Pagi yang ceria dan indah, Farah sedang tido nyenyak di atas katil . "Huarghhh" Farah mengeliat .
Pagi ini Farah sangat bersemangat untuk memulakan harinya. Perbincangan dengan Fatin semalam sungguh mengembirakan hatinya. Farah bangun duduk dan menggeliat lagi, kali ini lebih lama. Semua tempat dia pusingnya , depan belakang kiri kanan u alls.. Hahahha
"Fuhhh , nikmatnya dapat tidur nyenyak macam ni."Kata Farah sambil bangun berjalan ke arah pintu balkoni. Farah menyelak langsir dan pintu balkoni. Udara sejuk dan segar pagi itu menambahkan keindahan yang sedia ada di taman hijau depan bilik Farah itu.
Farah tidak lah kaya , harta yang ada adalah daripada hasil titik peluhnya sendiri, rumah ini pon dibeli ketika sudah beberapa tahun dia bekerja sebagai supervisor di sebuah kilang makanan dan minuman iaitu vitagen. Berkat hasil jualan novelnya yang sering menjadi best seller juga Farah dapat membeli rumah yang selesa ini . Yaa, Farah seorang novelis . Dia hanya akan menulis apabila lapang dan jika ideanya mencurah-curah , sampingan je katanya.."Okay now , jom kita mandiiii... !" jerit Farah keriangan.. Padahal mandi je pun , seronok sangat kenapa entah si Farah ni. Hahaha, mungkin sudah move on? Tak adalah , gurau je. Mana mungkin secepat itu Farah dapat melupakan semuanya , Farah riang kerana rancangannya akan berjalan tak lama lagi..! Yahooo....!
Seusai mandi , Farah mengisi perutnya yang minta diisi dari tadi dengan 2 keping roti kaya bakar dan segelas susu dutchlady low fat. Sambil makan Farah mula memikirkan rancangan pertamanya untuk membalas dendam kepada Az.
Nampak sangat si Farah ni tak boleh move on kan? Biasalah , empat tahun kau die tunggu jantan tu. Baru nak merasa bahagia tetiba kantoi depan mata . memang patutlah dia buat lelaki tu menyesal kan?
*List rancangan balas dendam!
Wahai hati mohon tabah dan cekal okay?*First : tunjukkan yang kau boleh bahagia dan lupakan dia. (walaupun hakikatnya tidak)
*Second : kau dah ada orang lain (tipu-tipu je , acah macam kau bahagia dengan orang lain) pssttt.. Bukan orang tahu pon , wekkk. Hahhahahaha
*Third : bila dia datang merayu kata sayang , kau buat tak layan . Sebab apa? Sebab bila dia dah dapat balik kau nanti , dia ulang semula semuanya. Bukan sekali kan si Farah ni kena? Dah banyak kan? So maknanya , lelaki tu takkan berubah walau diberi lagi peluang terakhir. (berapa banyak kali akhir lah, haiyoo...)."okay tutup buku , tiga je dulu kan? Emm , kalau menjadi yang ni tak payah pening fikir lain dah... " itulah si Farah , malas berfikir . Tahu nak senang je, korang tunggu dan lihat ya plan dia ni menjadi atau tak . Heee *sengih nampak gigi* ...
"jom mulakan misi..! Yahooo..!" Farah ketawa sendiri. "okay first , cari gambar dengan ex dulu. Hehehe , guna apa yang ada jelah Farah. Hentam jelah labu" . Jari jemari Farah laju menscroll dan menaip bait-bait ayat romantis. Ceh romantik la sangat kan , hahahha..
Whatsapp status update : Thanks for todate <3 . Psstt , emoji bunga-bunga . Gerangan si lelaki teka sendiri =p . Farah menconteng muka si lelaki supaya tidak diketahui identitinya. And of course lah dia dah hide the status only for her "ex's". Takut kantoi dan malu , Hahahha..
"Okay send..!" sambil tersenyum. "Harap si bahalol tu tengoklah , apa dia ingat aku tak boleh hidup tanpa dia? Sorry bro , aku dah serik!" senyum senget ..
"Dia dah tengokkkk... Hahahaha , padan muka". Sorak Farah kegembiraan. Seronok sangat entah menjadi entah tidak kan?
Hari ini adalah hari cuti yg sangat tenang bagi Farah , Farah menghabiskan masa cutinya dengan mengemas rumah . Actually rumah tu dah sedia kemas dah , tapi Farah ingin menghiasnya lagi .
"Emmm , cantikk.. Ni kalau mama datang tengok ni confirm terpegun." Bilik tetamu dihiasi dengan wallpaper batu bata di kepala katil sungguh menaikkan seri. Satu sudut dijadikan polaroid keluarga dengan lampu-lampu yang mencantikkan lagi suasana bilik itu.
"Apa lagi tak cukup? Hmmm " sambil tangan didagu. "Haaa, meja make up.!! Call Fatin lah ajak teman.."
Fatin sedang sibuk menguruskan anak sulungnya yang baru berusia 1 tahun . Harinikan cuti , jaga sendirilah anak . Kalau hari bekerja anaknya akan dihantar ke pengasuh tamannya itu. Pengasuh anaknya itu boleh lagi dipercayai , kenalannya juga . Kalau tak kenal tak nak la si Fatin tu hantar , trauma dengan kes-kes dera bayi yang berleluasa di kaca tv sekarang ini.Lagu let kill this love blackpink berkumandang menandakan panggilan masuk. Fatin kelam kabut berlari anak ke telefonnya, butang answer ditekan.
"Haa , hello Farah. Apasal? Aku busy ni , urus anak jap . Kau kenape tiba-tiba call?"
"Woo wooo , sabar-sabar. Tak berhenti ek kau cakap. Hahhah , aku nak ajak kau teman aku je . Pegi kedai perabot , pleasee.. Hmm?". Rayu Farah
"Ish kau ni , aku busy ni . Anak aku ni macam mana?".
"Alah , pasal anak tu tak ada hal lah. Apa susah? Bawak jelah , tanye lagi.. Selalu tinggal je , sekali sekala bawak la anak kau tu bersiar-siar dengan kau . Kesian sayang aunty , mama tak nak bawak jalan-jalan ish ish ish". Kepala digerakkan ke kiri dan ke kanan berulang kali.
"Ahhh , banyakla kau. Yelah-yelah aku siap kejap, kau datang ambil aku ek? Aku malas drive , bye."
Tuttt.. "Hampeh ! Dia bye macam tu je? Nasib kawan , kalau tak dah lama aku hempuk-hempuk kepala tu. Hihihi".
Pinnnnn....!!
"Hah tu tak lain tak bukan si Farah la tu , buat bising tak habis . Tak reti sabar betul! Siap la kau aku keluar kejap lagi". Bebel Fatin sambil mendukung anaknya keluar.
"Haiiii.." muka senyum sampai telinga.
"Hei perempuan , apa hai-hai? Kau hon macam tepi-tepi rumah aku ni tak ada orang kan? Adap mana adap? Aku lesing karang baru tau". Pintu kereta belakang dibuka , barang-barang atiya diletakkan di belakang. Orang ada anak , biasala . Kena bawak susu, lampin pakai buang lagi , baju salin lagi. Takut nanti kotor dan comot tak cantik boleh tukar baju , kata orang sediakan payung sebelum hujan hahhaha.
"Hehhehe , sorry bos . Okay dah , Jom.!" kereta axia merah memecut ke arah destinasi.
Sampai di destinasi, farah terus melangkah ke arah kedai perabot bersama fatin dan anaknya.
"kau rasa mana yang cantik weh?" tanya farah sambil mata masih mencari mana yang berkenan di hati.
"hmm aku pon tak tahu weh, rambang mata ni.. Hmm, semua cantik. Tapi better kau pilih yang puas hati terus, kau kan kaya hehehe.."
"banyak la kau punya kaya, kaya apanya macam ni... Memandai je! Tapi aku amin kan jelah, mana tahu masin mulut kau hahhahaha..."
"hahhhaha, aminnnn... " fatin pusing pusing melihat perabot di sekitar kedai meninggalkan farah yang sedang asyik melihat meja make up yang diingininya itu.
"aduh!" farah terjatuh ke tersebam. "adui, siapa ni jalan tak pandang orang ni! Encik lain kali jalan tu pandang depan, bukak mata tu. Ni tak, kan dah terlanggar saya haihh..." bebel farah sambil membetulkan baju dan tudungnya yang tersenget akibat dilanggar sebentar tadi. Dia memandang ke depan ke arah lelaki yang tercegat di depannya.
Lelaki tersebut memandang farah tanpa berkelip agak lama sehingga membuatkan farah tidak selesa.
"dah apahal pulak mamat niii.. Adui, tenung aku macam nak telan ni pahal. Dia yang langgar aku tadi kan, bukan aku" bisik farah di dalam hati...
"eheeem ehemm, encik? Hello encik! Ish, pahal dia ni.. Encikkk? Encikkkkk!!!" farah memanggil sedikit kuat kerana tiada respon dari lelaki tersebut."haaa, ya. Errr, sorry" berlalu pergi
"ehhh, terus bla? Pahal mamat ni.." farah sedikit terpinga-pinga. "ahh, lantak lah kau!" memandang ke kiri dan kanan. "ish, mana fatin ni.. Hilang pulakkkkk.. Tak boleh diharap betul!" farah melilau mencari si fatin keliling kedai perabot itu. "haa, dekat sini kau. Kau ni kan, aku bawa kau ni nak mintak pendapat. Ish, boleh pulak hilang!" kata farah dalam nada merajuk..
"alololo, buruknya muncung.. Sorrylah, aku pusing tengok perabot-perabot ni haa.. Cantikkk"
"hmm, yelah. Dah la, jom."
"jom ke mana? Dah habis pilih ke?" tanya fatin.
"dah, nak pergi bayar je ni. Lepas ni kita pergi makan.."
Setelah selesai urusan jual beli, mereka melangkah ke arah chicken rice shop untuk mengisi perut. Seusai itu, farah dan fatin berangkat pulang.
YOU ARE READING
Kau yang ku tunggu
RomanceKisah percintaan farah lydia yang bertepuk sebelah tangan dan penantiannya selama empat tahun tidak dihargai oleh lelaki yang bernama Azra Qaidar. Perasaan itu wujud sejak di bangku sekolah lagi namun Az sering kali mempermainkan cintanya. Setelah s...