Chapter 1

2K 78 2
                                    

Koleksi Seram Buahhati
Tajuk : Love Kill Me
Penulis asal : Nazira Raffie

Hujan turun dengan lebat sekali. Cuaca sejuk sehingga ke tulang dapat saya rasa. Saya merenung Eric yang terbaring lemah di atas katil.

Sudah lebih enam bulan dia terbaring lemah seperti itu. Dan sudah enam bulan juga saya tidur di hospital menemani dia setiap malam. Siang saya bekerja, mentua saya akan jaga dia.

Balik kerja, mandi dan terus pergi hospital. Setiap hari saya akan datang bawa buah kegemaran dia. Epal hijau. Dia memang suka tu epal.

Setiap malam saya akan baring dan tidur sekatil dengan dia di wad persendirian tu. Memang sengaja kami minta wad persendirian supaya kami dapat jaga dia dengan aman.

"Dear.. Mau makan?" Saya menepuk perlahan bahu Eric. Eric menggelengkan kepalanya perlahan.

"Dear nda lapar?" Saya tanya lagi. Sekali lagi Eric menggelengkan kepalanya.

"Kalau lapar kasih bangun saya ah. Takut saya tertidur.." Saya. Eric angguk perlahan.

Eric memang tidak boleh bercakap sudah sejak dia aksiden 6 bulan yang lalu. Kecederaan yang dia alami sangat serius sehinggakan urat tertentunya rosak. Jantungnya juga bermasalah sehingga dia terpaksa menjadi penghuni di hospital itu berbulan lamanya.

Pada awalnya saya tidak dapat menerima semua tu sampaikan saya merayu supaya doktor sembuhkan dia semula. Tapi bila saya melihat Eric sangat tabah dan tenang menghadapi dugaan itu membuatkan saya perlahan-lahan terima keadaan dia.

Setiap hari saya berdoa pada Tuhan supaya sembuhkan Eric. Supaya dia boleh bangun semula. Setiap minggu saya pergi church sembahyang dan berdoa. Saya menderma untuk dapat kebaikan bagi pihak Eric.

Saya buat apa yang sepatutnya seorang isteri buat bila suami di dalam kesusahan. Perit untuk saya telan apa yang terjadi pada Eric.

Eric adalah cinta hati saya. Dia adalah cinta terakhir saya dalam kehidupan ini. Dia tidak mungkin akan terganti dengan mana-mana lelaki.

Kehidupan kami sebelum kejadian kemalangan itu sangat bahagia. 5 tahun menjadi isteri dia, walaupun tanpa anak. Saya tetap menjadi wanita paling bahagia.

Begitu juga Eric. Perna Eric cakap sama saya, kalau pun sampai akhir hayat kami, kami tidak mempunyai zuriat.. Dia tetap akan sayangkan saya. Begitu jugalah dengan saya.

Setiap minggu kami akan pergi ke pandai tanjung aru. Kami tunggu matahari terbenam dan sama-sama menikmati waktu senja. Janji Eric, sampai tua dia akan temankan saya menikmati saat itu.

Walaupun dia terlantar sekarang, tetap saya pegang kata-kata dia. Saya tidak berputus asa. Saya yakin Tuhan mendengarkan doa-doa saya.

Saya teringat semua itu sampaikan saya terlena. Bila saya tersedar keesokkan harinya, doktor maklumkan pada saya yang Eric sudah boleh keluar.

Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan gembira saya masa ni. Saya peluk Eric dan saya lihat air mata Eric mengalir kerana gembira. Selepas 6 bulan, dia boleh balik ke rumah kami.

Saya terus call mentua kasih tau Eric sudah boleh keluar. Mentua saya happy sampai menangis. Saya cakap tak payah datang, saya sendiri akan bawa Eric balik.

Love Kill MeWhere stories live. Discover now