya syukurlah. Tapi..." wajahnya yang gembira tadi bertukar muram.
"Kenapa ni?"
"Macam mana dengan awak? Saya tak nak tinggalkan awak seorang kat sini"
"Awak ni kannn. Saya bukan budak keciklah. Saya boleh jaga diri. Lagipun Junmyeon dengan Kyungsoo kan ada? Diorang boleh jaga saya" kata aku bersungguh-sungguh ingin menyakinkan Chanyeol.
Aku taknak disebabkan aku, impian dia terhalang.
"Betul ni?"
"Yeeee betul. Saya Kim Hana bercakap benar kepada Park Chanyeol" kata aku seraya mengangkat tangan kanan setakat dada. Seolah-olah sedang membacakan ikrar.
"Baiklah. Saya Park Chanyeol percayakan Kim Hana" ujar Chanyeol sambil meniru tindakan aku.
Kami ketawa bersama-sama.
Setelah kami berhenti ketawa.
Chanyeol memberitahu aku sesuatu yang mengejutkan.
Sesuatu yang langsung aku sendiri tak sangka.
"Hana, lepas saya habis belajar. Saya ingat nak melamar awak jadi isteri saya. Awak sudi tak?" tanya Chanyeol dengan 'nervous' . Takut orang reject ler tu.
"Ya. Saya sudi"
Chanyeol tersenyum lebar. Dia terus menarik aku ke dalam dakapannya.
Aku membalas pelukannya dengan erat.
Bunga mekar yang jatuh berguguran menjadi saksi kepada kebahagian kami.
YOU ARE READING
[C]Blooming Days °PCY Fanfiction°
Short StorySebagaimana bunga yang mekar tak semestinya takkan gugur. Begitu juga dengan mencintai tapi tak semestinya mendampingi. Kan? -ShortStory -Complete Note!: Ada problem sikit pada bab5 dan 6. Harap maklum