Alya , seorang gadis yang terperangkap dalam situasi hidupnya dan tidak tahu bagaimana untuk keluar dari kekusutan itu. Namun, dalam pada kekusutan itu, dia tetap mempamerkan wajah ceria meski ada beberapa orang yang sedar bahawa semua itu palsu dan mengetahui yang Alya mempunyai masalah yang besar.
Teman Lelaki Alya
Alya sudah pun berpunya. Nama teman lelakinya, Alex.
Sayangnya Alya pada Alex hanya Tuhan saja yang tahu. Namun, apabila dipukul, diherdik , dicaci dan dimaki, sedikit demi sedikit perasaan sayang itu terhakis.
Alex mempunyai masalah kemurungan, "depression".
Masalah ini membuatkan hidup Alya juga menjadi muram dan sedih. Alya mula terpengaruh dengan aura negatif Alex sehinggakan Alya juga dihalang oleh Alex daripada pulang ke rumah keluarganya.
Alya terperangkap dan tidak pernah menjangka kan yang satu hari nanti doa ibunya agar mata Alya terbuka, dimakbulkan .
Perasaan yang Hilang
Dulu, ketika cinta masih lagi mekar, walaupun Alex mencaci maki Alya, Alya masih sayang. masih cinta. setia . masih percaya pada cinta sejati. meskipun disakiti, mental dan fizikal.
Namun,hari bersilih ganti, Alya sudah lali dan tidak lagi menangis. Dia hanya meneruskan hubungannya dengan Alex hanya kerana rasa simpati. Alya didera.
Setiap kali didera, Alya menangis. Alex menghantar makanan yang dimasak sebagai tanda maaf.
Katanya, makanan yang dimasak itu dimasak dengan penuh kasih sayang.
Tiada lelaki yang mampu melakukan sepertinya, kata Alex. Bullshit.
Sehingga 1 hari, Alya sudah kenal perasaannya sendiri. Dia sudah tiada CINTA pada Alex.
Namun, tiada jalan keluar baginya. Kerana Alex tidak mempunyai keluarga.
TERPERANGKAP
ALYA terperangkap. Dia masih tidak nampak jalan keluar. Kerana Alex hanya punya Alya , dia hanya bergantung harap pada Alya. Semua menganggap Alex manusia mulia namun tiada seorang pun yang tahu bagaimana dia melayan Alya, kejam.
Meskipun dia mempunyai masalah kemurungan, dia tiada hak untuk menyakiti orang yang tetap setia membantunya dikala susah.
YOU ARE READING
Jatuh Cinta di Kuala Lumpur
RomanceAlya dan Zamarul bertemu di dalam kehidupan mereka dan jatuh cinta, sedangkan mereka berdua dari dua dunia berbeza . Namun rasa cinta yang kuat membuatkan mereka seperti berada di dalam dunia cinta yang tidak pernah mereka rasai sepanjang hidup mere...