Chap 4

1K 58 0
                                    

Koleksi Seram Buahhati
Tajuk : Love Kill Me
Penulis asal : Nazira Raffie
#4

Pagi tu lewat saya terbangun. Bila saya sedar saja Eric tiada di sebelah saya. Saya cepat-cepat turun dari katil dan berjalan keluar dari bilik. Eric masa tu sedang buat sarapan di dapur.

“Morning sayang!” Eric menyapa saya bila dia nampak saya berdiri depan pintu dapur.

“Morning dear.” Saya melangkah kaki masuk dapur. Mata saya meliar tengok sekeliling.

Keadaan dapur kemas dan bersih. Langsung tiada kesan kotor macam semalam yang saya nampak tu. Dalam hati saya berfikir itu memang mimpi kali.

Saya tarik kerusi dan duduk. Eric terus ampai tu mug nescafe di depan saya. Saya senyum.

“Saya belum berus gigi...” Saya bilang.

“Nda pa.. saya pun lama sudah nda berus gigi...” Terus Eric ketawa. Saya pula macam blank bila dengar Eric cakap macam tu. Macam seram pula saya rasa.

“Joke!” Eric ketawa lagi bila nampak muka saya macam kebingungan tengok dia. Saya senyum saja.

Lepas tu Eric letak piring berisi mee goreng di depan saya. Mee ni memang kegemaran saya. Eric selalu masak untuk saya ni sebelum dia aksiden dulu. Sekarang saya berpeluang lagi makan sebab Eric sudah sembuh.

Eric tarik kerusi duduk depan saya. Dia pun ada nescafe dan mee goreng. Sambil dia tuang tu sos di atas mee goreng dia, sambil dia senyum tengok saya.

Tuhan sahaja yang tahu betapa saya rindukan senyuman Eric tu. Saya bersyukur bila saya berpeluang lagi merasakan kebahagiaan bersama Eric.

“Dear.. saya sayang dear...” Saya cakap dengan nada perlahan.

“Saya pun... Sayang jangan sedih-sedih lagi ah. Saya ok sudah ni dan saya akan mula cari kerja baru nanti.. Sayang di rumah saja ah..” Eric mengusap lembut rambut saya.

“Dear boleh sudah bekerjakah? Kan dear baru saja sembuh. Rehat dulu la.. saya masih boleh bejual. Lagipun simpanan kita masih banyak lagi ni...” Saya.

“Saya nda sampai hatilah kalau biar sayang cari duit. Saya kan suami...” Eric.

“Dear, bukannya dear sengaja. Lagipun dearkan bekas aksiden. Nda apa bah dear, dear rehat saja dulu 2-3 bulan ni...” Saya.

Eric mengeluh. Dia cubit hidung saya.

“Degil bini saya ni..” Bilang Eric.

“Ish..mana ada degil. Ni untuk kebaikkan dear juga bah...” Saya.

Lepas kami siap sarapan tu. Saya cuci piring. Saya nda tau Eric pigi mana sudah.siap cuci piring saya tengok di ruang tamu tiada Eric. Lepas tu saya cek di bilik, pun tiada. Tiba-tiba saya dengar paip berpasang di dalam bilik mandi.

'Oh! Mandi kali laki saya... '  Saya bercakap dalam hati. Saya melangkah masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba langkah saya terhenti. Saya berfikir sejenak.

“Bila masa Eric masuk bilik mandi? Saya nda nampak pun...” Saya terfikir sendiri. Bilik kami bukannya besar sangat. Kenapa saya nda nampak Eric dalam bilik tadi? Sedangkan Eric mandi menggunakan bilik mandi dalam bilik tidur kami.

“Ah! Mungkin saya nda perasan kali dia dalam bilik mandi.” Saya cuba tidak mahu berfikir yang bukan-bukan.

Sambil-sambil saya tunggu Eric mandi, saya kemas katil kami. Lepas tu saya kemas bilik tidur. Saya terpandang tu kerusi roda si Eric. Saya senyum. Bagus simpan dalam stor, lagipun Eric nda guna sudah tu.

Saya pun soronglah tu kerusi roda dia masuk dalam stor dekat dapur sama. Sudah saya kemas baik-baik. Saya berjalan masuk ke bilik. Masih lagi Eric dalam bilik mandi.

Love Kill MeWhere stories live. Discover now