Bab 5

68 10 23
                                    

" You know what? You look pretty in everything you wear "

Tersentak aku mendengar bait bicaranya. Pekerja yang melihat kami mula tersenyum.

" So let's get everything Iqmah " Ujarnya.

Semua?! Berjenama kot! Biar betul budak ni?!

" Urm zaf. Tak payah beli semua lah ye? Cukup satu " Aku cuba memujuknya.

" Duit aku, suka hati aku la! "

Ish! Budak ni!

Tapi aku turutkan jua. Kalau aku bantah pun, bukannya aku menang. Zafran ni degil orangnya.

Setelah selesai membayar, Zafran membawaku ke kedai kanta lekap.

" Sekarang, kita buang kaca mata kau and tukar jadi lens " Ujarnya.

Dia mula memilih warna kanta lekap yang dipamerkan di situ. Semua nampak cantik.

Aku juga turut melihat satu-persatu. Setelah tiba di satu bahagian, aku tertarik dengan kanta lekap yang berwarna coklat gelap.

" Zaf " Panggil ku.

" Hm? " Sahutnya.

" Yang ni okay tak? " Tanya ku.

" Cantik. Sesuai dengan mata kau. Kita pilih yang ni "

Setuju dengan cadangan ku, dia mula menguruskan hal dengan pekerja di situ.

Setelah selesai, Zafran ingin mengisi perutnya lalu kami pergi ke salah sebuah restoran di pusat membeli belah itu.

" Amacam? Suka tak penampilan kau sekarang? " Tanya Zafran memulakan bicara.

" Suka sangat. Cantik je aku tengok " Ujarku sambil mengukir senyuman.

" Sempena meraikan Iqmah yang baru, aku nak belanja kau. Kau nak apa? Cakap je nak apa. It's on me " Dia berkata sambil menongkat dagu memandang ku.

Aku juga turut menongkat dagu sambil membuat gaya berfikir.

Melihat situasi ku, membuatkan Zafran tergelak kecil. Ni kalau orang lain tengok ni, mesti diorang ingat kitorang ni bercinta.

" Aku nak makan pasta, lepastu pizza then pop corn and ice cream. Boleh tak? " Tanya ku.

" Boleh "

" Yeay kenyang aku harini! " Aku bersorak gembira.

Zafran hanya mampu menggeleng kepalanya sambil tersenyum.

' Haihh Iqmah Iqmah nasib kau comel '

Selepas makan malam, aku menolong ibu membersihkan mana-mana yang patut.

Meja yang tertumpah kuah, aku lap sehingga bersih. Pinggan mangkuk di singki juga aku cuci.

" Adik " Panggil ibu.

Aku menyahutinya.

" Adik busy tak esok? " Tanya ibu.

" Tak. Esok adik balik awal sebab kelas tambahan kena cancel. Cikgu MC " Terangku panjang lebar.

" Tapi mama zafran ada ajak adik teman dia shopping petang tu. Boleh tak ibu? " Tambahku lagi.

" Mestilah boleh tapi adik kena balik sebelum maghrib tahu? " Ujar ibu

" Roger boss! " Aku mula membuat gaya tabik hormat kepada ibu.

Ibu hanya mampu ketawa melihat karenah ku.

Setelah selesai membersihkan, aku menuju ke bilikku.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi.

" Fuh sakit belakang aku " Ujarku sambil mengurut belakang ku.

Haihh umur baru mencecah 17 tahun, tapi belakang dah sakit semacam. Apekah?

Teringat pulak aku kat kawan kitorang. Dia tu selalu sakit belakang, jadi kitorang bagi dia nama ' Lola '. ' Lola ' mempunyai makna nenek dalam bahasa Filipin kalau aku tak silap.

Disebabkan mata aku dah berat sangat, aku mengambil keputusan untuk tidur.

Kaki ku mengatur langkah ke katil dan aku berbaring. Bantal busuk milikku, seperti biasa aku peluk.

Takde bantal busuk, takdelah aku. Cewahh power tak ayat aku? Tapi betul, I can't live without my bantal busuk.

Memikirkan esok hari, membuatkan ku gusar sedikit sebanyak.

Esok merupakan hari pertama bagi Iqmah yang baru.

So wish me luck?

Mister?Where stories live. Discover now