Di Kampung rajawali tinggallah lima beradik piatu iaitu firdaus, Aqil,Danial,Haiqal Dan irsyad. IBU bapa mereka meninggal dunia ketika Kampung rajawali diserang. Ibu bapa merekalah yang sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan Kampung tersebut
Sekarang mereka tinggal bersama pak man iaitu guru yang handal bersilat.Pak man juga adalah guru kepada Ibu bapa mereka.
"Bangun cepat dah nak habis waktu subuh ni", kata pak man hendak mengejutkan Lima beradik
itu." Saya mengantuklah lah Tok"kata haiqal iaitu anak yang sulung diantara adik Beradik itu."cepat kalau tidak mahu bangun Tok simbah semua dengan air",kata pak man."baik Tok baik Tok kami bangun",kata danial.Selepas adik beradik itu bangun mereka pun bergegas hendak mengambil wuduk."Lurus dan rapatkan saf",kata pak man.Setelah mereka selesai solat subuh mereka pun seperti biasa akan memulakan latihan pertahanan diri.Mereka semua memulakan latihan dengan berlari dua belas pusingan.Selepas itu, mereka pun mengambil tempat sesuai untuk berlatih.Pak man akan berdiri di tengah bulatan dan mereka pula diri di tempat yang ditetapkan.Latihan ini digelar teknik gempur kerana mereka beradik akan berlari ke arah pak man dan akan berlawan dengannya."hiah" jerit aqil membuat tumbukan bawah tetapi senang ditepis oleh pak man.Irsyad pula membuat serangan dengan membuat sepakan maut di tengkuk pak man hampir kena tetapi sempat dielak dan dibalas semula dengan tumbukan.Latihan ini berlangsung sehingga tengah hari apabila pak man melihat mereka sangat letih pak man henti kan latihan."Cukup untuk hari ini"kata pak man.Mereka beradik
Melepaskan nafas dalam-dalam selepas latihan itu berakhir."Selepas ni Tok nak kamu semua pergi pasar beli ikan dan sedikit sayur sayuran".Kata pak man."Baik Tok".Serentak mereka menjawab.Di istana.........
"Tuanku"!Jerit seorang ahli tentera diraja hendak memanggil sultan.
" Ya,kenapa kamu kelihatan sangat gelisah".kata sultan azizi."Ampun tuanku,tadi di pasar patik melihat ada sekumpulan orang gila mengamuk dengan memegang sebilah parang dan membunuh orang-orang kampung".Kata ahli tentera diraja itu."Apa,kemudian kenapa kamu tidak membunuhnya".Tanya sultan."Ampun tuanku, maafkan patik tetapi mereka berbadan besar dan terdapat bintik bintik ungu di tengkuknya.Saya pasti itu adalah bintik-bintik yang sama seperti askar-askar tur kus yang menyerang kita tiga tahun yang lepas."kata ahli tentera diraja itu."Bawa orang kampung ke tempat selamat dan jangan biarkan orang gila itu mendekati orang orang kampung".Kata sultan Azizi dengan tegas."Menjunjung perintah tuanku".Kata ahli tentera diraja itu." Tok hendak ikan yang mana abang".Tanya aqil kepada haiqal." Tok nak ikan siakap dengan ikan masin."jawab haiqal.Setelah mereka sampai di kampung, mereka terkejut melihat terdapat banyak mayat mayat orang kampung. "Astagfirullahal azim apa yang terjadi ni". Tanya Firdaus apabila melihat mayat mayat itu.
Mereka menitiskan air mata
Apabila melihat orang orang kampung dibunuh dengan cara yang sangat kejam.Selepas itu mereka pun berjalan dengan perlahan lahan kerana tidak mahu terpijak mayat mayat tersebut.Mereka semua berhenti apabila terdengar suara yang menyeramkan." Bunyi apa tu?"Tanya irsyad. "Entah". Jawab Danial.Mereka pun sambung berjalan dan terlihat ada enam orang berbadan perkasa dan mempunyai bintik bintik di tengkuknya." Abang rasa itulah orang yang membunuh orang orang kampung".kata haiqal.Dalam kiraan lima kita pergi berpecah dan pergi ke posisi sendiri,kita akan buat teknik gempur untuk menumpaskan mereka."kata Firdaus.Selepas itu aqil pun membuat isyarat jari menunjukkan kiraan."satu,dua,tiga,empat,lima serang". Jerit mereka serentak.Bermulalah pertarungan diantara lima beradik dan orang gila itu. Danial memulakan serangan dengan pukulan kipas ia membuatkan orang berbadan perkasa itu terjatuh ke tanah dan disambungkan dengan sepakan maut oleh irsyad.Sepakan itu terkena kepala orang yang berbadan perkasa itu.Mautlah seorang daripada orang orang berbadan perkasa itu."Kita maju serentak".Jerit Haiqal.Sambunglah semula pertarungan balas demi balas dibuat daripada kedua kedua pihak.Firdaus mengambil parang orang badan perkasa yang maut itu dan menikam lagi seorang orang gila itu.Danial pun terus mengambil parang itu dan berlawan dengan orang gila yang lain. Mereka bersama menendang orang gila itu hingga tumpas ke tanah lalu Danial dan Firdaus menikam seorang demi seorang orang orang gila itu.Sehinggalah kesemua orang orang gila itu tumpas.Pertarungan itu dilihat oleh seorang ahli tentera diraja. Sebaik sahaja pertarungan itu selesai beliau pun keluar dan pergi berjumpa dengan mereka."Tumpang tanya nama kamu siapa?"Soal ahli tentera diraja itu kepada mereka."Nama Saya haiqal Anak yang sulung sekali.Nama saya aqil anak yang kedua.Nama saya irsyad anak yang ketiga.Nama saya pula Danial anak yang keempat.Saya pula Firdaus anak bongsu."jawab mereka."Mana mak dan ayah kamu"tanya beliau lagi.
"Mak ayah kami sudah meninggal dunia sewaktu askar tur kus menyerang kampung ini." Jawab mereka lagi. Selepas itu haiqal pula yang menanya ahli tentera diraja itu."Maaf,nak tanya sedikit abang ni siapa ya?"soal haiqal."ohh abang salah seorang tentera diraja nama abang Muhammad Razi panggil je abang Razi."Abang ni tentera diraja,wah seronok ke jadi tentera diraja?"
Tanya Aqil."Bolehlah,hah tadi senangnya kamu tumpaskan orang orang gila itu."tanya abang Razi."orang gila?ohhh orang yang badan perkasa tu, kami belajar silat dengan tok man dialah yang ajar kami sehingga kami boleh tumpaskan orang yang badan perkasa ni."jawab irsyad."Tok man masih hidup?"tanya abang Razi dengan penuh terkejut."Abang kenal ke dengan Tok man?.tanya mereka serentak."Dulu Tok man yang mengajar tentera tentera diraja bersilat tetapi khabar angin mengatakan bahawa dia terbunuh dalam pertempuran berlawan orang orang tur kus.Tapi kami tidak jumpa pun mayatnya."kata abang Razi mengisahkan semula pertarungan dahulu."Kamu semua nak pergi istana tak?tanya abang Razi.
"Istana,nak."jawab mereka. " Mari ikut abang. "Yay,pergi istana." Jerit Danial ."Nanti dekat sana jangan buat benda tak senonoh pula."kata abang Razi. "Baik bang." Jerit mereka seperti tentera diraja.
YOU ARE READING
Panglima Lima Beradik
Historical FictionFirdaus,Danial,Irsyad,Aqil dan haiqal adalah adik beradik piatu mereka hidup bersama pak man iaitu Tok guru silat terhandal di Kampung rajawali.