Koleksi Seram Buahhati
Tajuk : Love Kill Me
Penulis asal : Nazira Raffie
#2
Tiga hari berlalu. Tiga hari juga saya nda dapat tidur lena sebab mimpi buruk yang saya alami.
Keadaan Eric semakin baik. Perlahan-lahan dia cuba makan sendiri tanpa bantuan saya walaupun masih belum kuat tangan dia.
Saya nda kisah semua tu. Dia sembuh atau tidak, saya masih cintakan dia dengan sepenuh hati saya.
Saya masih wife dan dia tetap husband saya sampai syurga. Teringat saya janji kami dulu.
Kami berjanji akan sehidup semati. Walau apa pun yang akan terjadi. Sekarang dia di timpa musibah, saya akan pegang janji saya untuk tetap bersama dia.
Saya terpaksa berhenti kerja untuk jaga Eric. Saya gunakan simpanan kami untuk tampung perbelanjaan kami sepanjang saya tidak dapat bekerja.
Saya boleh minta bantuan mertua saya, tapi bila saya tengok keadaan mertua saya yang juga kurang sihat, tidak sampai hati saya mau biarkan dia jaga Eric. Lagipula hubungan mereka tidak rapat.
Masa di hospital pun dalam keadaan terpaksa saja mertua saya jaga Eric. Tu pun sebab saya yang minta tolong.
Jadi saya mula mencari pendapatan dari rumah. Saya menjual kuih dan nasi ayam dari rumah. Semuanya berjalan dengan lancar. Setiap pagi saya bangun dan siapkan barang jualan lepas tu hantar pergi kedai.
Bersyukur juga sebab pendapatan saya bertambah setiap hari. Saya dapat cari duit dalam masa yang sama saya dapat jaga Eric.
Hari itu selepas hantar jualan di kedai, saya baru sampai di depan rumah bila saya terdengar bunyi macam orang cuci piring di dapur.
Hairan! Hanya ada Eric di rumah. Siapa pula yang cuci piring? Saya letak bag di sofa lepas tu saya terus masuk dapur.
Tambah menghairankan! Tidak ada sesiapa di dapur. Tiba-tiba saya rasa seram. Saya masuk bilik tengok Eric.
Dia masih tidur lagi. Saya mengeluh. Dalam hati masih rasa hairan dan takut. Kami berdua saja dalam rumah tu. Tapi kenapa saya rasa kami tidak hanya berdua? Kenapa saya rasa seperti ada sesuatu yang tidak dapat saya lihat dengan mata kasar saya sedang berlegar di sekeliling kami.
Ting.. Tong... Ting.. Tong... (Bunyi bell)
Saya keluar ke ruang tamu dan cuba melihat dari cermin tingkap siapa yang datang.
Saya tersenyum melihat mertua saya sedang berdiri di luar pintu rumah. Saya buka pintu.
"Hello Nadia! Macam mana? Ok?" Ibu mertua saya menyapa dan terus memeluk saya.
"Mommy. Ok saja ni.. Marilah masuk. Eric masih tidur..." Saya jemput mertua saya masuk.
"Oh. Biarlah dia rehat. Mommy datang saja melawat sebab lama sudah mommy tidak jumpa kau.." Mama mertua saya.
Bapa mertua saya berjalan masuk tanpa banyak cakap. Hanya senyum dengan saya saja. Memang dia kurang bercakap. Itu personaliti dia.
Saya kemudian masuk ke dapur dan buatkan air untuk mertua saya. Dua mertua saya duduk di depan sambil berbual.
Saya buatkan kopi saja dan saya hidangkan kuih yang saya buat tadi pagi untuk jualan. Nasib ada saya kasih tinggal sikit untuk makan di rumah.
Saya bawa kopi sama kuih pigi luar saya hidang di meja ruang tamu.
"Janganlah susah-susah Nadia. Kami sudah sarapan juga tadi pagi.." Bilang mentua perempuan saya. Saya senyum.
"Nda apa ba. Ada juga kuih yang saya masak tadi pagi.." Saya duduk depan durang.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love Kill Me
HorrorLOVE KILL ME Buahhati JP Bagaimana rasanya bila kita perlu hidup tanpa orang yang kita saya? Orang yang kita cintai? Berjanji sehidup semati.. berjanji akan setia hingga ke akhirnya.. Kematian Eric tidak dapat saya terima.. jujur! Saya tidak ikhlas...
