Ba'al, Ba'al, Ba,al, Ba'al
Dari dalam satu bilik pemujaan yang gelap, kelihatan 5 orang lelaki sedang mengangkat tangan mengelilingi satu tubuh bayi yang terbujur kaku tidak bernyawa.
Sambil mereka menutup kepala dan wajah mereka dengan memakai topeng Venetian, mereka juga turut memakai pakaian gelap, mulut mereka tidak putus-putus menyebut nama Ba'al. Berulang-ulang kali.
Grand Master kepada mereka berlima, mengambil jasad bayi yang terbujur kaku tidak bermaya seraya mengangkat ke langit.
"Tuhan Ba'al, engkau terimalah korban kami ini. Berikan kekuatan kepada kami! Kekuatan yang luar biasa!" Lelaki-lelaki tersebut seolah-olah sedang dirasuk.
"Engkau bantulah kami dalam merencana percaturan yang akan mengekalkan kekuasaanmu di atas muka bumi ini. Berikan kami kekayaan-kekayaan dunia, dengan menghapuskan kuasa Islam!"
Seruan itu disahut ahli-ahli yang lain dengan seruan yang lebih lantang. Ba'al, Ba'al, Ba'al, Ba'al!
Sambil mereka mengambil pisau yang terdapat di dalam poket seluar masing-masing, menghiris ibu jari mereka, dan menitiskan darah tersebut di lantai kuil mereka. Darah itu kemudian mengalir perlahan dalam bingkaian nama yang ditempa di lantai kuil tersebut.
"Jahbulon!"
Grand Master tersebut menyarungkan topeng berbentuk kepala kambing ke kepalanya. Dengan tidak semena-mena, dirinya jadi tidak terkawal seperti sedang dirasuk. Arghhhh! Bunyi dengusan yang kuat. Arghhh! Suaranya tiba-tiba bertukar.
"Wahai manusia! Apa engkau sudah lakukan seperti yang aku pinta?"
Masing-masing menjawab serentak, "Sudah Tuhan! Justeru, apakah langkah seterusnya?"
"Langkah seterusnya adalah, engkau mesti pengaruhi Isabella, Ferdinand dan juga Pope Sixtus! Biar mereka bertindak seperti apa yang kita rancangkan!"
---------------------
Arya Suryan merenung ke langit melihat bintang-bintang yang bergermalapan. Merenung nasib diri entah bagaimana kiranya nanti.
Dia tidak tahu, atas kekuatan apa dia sanggup menyelinap masuk ke dalam kapal Mendam Berahi dan mengikuti pelayaran yang tidak tahu bagaimana natijahnya nanti.
Cuma dia selalu bermohon dalam doanya setiap hari, agar dirinya ditempatkan bersama golongan yang berjuang di jalan Allah dan tidak tercicir.
Dirinya setiap hari membaca dan membaca serta memikirkan solusi untuk menyelesaikan krisis yang sedang berlaku dalam dunia Islam
Tetapi atas kapasitinya yang kerdil sebagai seorang pemuda biasa tidak memungkinkan baginya untuk mengeluarkan idea agar tersampai kepada para pemerintah Istana dan pemimpin-pemimpin dunia Islam.
Acap kali, apa yang dilakukannya cuma menulis di waktu lapang. Dalam diari peribadi miliknya. Diari itu adalah pemberian arwah datuknya, mantan pemikir istana. Diari yang diperbuat dari kulit binatang itu tersisip kemas dalam simpanannya.
Setiap kali ada berita baru, yang didengari dan dibaca, beliau akan cepat-cepat mencatatnya di dalam nota peribadinya itu. Melihat pola peristiwa dan melihat pergerakan aktor-aktor yang sedang merancang sesuatu dalam dunia Islam.
Kerap kali dia berasa sedih melihat pemikir istana yang tidak dapat lagi meneruskan kerangka pemikiran yang telah digagaskan oleh datuknya itu.
Mereka telah meninggalkan sudut pandang penting dalam menilai pertembungan pada abad ini, akan Hizbullah (tentera Allah) dan juga Hizbus Syaitan (tentera Syaitan). Atas nama diplomasi dan hubungan perdagangan, pemikir-pemikir istana hanya memikirkan soal keuntungan hasil mahsul negara, tanpa memikirkan kesan jangka panjang atas setiap hubungan diplomasi yang dilakukan.
Arya Suryan mendengus panjang.
Hrmmmm....
Adakah harta, pangkat dan kekayaan telah mengaburi mata hati mereka dalam melihat semua ini secara berhikmah?
Atas keinginan yang kuat dan meluap-luap untuk memperbaiki keadaan itu, Arya Suryan, dengan tekad yang kuat merancang strategi bagaimana beliau boleh masuk ke dalam kapal mengikuti pelayaran Dato' Laksamana Hang Tuah ke negeri atas angin.
Beliau perlu berjumpa dengan Dato' Laksamana Hang Tuah dan menjelaskan saiz kekuatan sebenar musuh yang sedang mereka hadapi. Ia bukan sekadar musuh di peringkat tempatan tetapi musuh di peringkat antarabangsa dan dihadapi oleh dunia Islam secara bersama. Cuma, aktornya sahaja berbeza-beza. Aktor-aktor ini memang tidak akan nampak perkaitannya melainkan kita membuat kajian mendalam dan menghubungkannya satu persatu.
Arwah Datuk, sudah mengagaskan kerangka yang jelas, kenapa para pemikir istana masih mengabaikannya lagi?
Atas analisa yang cetek itu, kita menghantar rombongan ke negeri atas angin, tanpa menilai dengan teliti akan apa bahaya yang akan dihadapi mereka sepanjang berada di sana.
Atau sebenarnya telahanku silap?
Datuk Laksamana Hang Tuah sebenarnya telah lebih awal mengetahui perkara ini dariku?
Apa sebenarnya perkara yang beliau cuba buktikan?
![](https://img.wattpad.com/cover/142962311-288-k956777.jpg)
YOU ARE READING
Sang Pemikir: Menyekat Kemaraan Tentera Salib Jesuit Di Nusantara 1450-1700M
Fiction HistoriqueSinopsis novel ini secara ringkas, mengisahkan seorang pemuda bernama Aryan Surya yang ikut berkelana dalam misi Hang Tuah ke bumi Turki. Merupakan murid Hang Tuah, di sana beliau dilatih untuk menjadi seorang pemikir strategis dunia Islam dalam mer...