Bab 5: Najirah Sudah Mati

1.1K 59 24
                                    


Kafe di Hotel Laksamana yang sepatutnya dah ditutup pada waktu seperti itu terang berderang. Namun, hanya ada Amri sahaja disitu yang sedang duduk di atas sebuah kerusi yang bertentangan dengan Najirah. Dia kelihatan tenang sementara Najirah meneliti kad namanya. Ada segelas kaca yang mengandungi air yang berwarna merah pekat.

"Amri Arjuna... awak pemilik Hotel ni?" soal Najirah.

"Ya, sayalah tu..." tutur Amri, sambil tersenyum.

"Apa yang kau nak tahu tentang diri kau... dan Vampira?" soal Amri, memulakan perbualan.

"Awak... Vampira?" soal Najirah, takut-takut.

"Ya, usia aku yang sebenar ialah 250 tahun. Kalau usia aku ketika dalam tubuh tua ini ialah 50 tahun. Aku mati pada usia itu ketika perang suatu masa dahulu. Dan kemudian, aku menyedari bahawa aku dah bertukar jadi vampira," ucap Amri, seolah-olah cerita tentang kematian tidaklah membawa apa-apa.

"Vampira... kenapa saya boleh jadi vampira?"

"Sebab dalam darah kau mengalir darah vampira. Manusia yang mempunyai darah vampira dalam tubuhnya tak boleh mati dalam keadaan bukan kematian semula jadi macam sakit tua atau sakit. Kau mati kemalangan, bunuh diri atau dibunuh, maka kau akan berakhir dengan kehidupan baru sebagai vampira."

"Nenek moyang saya ialah Vampira. Dari seorang lelaki bernama Orang Kaya Perkasa. Azmira bagitahu..." tutur Najirah lagi.

"Aku percaya yang kau dah dengar dari Azmira. Perempuan tu tak boleh simpan rahsia betul. Ya, kau merupakan keturunan dari Orang Kaya Perkasa. Aku percaya darah kau adalah darah vampira tertua di Tanah Melayu. Dibawa oleh orang Portugis yang menyerang melaka 1511 dahulu. Dari nenek moyang kau, sumpahan vampira ini tersebar ke seluruh Malaysia," jelas Amri lagi.

"Jadi... saya... nak buat apa?" soal Najirah.

"Belajar untuk hidup macam kami. Hidup sebagai manusia biasa walaupun awak adalah Vampira..." tutur Amri sebelum Amri menolak sebuah gelas kaca kepada Najirah.

"Minum..." suruh Amri.

"Darah?" soal Najirah.

"Jangan risau. Ini dari program olok-olok derma darah yang anak-anak buah aku buat setiap bulan. Kami tak bunuh sesiapa," kata Amri menyedari perubahan pada tingkah wajah Najirah. Gelas itu diambil dari atas meja sebelum Najirah meneguknya. Serentak itu, matanya terpejam seolah-olah sedang menikmati minuman dari syurga.

"Jierah, ini ialah identiti baru kau. Luar dari hotel dan komuniti kita, kau akan dikenali sebagai Anis Amira. IC, surat beranak, dan segala dokumen yang kau perlukan, aku dah pun siapkan," tutur Amri sambil meletakkan beberapa buah dokumen di atas meja kayu di kafe Hotel Laksamana.

"Aku... umur 20 tahun... kematian mak dan ayah aku masa aku umur 7 tahun?" soal Najirah.

"Kalau nak melawat kubur diaorang... kami boleh bawakan," balas Amri sambil mengenyitkan matanya.

"Rumah anak yatim ni pun korang dah jumpa..."

"Tak faham..."

"Aku kenal pemilik rumah anak yatim tu. Rumah Anak Yatim Bakti ni kononnya pernah jadi tempat tinggal kau," kata Amri.

"Dan aku akan belajar di Universiti Tun Dr Mahathir cawangan... Kuala Lumpur?"

"Aku rasa kau kena sambung pelajaran kau. Umur kau panjang Najirah. Kau mungkin akan hidup selama beratus tahun macam kami. Jadi, kau belajarlah. Mungkin untuk permulaan, jurusan sejarah?"

"Kenapa sejarah?" soal Najirah.

"Untuk kau gali asal-usul kau. Aku ada satu rahsia. Dalam kalangan kami, ada legenda yang mengatakan bahawa penawar kepada sumpahan vampira ini ada pada dua benda. Philosopher stone dan... keturunan vampira pertama di Tanah Melayu. Semuanya ada kaitan dengan sejarah. Jadi, kebanyakan antara kami, jurusan pertama yang akan dipelajari pada hayat pertama sebagai Vampira adalah jurusan sejarah. Sebab dari subjek itu, mungkin tersimpan jawapan kepada sumpahan kita."

"Jadi, kalau tak ada soalan, aku rasa kau boleh ambil kunci ini. Mulai hari ini, kau akan tinggal di sini," tutur Amri.

"Tapi... saya tak ada duit..."

"Tak. Aku tak mintak duit. Dan tentunya, kau duduk di sini, bukanlah percuma. Dari semasa ke semasa, kau kena belajar untuk kawal diri kau. Berlatih untuk tingkatkan keupayaan kau. Aku dengar... kau mampu mengawal masa? Aku rasa kalau kena dengan caranya, kau akan jadi vampira, mungkin yang terkuat pernah wujud di atas muka bumi. Oh ya, lagi satu, buat misi juga untuk aku. Boleh?"

"Misi? Macam yang Azam dengan Laura buat?" soal Najirah.

"Ya, macam mereka..."

Untuk seketika, Najirah menundukkan wajahnya sebelum mengangguk berat. Kunci tadi dicapainya sebelum dia melangkah keluar dari kafe itu, sebelum dia tersempak dengan seorang lelaki tampan tinggi lampai sedang berdiri bersandar di tepi kafe itu.

"Ramzie, ini vampira baru yang menyertai kita," tutur Amri tiba-tiba muncul dari kafe yang bersambung dengan lobi hotel.

"Nama saya Najirah..." tutur Najirah sambil membetulkan rambut ikalnya yang hampir menutup mata dengan menyelitkan di tepi telinganya, sekaligus menyerlah senyumannya. Untuk seketika, Ramzie tergamam.

"Hello... saya... Najirah. Panggil Jierah," tutur Najirah. Salamnya masih tidak bersahut.

"Oh, Ramzie. Itu nama saya..."

"Selamat berkenalan!" tutur Najirah, tersenyum lagi, sebelum berlalu pergi.

"Muka dia..." Ramzie menoleh tidak percaya ke arah Amri.

"Ya, seiras Anggun. Aku harap kau boleh bimbing dia dalam dunia baru ni..." 

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Apr 06, 2018 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

VampiraTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang