Sorry guys lama tak update . I'm busy haritu dengan nasyid kelas😂
Sorry erkkk???..Aku menilik muka aku yang sembab sebab menangis terlalu banyak . Ya. Sekarang kesucian aku telah dirampas oleh SUAMI sendiri tanpa rela aku .
Air mataku mengalir lagi . Aku jatuh terduduk di lantai tandas . Kenapa dia perlu sekejam tu dengan aku . Aku memeluk lutut .
Kedengaran pintu tandas diketuk kuat dari luar .
"WOI! KAU BUAT APA DALAM TU?! NAK BUNUH DIRI KE HAH?! AKU LAPAR LAH BODOH!!! CEPAT SIKIT BOLEH TAK!!"
Aku menutup mataku. Tanganku menggigil mendengar suara garaunya yang sedang marah . Aku mula bangun secara perlahan . Bathrobe di penyangkut yang tersedia disarung di badan.
Aku membuka pintu tandas dengan perlahan .
"Tahu pun nak keluar ! Cepat sikit lah bodoh!" Aku berlari anak ke bilik sebelah untuk menukar pakaian .
Aku menyediakan makanan yang telah siap dimasak di atas meja . Aku masak nasi goreng je.
Derapan kaki dari tangga kedengaran . Jantung aku berdebar lagi .
"Aku balik lewat malam ni. Kau jangan nak suka hati kaluar dari rumah . Aku Tak benarkan!" Haiqal berlalu pergi tanpa menunggu kata-kata dari aku .
Aku mengeluh perlahan . Takpe aisya, kau redha je . Ini semua takdir yang dah ditetapkan . Kau kena kuat aisya . Bisik hati kecilku .
Aku meletakkan secedok nasi ke dalam pingganku . Dikuis-kuis nasi tersebut . Ntah , aku tiada selera untuk makan . Aku menyimpannya kembali di bawah tudung saji .
Aku duduk di sofa ruang tamu . Remote tv ditekan berkali-kali . Bosan . Dia cerita yang menarik pun pagi - pagi Hari ni . Hm . Aku mula menutup tv .
Niat untuk Naik ke bilik terbatal kerana ketukan pintu utama rumah . Aku membuka perlahan . Siapa pulak yang datang awal-awal pagi macam ni?
"R-ray?"
Ray tersenyum .
"Boleh Ray masuk?" Aku bingung . Nak bagi ke taknak . Tapi aishh bagi je lah .
"Masuklah" Ray berlalu masuk Dan duduk di atas sofa yang terletak di ruang tamu .
Aku menutup pintu rumah .
"Nak air apa? Aisya buatkan" aku tidak memandang Ray malah memandang ke arah dapur . Perasaan gugup datang menyelubungi diriku. Aku takut sebenarnya.
"Apa-apa je" Ray tersenyum lagi . Aku hanya mengangguk dan berlalu ke dapur . Sedang ralit membancuh jus Oren . Terasa seperti satu tangan melingkari pinggang aku .
Aku terus berpusing ke belakang . Wajah aku Dan Ray hanya beberapa inci sahaja . Dapat aku rasa deruan nafasnya yang panas .
"A-apa Ray buat ni?" Terketar-ketar suaraku . Aku memejamkan mata dan sedikit menunduk . Ray Makin mendekat .
"Shh. Just stay like this . I miss you"
Terasa deruan nafasnya yang panas ditelingaku . Aku menelan air liur . Aku harap takde apa-apa yang buruk berlaku ."AISYAA HUMAIRA!!" Ray dan aku tersentak lalu memandmag gerangan tersebut. Kepalaku berasa pening .
Ya Allah .. dugaan apa yang kau berikan ini??
"Kau!!! Keluar sekarang!!!" Tengking haiqal . Ray hanya tersenyum sinis Dan berlalu keluar .
Sempat dia berbisik kepada aku .
"Wait for me sayang"Apakah semua ini memang dirancang oleh Ray??
"Kau!!" Haiqal menunding jari ke arah aku . Haiqal datang mendekat ke arah aku .
"Kau memang murah kan?! Menyesal aku kahwin dengan kau! Aku benci kau!! Kau keluar dari sini sekarang!!! Aku bagi masa 5 minit untuk kau kemas barang² kau!!" Haiqal menarik rambutku lalu menolak ku sehingga jatuh . Air mata yang bertakung dari tadi sudah melimpah dari empangan.
Aku bangun sambil mengesat air mata yang masih bercucuran . Aku terus menuju ke bilik tanpa bantahan Dan segera mengemas barang² aku .
Aku melangkah keluar dari rumah aku bersama haiqal . Baru je 1 bulan lebih kami kahwin . Dan benda macam ni dah jadi? Macam Mana lah agaknya Masa depan aku nanti?
Haishh ....
Sekarang aku nak pergi Mana? Rumah mama dengan papa? Memang Tak arh nanti kena halau dengan mama dengan papa pula . Haishh .
Aku berjalan sendirian . Aku buntu kalau pergi rumah haiden nanti macam² yang ditanya . Tiba-tiba badanku ditarik .
Aku menjerit kecil . Seseorang menutup mulutku dan semuanya gelap .
♥️♥️♥️
Aku memegang kepalaku . Terasa berdenyut . Aku melihat sekeliling . Aku dalam bilik . Jap . Apa yang terjadi tadi?
Krekk..
Aku berpaling ke arah bunyi tersebut . Seorang lelaki mungkin berpakaian serba hitam menghampiri aku. Aku Tak cam siapa si dia kerana dia memakai mask untuk menutup mukanya .
"Hey dah bangun?" Dia duduk di sebelah aku . Aku kebelakang sedikit. Tidak selesa dengan keberadaan dia .
"Jangan lah takut ni Ray la" Ray membuka mask tersebut. Aku terkedu . Kenapa dia buat macam ni?
"Kenapa ni? Hm sedih je" Ray cuba mengusap pipi aku tetapi sempat aku tepis . Aku menjelingnya tajam .
"Kenapa buat aisya macam ni hah?! Apa yang Ray nak?! Ray tahu kan aisya dah kahwin?!!" Aku memejamkan mata . Terasa ingin menangis lagi . Aku Tak tahan .
"Kenapa???!!" Aku menangis . Dada bidang Ray ditumbuk-tumbuk .
"Shhh jangan lah nangis . Ray buat bersebab ." Ray memelukku erat . Aku Cuba menolak tetapi apakan daya kekuatan seorang perempuan .
"Ray cintakan aisya . Dan Ray tahu apa yang haiqal buat selama ni selepas aisya pergi tinggalkan kitornag dekat sini . Ray minta maaf ." Ray mengusap kepalaku . Aku menangis di dalam dakapannya .
"T-tapi apa yang haiqal dah buat?" Masih berbunyi esakan daripada aku . Ray mengeluh . Dia membaringkan aku . Selimut menutupi tubuhku .
"Dah . Aisya tidur dulu . Ray Ada kerja nak buat" Ray berlalu pergi tanpa menjawab persoalan aku .
Aku mengeluh . Banyaknya dugaan yang aku kena tempuh . Patutkah aku percaya kan kata-kata Ray? YaAllah , tolong aku . Kuatkanlah hati aku .
Aku dibuai mimpi dengan tangisan kecil .
Bersambung
Sorry kalau Tak best or what ever .
Sorry lambat pub .
Vote & comment kalau nak aku pub 2 part lagi Masa cuti nanti🤔
YOU ARE READING
Ketua pengawas itu suami aku?
Romance+Kisah hidup seorang remaja perempuan yang dipenuhi rasa Sayang, Benci dan Cinta #2 in tengku (11 may 2018 12.45a.m) by hyun_jae02 start : 30/05/2017 end :