"Aku sayang kau Farah .. apa yang kau dengar tu tak betul , siapa yang busuk hati sangat buat cerita ni..aku sayang kau Farah.. tolong la percaya". kata-kata itu masih bermain di fikirannya. Dia tidak tahu sama ada kata-kata yang keluar dari mulut Az itu benar ataupun hanya dusta semata-mata. Selama ini dia banyak bertolak ansur dan mengalah walaupun punca pergaduhan itu bukan tercetus kerana dirinya. Semua itu kerana sayangnya dia kepada Az . Sudah berkali-kali peluang diberikan dan perangai az tetap sama. Sebelum ini Farah hanya pekakkan telinga dan memaafkan tetapi kali ini tidak lagi, hati farah sudah dilukai berulang kali. Dia sudah tidak sanggup menahan rasa sakit itu. "kenapa la dia tak faham-faham lagi apa yang aku rasa, aku terlampau tunjuk ke yang aku sayang sangat dekat dia? Makin nak benci makin sayang, haih apalah nasib bercinta pon macam tak bercinta . sakit je yang rasa, bahagia entah la hmmm.."
Empat tahun penantiannya untuk bahagia bersama Az hanya sia-sia. Selama ini Az datang dan pergi dari hidupnya tanpa alasan yang munasabah. Pergi dan datang kembali meminta peluang dan peluang. Kali ini hati Farah sudah betul-betul hancur setelah kebenaran diketahuinya. Apa yang dikatakan kawan-kawannya selama ini ternyata benar belaka. Az hanya berpura-pura menyayanginya dan bermain cinta dengan perempuan lain diluar sana. Sekarang adalah masa untuk Farah teruskan hidup seperti mana sebelum ini, setelah Az pergi meninggalkannya. Semua itu seolah-olah sudah biasa dilalui olehnya, tiada apa lagi yang pelik dan tiada rasa kekok untuk meneruskan perjalanan hidupnya. " Ya .. hidup ini harus diteruskan. semangat Farah semangat! ".
Tinggg!!! Bunyi oven itu menyedarkan Farah dari lamunannya sebentar tadi. Dia hampir terlupa tentang kek yang dibakarnya sebelum dia mengelamun jauh memikirkan cintanya yang menyakitkan itu. Itulah diri farah apabila hatinya sedang berduka dia akan menyibukkan dirinya dengan memasak dan menghabiskan masa bersama-sama teman rapatnya. Hanya itu yang akan mengembirakan hatinya. "Kek dah siap.... siapa nak makan angkat tangan..... "
"Amsyar nakkk!! Amsyar nakkk!! yeayyy..! "
"Amsyar nak? boleh.. tapiii kenaaa.... mandi dulu, busuk la mummy bau.. " Farah barpura-pura menutup hidung menyakat anak saudaranya.
"Ehh, busuk ke? " Amsyar menghidu baunya . "tak busuk pon la mummy..."
"ehh, busuk la .. Amsyar memang la tak bau, tapi mummy ni nak pengsan dah bau . jom mummy mandikan jom. Cepat mandi cepat boleh makan kek..."Mummy.. Panggilan mummy itu sebenarnya bukan disuruh Farah tapi along iaitu ibu Amsyar sendiri . Along lebih gemar jika anak-anaknya memanggil kami adik beradik dengan panggilan sebegitu , katanya lebih mesra. Farah sebenarnya tidak begitu suka dipanggil mummy, dia lebih suka jika dirinya dipanggil ummi. Tetapi panggilan ummi tersebut telah diambil oleh adiknya terlebih dahulu. Apakan daya, mengalah jelah. Okay , sebenarnya harini Amsyar dipaksa Farah untuk menemaninya. Katanya bosan duduk dirumah. Jika ada Amsyar harinya ceria kerana amsyar begitu petah berbicara. Kadang dia bercakap mengalahkan orang tua. Macam mamanya juga. Amsyar sangat menggemari kek coklat yang dibuat oleh Farah, sebab itulah dia setuju untuk menemani Farah dirumah. Kalau tidak dipancing begitu jangan haraplah Amsyar nak ikut mummynya yang kuat berleter tu.
Haa, ni lagi satu sikap Farah. Farah ni suka sangat berleter tapi tak suka dileteri. Hahahaha, normal la tu kan. Ehh, lama pulak bercerita. Okay, kita sambung! "Okay , sekarang sayang mummy dah wangi, dah handsome dan comel . Okay jom.. Kite makan kekkk... Yeayyy... " eh, ni mummy ke Amsyar yang teruja ni? Hahahaha.
"jomm..! Amsyar nak makan sampai habis kek tu."Farah ketawa gembira. Hilang sedihnya seketika melayan kerenah anak saudaranya yang sorang ini. Sedang asyik melihat Amsyar melantak keknya itu dia terfikir untuk memulakan misi 'Aku Bahagia'. Misi yang diada-adakannya sendiri untuk menunjukkan dia kuat tanpa lelaki bangang tu.
Lepas hantar Amsyar balik nantilah aku fikir nak buat apa . Kau tunggu ya Az, kite tengok siapa yang merana nanti. Hahaha , idea jahat dah muncul.
"Amsyar makan cepat ea jap lagi mummy nak hantar balik pulak ."
"okay mummy."
YOU ARE READING
Kau yang ku tunggu
RomanceKisah percintaan farah lydia yang bertepuk sebelah tangan dan penantiannya selama empat tahun tidak dihargai oleh lelaki yang bernama Azra Qaidar. Perasaan itu wujud sejak di bangku sekolah lagi namun Az sering kali mempermainkan cintanya. Setelah s...