1 Tahun kemudian.
"Setahun berlalu. Kita datang balik ke tempat ni"
"Hurm. Saya rindukan tempat ni"
"Saya pun...Hana" Chanyeol terus menarik Hana rapat dengannya. Tangan melingkari pingang Hana dari belakang. Dagunya diletakkan di atas bahu Hana.
Mereka sama-sama menikmati suasana musim bunga di taman ini. Melihat bunga-bunga yang berguguran dari pokok ditambah lagi angin dingin yang sempoi-sempoi. Menjadinya suasana sangat tenang.
Hari ni betul-betul tepat setahun yang lalu mereka datang kesini.
"Yeol..."
"Ye sayang kenapa?" Tanya Chanyeol sambil memandang muka Hana yang berada di dalam dakapannya
"Maafkan saya. Sebab nak jaga saya,awak terpaksa tangguhkan pengajian awak. Saya mintak maaf" Ucap Hana dengan rasa bersalah sambil memandang mata wajah Chanyeol. Matanya mula bergenang jernih.
Pelukan di pingang Hana semakin dieratkan.
"Kenapa cakap macam tu?" Tanya Chanyeol sambil mengusap pipi pucat Hana.
Ya. Hana masih lemah. Dia baru sedar seminggu yang lalu.
Tak dapat Chanyeol gambarkan perasaan gembiranya apabila melihat Hana akhirnya sedar dari koma.
Tapi walaupun Hana masih lemah dia tetap bertegas untuk datang ke taman ni. Kononnya rindu dengan musim bunga setelah berbulan terlena dalam koma.
"Saya masih ingat lagi. Sejak dulu awak selalu cakap yang awak nak belajar di luar negara. Awak nak berjaya dalam hidup. Tapi sebab saya impian awak terkubur. Maafkan saya Yeol" Esakan Hana bertambah kuat.
Chanyeol lantas mengesat air mata Hana dengan hujung lengan baju sejuknya.
"Ya betul Hana. Tu memang impian saya tapi awak terlupa satu perkara"
"Ape dia?" tanya Hana dengan pipinya masih berbekas air mata.
"Saya nak belajar kat luar negara adalah kerana awak" ucap Chanyeol tulus
"Maksud awak?"
"Saya nak bahagiakan awak Hana. Saya ingat bila saya belajar di luar negara saya akan dapat kerjaya yang bagus. Saya nak jaga awak, bahagiakan awak, kahwin dengan awak dan ada anak-anak yang comel dengan awak. Hanya dengan Kim Hana. Jika awak tiada dengan saya. Tak ada gunanya impian tu Hana. Saya perlukan awak" seraya itu Chanyeol dan Hana saling berpandangan. Lama...
Hana terus mendakap tubuh Chanyeol dengan erat.
Esakannya kembali lagi.
"Saya sayang awak... Park Chanyeol"
Chanyeol membalas dakapan Hana. Dia berbisik di telinga Hana.
"Saya juga...Hana"
Sekali lagi...
Musim yang sama, tempat yang sama, keadaan yang sama...
Menjadi saksi cinta mereka.
Tamat~
YOU ARE READING
[C]Blooming Days °PCY Fanfiction°
NouvellesSebagaimana bunga yang mekar tak semestinya takkan gugur. Begitu juga dengan mencintai tapi tak semestinya mendampingi. Kan? -ShortStory -Complete Note!: Ada problem sikit pada bab5 dan 6. Harap maklum