Bab 7

33 10 0
                                    

Chanyeol merenung melalui cermin pintu hospital.

Satu susuk tubuh sedang terbaring lesu di atas katil. Tubuhnya berselirat dengan wayar. Mulutnya dipasang alat bantuan pernafasan. Bunyi mesin bergerak laju di samping empunya badan itu.

Selepas terdengar perbualan dua orang lelaki itu Chanyeol terus menanyakan hospital mana perempuan itu dibawa.

Dan...disinilah dia berada.

Nampaknya firasat hatinya adalah benar.

Hana... Akhirnya aku jumpa kau. Tapi kenapa mesti dalam keadaan macam ni?

Dalam keadaan penyakit kau dah parah.

Dalam keadaan mata kau terpejam rapat.

Hana... Aku nak tengok senyuman kau balik. Sempatkah aku?

"Erm Encik Chanyeol" tegur Doktor Byun yang berada disampingnya. Dialah doktor yang merawat Hana.

"Ye doktor. Kenapa?" tanya Chanyeol dengan resah.

"Nampaknya kita dah takda masa. Cik Hana mesti dibedah segera. Saya akan uruskan proses pembedahan termasuklah doktor yang akan terlibat dengan segera..." Doktor Byun menarik nafas sebelum menyambung semula

"Tapi...ada risikonya. Walaupun tu pembedahan berjaya. Peluang untuk Cik Hana sedar seperti dulu sangat tipis. Ianya bergantung kepada kondisi dan semangat Cik Hana sendiri. Jadi...apa pendapat Encik?"

Chanyeol menyandar badan ke dinding. Dia menarik nafas panjang. Matanya dipejam rapat.

"Lakukan doktor"






[C]Blooming Days °PCY Fanfiction°Where stories live. Discover now