Semenjak kejadian tempoh hari, hubungan Haris dan Izatul Iqmah bertambah akrab tambahan pula Haris seringkali mengajaknya untuk belajar bersama-sama di perpustakaan sekolah pada waktu rehat.
Zafran sudah meminta maaf kepada Izatul Iqmah dan hubungan mereka telah dibaiki. Namun, melihat keakraban di antara Haris dan si gadis, sedikit-sebanyak mendatangkan rasa cemburu di lubuk hatinya.
Tapi apakan daya? Dia bukan teman lelaki bagi si gadis. Malahan, si gadis hanya menganggapnya sebagai sahabat karib. Dia tidak mempunyai hak untuk melarang si gadis dari rapat dengan mana-mana lelaki.
Tetapi, dia tekad untuk meluahkan segalanya hari ini. Tempat kebiasaan mereka iaitu di belakang Blok Mawar telah dihiasi dengan hiasan yang digemari Izatul Iqmah. ' Aku takkan lepaskan peluang kalini! ' Fikir Zafran.
Aku mengatur langkah ke lobi sekolah bertujuan untuk menghantar buku cikgu. Hidup aku terasa lebih lengkap semenjak Haris menjadi sahabatku. Tapi entahlah. Kadang, aku suka bila bersamanya, dan ada masanya aku entahlah tak tahu nak cakap macam mana.
Setiap hari, aku pasti akan meluangkan masa bersamanya pada waktu rehat. Sehinggakan pelajar lain menganggap kami sebagai pasangan kekasih.
Setelah selesai menghantar buku, aku mengorak langkah ke loker untuk mengambil buku pelajaran ku.
Sebaik sahaja aku membuka pintu loker, ada sekeping surat yang diselitkan di celahan pintu loker milikku terjatuh.
Aku mengambilnya lalu membaca isi surat tersebut.
' Meet me at our place. Belakang blok mawar. Zafran '
Apa benda lah budak ni? Aku mengatur langkah ke belakang blok mawar.
Di dalam perjalanan, aku terserempak dengan Haris. Dia menghadiahkan ku senyuman. Tiba di hadapan ku, dia berkata sesuatu,
" Saya nak bagitahu awak something. Jom " Ajaknya.
Tentang Zafran? Serious aku lupa fasal dia.
Zafran tersenyum melihat hasil titik peluhnya. Belakang blok mawar kini dipenuhi dengan bunga lili. Dedaun bunga lili ditabur di atas rumput.
Hiasan lain mengindahkan lagi pemandangan tersebut.
Tiba-tiba, Zafran terdengar derapan kasut berhampiran. Sangkaannya adalah si pujaan hati namun dia terlihat kelibat Haris.
Disebabkan rasa curiga, dia menyembunyikan diri di sebalik semak samun.
Tiba di belakang blok Mawar, aku dikejutkan dengan pemandangan yang indah. Bunga lili yang ditabur di atas rumput. Ditemani dengan angin yang nyaman. Sangat menenangkan.
" Awak nak cakap pasal apa? " Tanya ku kepada Haris.
" Saya nak awak dengar saya betul-betul. Saya sebenarnya-- saya-- err saya-- " Kata-katanya tergantung.
" Saya? " Tanyaku.
" Saya suka awak! " Ujarnya sambil menutup mata. Tidak ingin melihat mataku.
Aku terkejut mendengarnya.
Bukan apa, biasanya orang gembira bila crush cakap yang dia suka kat kita. Tapi aku? Aku takde rasa apa-apa pun.
" Saya suka awak! " Keterangan yang diluahkan oleh Haris membuatkan Zafran tergamam.
' Aku..dah terlambat '
Dia yakin, pasti Izatul Iqmah akan memilih Haris daripadanya. Yakin yang teramat.
Dia tahu yang si gadis sudah lama memendam rasa jadi sudah tentu dia akan menerima luahan Haris.
Zafran meninggalkan tempat itu dengan perasaan yang bercampur-baur. Daripada sakit hati melihat adegan mereka, lebih baik dia mengundur diri, fikirnya.
Luahan Haris membuatkan aku terkejut.
" Saya tahu kita baru kawan. Tapi saya memang dah lama memendam rasa kat awak. Saya suka tengok awak senyum, ketawa. Saya suka semuanya tentang awak. Saya-- " Bait bicaranya aku potong.
" Haris. Saya nak kita jadi kawan sahaja. Saya minta maaf. Tapi saya rasa lebih baik kalau kita jaga batas. Sekali lagi saya minta maaf. Saya pergi dulu " Pamit ku.
Aku tahu memang jawapan ku tampak bodoh. Tapi nak buat macam mana? Dah memang hati tak suka. Mungkin aku hanya menghormatinya sebagai senior?
Dan mungkin aku keliru di antara perasaan menghormati dengan rasa suka? Aku sendiri tak tahu.
Hatiku tak berdegup kencang sewaktu bersama Haris sepertimana yang aku rasa bersama Zafran.
Ya, aku tahu. Dia kawan baik aku, aku tahu aku tak patut suka dia. Aku takut nak korbankan persahatan kami yang dah lama dibina.
Aku kerap menghiraukan perasaan tersebut tetapi ia semakin bertambah. Disebabkan aku ingin menjaga persahabatan kami, aku hanya mampu memendamkannya.
YOU ARE READING
Mister?
RomanceMister? Merupakan sebuah buku yang mengisahkan kehidupan seorang pelajar bernama Izatul Iqmah. Mempunyai seorang kawan karib iaitu Zafran. Dan menyukai seorang lelaki bernama Haris. Akan tetapi, tidak mempunyai keyakinan diri disebabkan wajahnya. Za...