Bab 1: Bangun Dari Kematian

1.5K 53 7
                                    

Najirah tersedar dalam keadaan yang tercungap-cungap. Terasa udara dingin seperti datang dari penghawa dingin sedang menyelimuti tubuhnya. Beberapa ketika kemudian, barulah dia menyedari dia sedang berada di dalam sebuah peti, yang kelihatannya seperti sebuah peti ais. Dia cuba menendang pintu besi dibawah kakinya, tempat dia berbaring namun pintu itu tidak tercabut dari tempat asalnya.

"Ya ALLAH... apa jadi pada aku?" ucap Najirah seorang diri. Yalah, entah bagaimana, dia boleh terperangkap di dalam

"Hello.... Ada orang tak?" Laung Najirah sekuat hatinya. Namun, tiada balasan yang kedengaran. Lantas menggunakan segala kekuatannya, Najirah menendang berulang kali dari dalam peti besi itu.


Rupa-rupanya Najirah sedang berada di dalam sebuah peti mayat. Di luarnya, ketika Najirah sedang berusaha melepaskan dirinya, tiada sesiapa pun mendengar langsung jeritan yang dilaungkan oleh Najirah. Terdapat beberapa tubuh yang berada di luar bilik mayat, setiap staunya diselimuti oleh kain putih. Seorang pekerja bilik mayat, berjantina lelaki muncul dari pintu, melangkah untuk mengambil mayat yang sedang terbaring di atas katil besi beroda itu. Namun, langkahnya mati apabila melihat salah satu peti mayat sedang bergegar aneh.

"Tolong aku! Sejuk dekat dalam ni! Aku terperangkap!" Suara itu melaung dari dalam.

"Allah..." ucap pekerja bilik mayat itu sambil terundur beberapa langkah.

Bam! Pintu peti mayat itu tercampak jauh sebelum keluar seorang wanita tanpa seurat benang, merangkak keluar darinya. Najirah sekadar memandang sekitarnya, pelik bagaimana dia boleh berada di situ. Si pekerja bilik mayat tergamam seketika sebelum berundur beberapa tapak ke belakang.

"Aku... kat mana?" soal Najirah.

"Hantu!" teriaknya sekuat hati sebelum berlari kencang meninggalkan bilik mayat itu.

"Aku... hantu?" soal Najirah. Matanya meneliti sekitar bilik mayat itu. Memerhati dengan tajam kedudukan tubuh-tubuh yang diselimuti oleh kain putih.

"Macam mana... aku boleh ada kat... dalam bilik mayat?" gumam Najirah.

Imbas Kembali...

Air mata sedang mengalir dari kelopak mata Najirah. Bercucuran jatuh. Telefon bimbitnya dicampak jauh darinya. Kad perkahwinan yang tertulis "Megat Azizan dan Sofea" sedang terbaring di atas pehanya. Sambil teresak-esak, dia bertutur sendirian, "tak cukup segala-galanya yang aku buat untuk kau Jiji?" Dia mengesat air mata itu lagi sebelum menyambung.

"Kau suruh aku jadi perempuan, aku turutkan. Aku belajar untuk bersolek, berfesyen. Aku cuba jadi wanita tercantik dalam hidup kau! Tapi... kau tetap tak pandang aku wujud!" Kemudian terbayang ditubir mindanya bagaimana Megat Azizan dan Sofea bersanding di atas Sofea, membuatkan air matanya semakin lebat.

Dan kemudian, secara tiba-tiba, sebuah kereta terbabas masuk ke lorong kereta yang dipandu oleh Najirah. Najirah memusingkan steringnya, melanggar pembahagi jalan sebelum keretanya berputar beberapa kali di udara sebelum mendarat di sisi jalan raya yang bertentangan. Kepala Najirah berlumuran darah tersandar pada stering dengan tangannya terkulai layu.


***

"Aku dah mati ke?" gumam Najirah. Dan beberapa saat kemudian, dia menyedari bahawa tubuhnya tidak berbalut seurat benang pun. Lantas matanya mencari kain selimut putih panjang yang membalut tubuh mayat perempuan di atas itu lantas membalut tubuhnya. Dia melangkah berkaki ayam, meninggalkan bilik mayat. Lorong di hadapan bilik mayat sunyi pada malam itu.

"Aku... lapar..." Perut Najirah berkeroncong aneh. Tekaknya terasa haus tiba-tiba. Tenaga dalam tubuhnya terasa semakin berkurangan. Namun, Najirah tetap gagah melangkah. Dia tersempak dengan beberapa orang jururawat serta pengunjung hospital yang menoleh aneh ke arahnya kerana sekadar membalut tubuhnya dengan selimut putih. Entah kenapa, langsung tidak timbul sebarang niat untuk menunjuk rasa peduli untuk berhubung dengan jururawat itu. Apa yang sedang bermain dalam mindanya adalah memenuhi perutnya yang sedang berkeroncong melagukan pelbagai nada.

Dia kemudian membelok kiri, meninggalkan bangunan yang menempatkan bilik mayat tadi sebelum menghampiri sebuah kafe sebelum mendapati bahawa dirinya sedang diperhatikan oleh penghuni kafe tersebut. Ada pandangan yang bercampur dengan pelbagai rasa sedang direjam tepat pada pada tubuh. Ada yang pelik, ada yang bersifat menghukum, bahkan turut ada yang bersimpati.

"Aku... lapar..." gumam Najirah. Tanpa mengendahkan mmata-mata yang sedang memamdangnya, Najirah melangkah ke arah kaunter kafe. Seorang wanita kelihatan teragak-agak mahu mengambil tempahan Najirah.

"Saya... nasi ayam?"

"RM5.00..." gumam pekerja kafe tersebut, yang mati kata-kata melihat keadaan tubuh Najirah.

Beberapa ketika kemudian, barulah Najirah menyedari bahawa dia tidak mempunyai apa-apa. Hatta walau sesen pun bersamanya. Barulah kewarasan kembali menendang mindanya. Lambat, tetapi perlahan-lahan mula mengambil alih dirinya. Betapa dirinya sedang berdiri dalam keadaan berselimutkan selimut putih sahaja. Disebalik selimut putih yang labuh ke kaki itu, ada tubuhnya yang tanpa seurat benang.

"Cik... okey ke? Saya tengok muka cik... pucat sahaja..." soal seorang wanita yang menyentuh belakang Najirah. Sebaik sahaja tangan itu menyentuh bahunya, betapa Najirah menjerit ketakutan sambil berundur ke belakang.

Serentak itu juga, betapa setiap denyut nadi dan degupan jantung wanita tadi sedang dirasai oleh setiap deria rasa Najirah. Hidung Najirah dapat menghidup pada setiap darah yang sedang bekerjaran dalam pembuluh darah wanita yang menyentuh belakang tubuhnya. Betapa telinga Najirah pula sedang mendengar darah yang sedang bergerak pada kelajuan yang mengagumkan itu. Semuanya menerbitkan rasa lapar yang tidak pernah dirasai oleh Najirah sepanjang hidupnya. Rasa yang memaksa Najirah untuk menenggelamkan giginya pada leher itu.

"Kalau cik tak sihat... saya boleh bawa jumpa..."

Masa berhenti seketika. Kain putih yang membaluti tubuh Najirah terus jatuh ke lantai. Wanita itu tergamam apabila Najirah terus membaham lehernya. Darah merembes di udara. Tidak lama kemudian, seluruh kafe menjerit ketakutan menyaksikan babak yang pertama berlaku dalam hidup mereka.

"Darah... darah... aku lapar darah..." ucap Najirah sambil mendongak. Ada kesan darah meleleh keluar dari mulutnya. Kemudian, beberapa orang pegawal keselamatan menghampirinya dari kejauhan membuatkan Najirah kembali berdiri. Tubuh wanita yang baru sahaja dihisap darahnya tadi tergeletak di atas lantai.

Dua orang pegawal keselamatan itu bersenjatakan cota dan seorang lagi memegang Shot Gun di tangan merenung takut-takut ke arah Najirah yang tercungap-cungap. Ada kelihatan gigi taring muncul ketika Najirah mengangakan mulutnya.

"Tolong berhenti cik! Pakai balik selimut putih dan jangan buat apa-apa!"

"Aku... aku dapat dengar darah kau mengalir dalam badan kau!" bisik Najirah.

"Jangan dekat dengan saya atau saya tembak!" teriaknya memberi amaran.

Namun, ketika salah seorang tadi mahu berundur beberapa tapak ke belakang, lantas Najirah melompat ke atas tubuhnya, dan terus mulut Najirah membaham lehernya. Mulutnya disembamkan pada leher pegawal keselamatan itu dan sekali lagi, darah merembes di udara.

"Syaitan! Kau akan mati!" teriak pegawal keselamatan disebelah Najirah, menarik laras Shot Gun ditangan sebelum melepaskan beberapa tembakan mengenai belakang Najirah. Najirah tergamam sebelum bangkit. Untuk seketika, kelihatan belakang tubuhnya berlubang, sebelum Najirah bangkit. Serentak itu, bahagian yang berubang itu kembali pulih seperti tidak pernah ditembak membuatkan pegawal keselamatan yang baru sahaja melepaskan tembakan itu tergagap-gagap memandang Najirah sebelum berlari meninggalkan Najirah yang tergamam dengan apa yang dia baru lakukan.

"Ya ALLAH... apa yang aku dah... buat tadi?" soal Najirah sambil berundur beberapa tapak, melihat keadaan di sekelilingnya. Ada dua tubuh tergeletak di atas lantai, semuanya dikerjakan olehnya seorang diri. 

VampiraTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang