9√

6.5K 405 19
                                    

Aku tersedar dari tidur . Terasa tanganku hangat . Aku melihat di sebelahku . Rayyan rupanya . Kenapa dia tak balik lagi? Aku menilik jam di dinding . Dah pukul 8 malam?

Aku cuba untuk bangun . Ray tersedar dari tidurnya kerana gerakan aku . Ray masih lagi mamai.

"Awak nak pergi mana ni?" Ray melihat dengan muka yang masih ngantuk . Aku tergelak kecil.

"Nak pergi bawah, lapar . Ni kenapa tak balik lagi? Dah malam ni?" Ray terkejut . Dah malam , dia Tak sedar sebab masa jaga aisya tadi dia tertidur jugak . Letih sangat .

"Takpe , awak duduk je . Biar saya pergi ambil makanan . Awak nak makan apa?" Aku pun akur dan betulkan posisi duduk .

"Nak aiskrim" aku mengedipkan mataku . Aku tahu dalam keadaan aku camni memang dia takkan bagi punya aku aiskrim . Tapi ni je tektik yang aku boleh buat untuk dia akur dengan aku.

"Tapi awak kan demam" aku mencebik . Dia mengusap kepalaku.

"Yelaa saya ambik" Ray melangkah keluar dari bilikku.  Aku mencapai fon yang terletak di meja lampu tidur .

Aku on Wi-Fi . Banyak gila notification masuk.

50+ from Twitter
100+ from Instagram
200+ from WhatsApp
7+ from Mobile Legends

Aku tekan app WhatsApp .

10+ from MamatSewel
120+ from SISTERHOOD^🙈
20+ from 4 SC-A 2K17

Aku tekan grup SISTERHOOD^🙈

SISTERHOOD^🙈

Syamila💓
Aisya
Aisya
Aisya
Asyyaaaa
Oppss
typoooo
Aisyaaaaa!!!!
Mana kauu nii??!!
Kenapa tinggal aku sorang2

Hana💕
Haah
Aisya
Mana kau?
Kenapa Tak dtang?
Sakit ke?

Kyla💞
Halamakk kau ni
Milaa
Baru sehari
Macam la aisya tu
Tinggalkan kau
Sebulan

Syamila💓
Senyap ah kau
Kau takpe ar . Aku ni
Lonely Kat kelas .
Kau Ada si Hana tu .
Dah la cg botak tu masuk
Kelas membebel je kerja
😭😭😭😭😭😭😭
Sad lyfeuuu 😭

Kyla💞
Macam Tak biasa
Dengar cg botak tu bebel
Hak alahhhh

Alaaaa korang
Aku Tak datang sbb demam
Esok aku dtg laa .
Aku okay je ni
Jangan risau
Ada jugak yang rinduu😂

Aku tutup fon bila Ray dah masuk bilik . iPhone 6+ aku letak di sebelahku .

"Buat apa tu?" Ray memberikan secawan aiskrim choc-chip kepadaku. Yeay fav! Aku terus suap satu sudu aiskrim ke dalam mulut .

Ray hanya tersenyum dan menelan air liur . Haha terliur aiskrim aku latuu😂

"Nak?" Aku menghulurkan sesudu aiskrim kepadanya . Dia terus 'ngap' aiskrim aku . Aku tergelak kecil .

"Sedap" aku mengusap kepalanya .
Ray mengangguk .

"Emm Ray , nak tanya boleh?" Aku suapkan sudu aiskrim terakhir aku . Huwaaa habis dah . Aku pun letak tepi cawan tu.

Ray mengangguk .

"Kenapa awak tiba-tiba baik dengan perempuan? Bukan ke awak ni dingin erk?" Aku memandang ke arah lain bila rasa takut untuk melihat mukanya .

Ketua pengawas itu suami aku?Where stories live. Discover now