Bab 2

89 10 38
                                    

" Yeay masa untuk tengok anime! "

Aku bersorak gembira lalu mengambil komputer riba ku lalu memilih anime yang terdapat di dalamnya dan one punch man menjadi pilihan.

Apa? Korang ingat budak skema takde life ke?

Harini hari sabtu merangkap hari cuti awam jadi aku mempunyai masa yang terluang. Semua kerja sekolah sudah lama aku siapkan. Ulangkaji? Dah buat dah semalam sebelum tidur.

Melihat aksi watak anime yang kelakar itu membuatkan aku ketawa terbahak-bahak. Nasib cuma aku je yang ada kat bilik ni.

Knock knock

' Aish baru je nak enjoy tengok anime. Siapa pulak ni? ' Detik hatiku.

Aku mengorak langkah lalu memulas tombol pintu,

" Surprise!! "

" Opocot mak kau hijau! " Latah ku.

" Eh eh mak akak, mak adik jugak " Ujar Kakak.

" Akak tu lah! Surprise apa benda?? "

" Ibu suruh turun, makan " Beritahu Kakak.

" FOOD HERE I COME!! "

Tanpa menghiraukannya, aku segera berlari ke tingkat bawah, menuju dapur sepantas kilat.

Tup tup dah duduk kat atas kerusi, tunggu makanan.

Kakak yang baru sampai, hanya mampu menggelengkan kepalanya.

" Cakap je pasal makanan, cepat je budak ni " Ujarnya lalu mengambil tempat duduk di hadapan ku.

" Well, ni Iqmah chan okay " Dengan bangganya aku berkata.

Tidak lupa juga untuk membuat gaya ' flip hair '.

" Banyak ah adik punya chan. Baik tukar je nama tu jadi belacan "

" Hei! "

" Shh anak-anak sekalian, tak baik gaduh depan rezeki " Ujar ibu lalu meletakkan pelbagai lauk di atas meja.

" Tapi akak yang-- " Baru sahaja aku ingin membantah, ayat ku dipotong oleh ibu.

" Aip! Sudah "

Kakak pulak sudah menjelir lidah kepada ku.

" Ha Fizah. Yang kamu jelir lidah tu dah kenapa? " Tanya ibu.

Aku? Senyum kemenangan lah hoho.

Kami mula menjamu selera selepas membaca doa sebelum makan.

Sedang asyik menjamu selera, ibu mula memulakan bicara.

" Esok adik ada kelas tambahan tak? "

" Ada ibu. Kelas matematik tambahan, sejarah dan bahasa melayu. Habis pukul 4:30 " Beritahu ku panjang lebar.

" Okay. Esok bangun awal, akak yang hantar adik " Ujar ibu.

Kakak yang sedang elok menyuap nasi, tersedak.

" Kenapa akak yang kena hantar adik? " Tanyanya.

" Esok ibu dengan ayah pergi dating " Sampuk ayah.

" Tapi akak dah janji nak jalan dengan Arif! " Bantah kakak.

Arif atau nama penuhnya, Arif izuddin merupakan teman lelaki kakak aku. Aku approve lah diorang couple, sweet tahap diabetes!

Untung la ada boyfriend, cuba tengok aku ni, cengkerik pun tak hingin nak lalu.

Apa ke buruk sangat ke muka aku ni?

Aku tak tahu la. Ramai orang salah anggap yang aku ni kakak dia. Ada ke patut? Orang kata muka kakak babyface. Naik muntah pelangi aku bila orang cakap macam tu.

Tapi, aku akui la. Dia memang babyface. Ramai yang berkenan kat dia.

Pernah satu kali, ada lelaki masuk meminang kakak tapi dia tolak. Alasannya, dia nak belajar.

Kesian aku tengok lelaki tu. Dia bawa satu keluarga kot. Punah harapan keluarga dia.

Tapi, sekarang, lelaki tu dah move on. Dia bahagia dengan perempuan lain. Dah ada anak dua wei! Betullah orang kata, Ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian.

" Ala apa susah? Bagitau je la arif yang akak kena hantar adik dulu "

Ya ampun, belum habis lagi ke?

Aku yang sudah habis makan mula bergerak ke singki, bertujuan untuk membasuh pinggan.

" Ish yelah yelah! " Ujar kakak setelah penat bertekak.

Sedang aku sibuk membasuh pinggan, tiba-tiba kakak meletakkan pinggan di sebelah ku.

" Eh eh ni apa benda ni? " Tanya ku sambil menunjuk ke arah pinggan tersebut.

" Adik nak akak hantar esok ke tak? " Ugutnya.

" Macam mana nak kahwin dengan Arif kalau cuci pinggan pun akak malas? " Tanyaku, bernada sinis.

Kakak meninggalkan ku sambil kakinya dihentakkan ke atas lantai lalu mengorak langkah ke biliknya.

Hoho I win people.

Mister?Where stories live. Discover now