Koleksi Seram Buahhati
Tajuk : Love Kill Me
Penulis asal : Nazira Raffie
#5
Keadaan jadi huru hara bila mama dan bapa paksa saya ikut diorang balik kampung. Eric pun masih tidak mahu lepaskan saya.
“Makin kamu paksa, anak kamu akan mati bersama saya!” Eric menjerit kuat.
Tiba-tiba mama lepaskan tangan saya. Dia tengok saya dengan pandangan yang sedih betul. Bapa masih pegang tangan mama. Kedua orang tua saya pandang saya dengan wajah yang hampir menangis.
“Nadia... baliklah... balik...” Mama bercakap dalam nada sebak. Saya nampak air mata mama. Mama nangis meraung panggil nama saya dan minta saya ikut dia.
Bapa tarik mama keluar dari rumah kami. Eric pegang tangan saya dan dia tarik saya dalam pelukkan dia. Dia cuba tenangkan saya.
“Kenapa mama dan bapa saya tu dear?” Saya bertanya hairan. Hati saya tidak senang seakan saya pun mahu ikut nangis. Macam perasaan saya tadi tu sedih betul.
“Shhuu... diorang mahu kasih pisah kita sayang. Sayang jangan banyak fikir ah...” Eric mengusap lembut belakang saya.
“Tapi kenapa? Kenapa sampai mahu pisahkan kita? Kita sudah berkawin 5 tahun. Kita bahagia selama ni. Apa yang buat diorang jadi macam tu?” Saya.
“Mungkin sebab Naily...” Bilang Eric.
Baru saya terfikir pasal Naily. Kan Naily ada datang mau pinjam saya duit. Saya nda bagi dia. Mungkin Naily mengadu sama mama saya kali. Itulah diorang tiba-tiba datang rumah kami marah-marah. Masuk akal juga!
“Mesti si Naily meradang saya nda kasih pinjam dia duit!' Saya pandang eric. Eric geleng kepala dan senyum.
“Dia memang nda pandai berubah. Melainkan dia mati!” Eric bercakap dengan nada yang sangat menyeramkan.
Saya terus pandang Eric dengan mata yang tidak berkelip. Suara dia tadi, macam bukan dia. Macam ada suara garau yang saya dengar.
“Kenapa sayang?” Eric tanya.
“Ah.. Tiadalah. Dear ni, memanglah si Naily tu perangai nda bagus. Tapi dear janganlah sumpah dia mati...” Saya.
“Sorry sayang.. saya nda sengaja.. saya terlampau geram sama perangai dia tu...” Eric.
“Biarlah dear. Pasal mama sama bapa saya tu nanti diorang ok juga tu...” Saya.
“Sayang...” Eric menarik bahu saya. Mata kami bertentangan. Saya melihat ke dalam mata Eric.
“Janji dengan saya, kita akan bersama walau apa pun jadi. Jangan tinggalkan saya...” Eric.
“Tidak dear, saya tidak akan tinggalkan dear. Kita sudah janji sehidup semati. Kita sudah janji untuk bersama walau apa pun...” Saya.
“Sayang, kalau suatu hari nanti saya tiada di dunia ni.. sayang buat apa?” Eric memandang tepat ke mata saya.
“Saya akan ikut dear...” Saya jawab dengan yakin.
“Ikut saya mati?” Eric. Laju saya angguk.
Eric ketawa. Berkerut dahi saya.
“Jangan pisahkan... aku dan dia..Tuhan tolonglah ku cinta dia...~~~” Eric nyari lagu yang selalu dia nyanyikan untuk saya.
“Biarkan kami tetap bersama... didalam suka dan duka...~~~” Saya sambung.
“Hidup bersama dan mati bersama....~~~” Eric nyanyi lagi.
“Dear... saya sayang dear...” Saya peluk tubuh Eric dengan erat.
Saya tidak mahu pisah dan tinggalkan Eric. Dia untuk saya dan saya untuk dia. Keadaan yang tenang itu buat saya mengantuk dan akhirnya saya terlelap.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love Kill Me
TerrorLOVE KILL ME Buahhati JP Bagaimana rasanya bila kita perlu hidup tanpa orang yang kita saya? Orang yang kita cintai? Berjanji sehidup semati.. berjanji akan setia hingga ke akhirnya.. Kematian Eric tidak dapat saya terima.. jujur! Saya tidak ikhlas...
