7√

7.2K 431 25
                                    

"Kita nak buat apa Kat fun-fair ni?" Haiqal diam . Eiii ni Tak suka ni cakap dengan tunggul . Tiba-tiba haiqal berhenti mengejut .

"Auchh" kepala ku terhantuk bahu haiqal . Dah la bahu dia tu tajam . Aku menggosok dahi aku .

"Sorry" dia melihat dahi aku Dan menggosok perlahan sambil meniupmya . Terasa hembusan nafas hangat . Aishh muka aku panas dah ni.

Terasa sesuatu melekat di bahagian dahi . What?! Dia cium dahi aku . Pipiku mula panas .

"Eii comel pipi merah" dia mencubit pipiku . Aku menutup muka . Malu

"Ting ting Tang ting Tara ting keting Tang ting" dia menyanyi lagu date's siti nurhaliza pulak .. aku tergelak dan memukul bahunya .

"Sakitlah.. dah jom Kita masuk sana" aku memandang ke hadapan . Aku ternganga .

"Rumah Hantu!" Aku terus menarik balik tangan yang dipegang oleh haiqal . Dia tersenyum .. eii mamat ni org tengah takut ni dia boleh lagi senyum . Aku bagi penumbuk baru tahu😡

"Jom la" haiqal menarik tanganku .

"Tak nak la ! Takut!" Aku Cuba menjauhkan diri daripadanya tetapi dia sempat menarikku ke dalam dakapannya .

"Sokay la. Takde pape yang nak ditakutkan . Selagi Ada saya awak selamat . Jom" aku hanya menurutinya .

Aku memeluk lengan haiqal . Takut .
Haiqal sudah tersenyum . Mamat ni saje nak kenakan aku . Huwaaa mama nak balikkkk!!!😭😭😭

Tiba-tiba zombie menyergah kami berdua . Aku terus menjerit dan memeluk haiqal kuat . Air mata dah keluar . Huwaaa!

"Shhh saya Ada .. dah nak sampai keluar ni" aku diamkan diri dalam pelukan haiqal . Aku Tak tengok depan pun .

Haiqal melepaskan pelukan Dan memegang bahuku selepas keluar daripada rumah hantu tersebut . Aku masih memejamkan mata😣

"Hey. Bukaklah mata . Kita dah keluarlah" aku menggeleng masih tak buka mata . Haiqal ni bukan boleh percaya . Kalau dia tipu aku Tak ke Naya .

"Trust me"

Aku membuka mata perlahan . Muka aku dengan dia dalam beberapa inci je . Aku terus memalingkan muka aku ke arah lain . Malu ! Dah la nangis depan dia tadi .

"Awak ni comel la bila malu tambah pulak baru lepas nangis" dia tergelak sambil mencubit pipiku . Aku memukul dadanya perlahan . Acah ayu sikit😂

"Awak jahat! Kenapa bawa saya masuk tempat tu?" Aku berura-ura hendak nangis . Haiqal muka gelisah takut aku menangis balik.  Aku hanya menahan gelak dekat dalam hati.

"Janganlah nangis lagi.. okay okay lain kali saya tak bawak dah awak masuk situ . I'm sorry jangan nangis" dia memandangku sayu .

"Hahahahaha comel la awak ni" akhirnya terburai jugak tawa aku yang aku simpan dari tadi . Tadi kenakan aku sangat .

"Eiii dia ni . Main-main pulak" haiqal terus menggeletek perutku . Aku ketawa kegelian . Dah la ramai orang tengok kitorang masa ni . Malunyaa

"Awak orang tengok laa" dia terus berhenti daripada perbuatannya . Aku terus mengambil nafas laju .

"Hehe sorry" dia menggarukan kepala . Haiqal menilik jam dah nak dekat pukul 10 . Baik hantar aisya balik rumah sekarang nanti apa pulak parents aisya kata .

"Jom balik" aku terus memegang tangannya dan mengikutnya kearah tempat parking kereta . Haiqal tersenyum sendirian .

"Thanks bawak pergi jalan-jalan harini" aku tersenyum manis .

"Anything, Sayang. Kalau nak pergi lagi bagitau la . Nanti boleh la awak peluk badan saya yang sado ni"
Haiqal gelak besar . Muka aku dah macam tomato dah ni . Huwaaa! Malu nak mampus weh!

"Bye" aku terus masuk dalam pagar rumah . Kalau dia pusing belakang maknanya aku Ada chance nak pikat dia , bisik hati haiqal.

Aku tergerak hati untuk pusing ke belakang dan senyum kepada haiqal .
Aku terus masuk ke dalam rumah.

Yes! Aku Ada peluang! Haiqal terus memecut laju dari perkarangan rumah aisya.

Aku berjalan lemah memasuki kawasan sekolah . Entah kenapa Hari ni aku takde mood gila . Selepas Hari aku keluar dengan haiqal , dia langsung Tak tegur aku walaupun terserempak .

Dia just nak gunakan aku ke? Arghhh kesah apa. Dia ajak tu sebab aku kata jangan tulis nama aku haritu kan . Aishh lantaklah .

Aku terus duduk di tempat aku dan meletakkan muka ku di atas meja . Mataku dipejam .

Ting!

Aku buka fon . Ada notification daripada 'NEWS SMK KOTA DAMANSARA' . aku pun tekan je lah. Aku tergamam dan air mata mula meluncur laju . Patutlah lari dari aku ? Lelaki semua bodoh .

Aku meng'offkan telefon aku dan mencapakkannya di dalam beg. Kingka sekolah sedang hangat bercinta dengan queenka.  Fuhh dah gelaran kingka tu tahu-tahu je lah sape . Si mamat berlagak ketua pengawas tu lah! Queeka pulak Sarah 🤧

Sepanjang kelas , aku tak fokus sedikit pun masa belajar . Sampai cg.Azimah tanya aku ok ke tak? Kenapa? Aku nampak tak bermaya sangat ke?

Sampai je masa rehat , mata aku dah tak boleh tahan . Aku terus berlari keluar dari kelas . Budak kelas semua tengok aku pelik . Aku menangis sambil belari ke rooftop .

Tapi belum sampai dekat rooftop aku dah langgar seseorang . Dia terus menolongku bangun . Dia mengangkat muka aku .

"Hey aisya ? Kenapa nangis ni?" Ray atau nama sebenarnya Rayyan Mikhail , penolong ketua pengawas mengesat air mataku . Aku tidak menjawab , memandang ke arah lain . Ray memapah aku untuk ke bilik rawatan supaya aku rehat di sana .

Dua figure yang sangat aku kenal berjalan ke arah yang bertentangan dengan kami berdua.  Kepala aku mula berpusing . Arghhh! Sakitnya ya Allah.  Aku terus mencengkam baju Ray dan memeluknya kuat sebelum aku pengsan.

"Aisya?!" Ray menampar pipi aisya lembut setelah merasakan badan aisya lembik selepas aisya memeluknya . Ya Allah! Bisik Ray di dalam hati.

Ray terus mendukung aisya dan membawanya ke kereta . Dia Tak kesah dah orang sekeliling kata apa. Dia terus meletakkan aisya secara baring di seat belakang.

Haiqal tergamam melihat agenda tadi . Ya Allah ! Apa dah jadi dengan aisya ! Aku harap dia okay , bisik hati haiqal .

"Saya nak pergi tandas kejap . Awak masuk kelas dulu ye" haiqal mengusap kepala Sarah , Sarah tersenyum manja , gedik.

Haiqal terus beredar . Tujuannya bukan ke tandas tetapi hendak mengekori Ray dan Aisya .

Bersambung

Vote
Comment
Sangat
Diperlukan
No
Silent
Readers
Please

Ketua pengawas itu suami aku?Where stories live. Discover now