Bab 2

16 0 0
                                    

      " Assalamualaikum along.."
"Haa Farah, masuklah. Amsyar mane?"
"Ada tu haa,  kat luar lagi.  Kejap lagi masuklah tu.  Along macam tak kenal Amsyar tu,  tengok ikan dia dekat kolam tu laa... "
" Haaa,  alang-alang awak kat sini along nak tanya . Awak dengan Az tu macam mana? Tak nak nikah lagi ke?"
"Tak tahulah long, tunggu jelah nanti ." Farah sedaya upaya ingin menutup semua masalah yang dihadapinya. Dia tidak selesa berkongsi soal masalahnya dengan ahli keluarganya sendiri , kerana baginya hal itu sangat memalukan. Farah hanya menceritakan kisah percintaannya kepada Fatin.  Itu pun kalau dirasakan perlu kerana dia tahu jika dia mengadu kepada Fatin dia akan dimarahi kerana tidak mempercayai katanya tentang Az.
"Okaylah long,  farah nak balik dah ni..  Nak pegi shopping barang kejap dekat mall."
"Ehh,  along baru nak buat air. Haa, kalau macam tu lain kali lah awak minum air yang along buat . Hahaha"
"apa-apa jelah long. Bye,  farah balik dulu" .
Dalam perjalanan Farah sedang memikirkan apa yang hendak dia lakukan untuk tunjukkan kepada Az yang dia pun boleh bahagia. "Haa,  aku tahu..! Kena minta tolong Fatin ni."
Farah terus menghubungi Fatin untuk bertemu dengannya di mall. "Hello , wei Fatin . Jom jumpa di mall kejap,  aku ada something nak rancang dengan kau ni hehehehhe. "
"Alaaa,  jom la. Tolong la kawan baik kau ni ".
Sesi pujuk memujuk akhirnya berjaya. Farah melonjak gembira . Selepas ini habislah Az .

Segala idea telah tersemat kemas dalam otak Farah. Die hanya perlukan masa yang sesuai untuk melaksanakannya.

         Farah tiba di mall tepat pada waktu yang dijanjikan dengan fatin, tapi jangan katakan kelibat bayang fatin pon dia tidak nampak. "ish mana fatin ni , janji pukul berape? Sekarang dah nak asar tak sampai-sampai lagi. Call tak nak angkat , haih nak kena budak ni.." Farah membebel seorang diri. Nasib baiklah suaranya perlahan sahaja , kalau kuat sudah pasti orang-orang sekeliling akan melabelkan dirinya gila.

   "Whatsapp jelah si fatin ni." kata farah seorang diri sambil kaki melangkah ke arah MCD.
   Melangkah masuk sahaja dalam MCD mata farah terpandang susuk tubuh seorang lelaki yang sangat dikenalinya, seorang lelaki yang telah menghancurkan hatinya , seorang lelaki yang membuatkan dirinya rasa seperti wanita yang tiada harga. Dicampak dan dikutip sesuka hati. Hatinya cukup terluka dan sakit , baru sahaja dia melatih dirinya untuk melupakan perit yang terasa muncul pula lelaki itu dihadapannya sekarang . Az tidak keseorangan , ditepinya terlihat seorang wanita cantik dan begitu manja sambil kepala melentok elok dibahu Az . Sungguh perit yang dirasakan Farah kali ini , andai hati mampu berkata-kata pasti sudah dimaki hamunnya si Farah yang sering terluka kerana lelaki yang sama . Farah tidak serik dilukai lelaki itu!

      Farah berlari anak ke tandas mall tersebut , di dalam tandas dia melepaskan segala tangisan yang ditahan sebentar tadi. "kenapa mesti ternampak dia dekat sini? Kenapa dia perlu wujud di dunia ni? Sakit weii.. Huaaaaaa!! 
Bunyi ringtone telefon mengejutkan farah dari kesedihan yang teramat. Dia segera menjawab panggilan yang masuk.
"Hello fatin. Haa ye , aku dekat mall ni haa dalam toilet. Kau dekat mana? Okay kejap lagi aku sampai.."
     Farah segera keluar dari tempat persembunyiannya sebentar tadi. Maklumlah walaupun dalam tandas , dia harus mencari tempat yang terperinci supaya tangisannya itu tidak didengari oleh orang-orang yang memasuki tandas tersebut . Kalaulah ada orang dengar dan nampak tadi habislah malu si Farah tu . Menangis hanya kerana seorang lelaki , buat malu je..! Sebelum keluar , Farah sempat lagi menilik dan menambah apa yang perlu dimukanya itu. Itulah menangis tak ingat dunia , tu yang muka macam hantu pontianak je kikikiki....
      
       "Eh, tu bukan Az ke ? Perempuan tu siapa pulak? Eeeee , bukan main kau ye ! Dah sakitkan hati kawan aku , baru sekejap dah ada yang lain? Huh , perempuan tu mesti bodoh . Sebab tu senang je kena tipu dengan si playboy tu . Eee, sakit pulak mata ni menengoknya . Menyampahh..!Ni kalau Farah nampak ni habislah , berkecai lagilah hati dia . Haih Farah ni pon satu , apa yang dia nampak entah dekat si playboy tu . Nak kata rupa? Tak adalah handsome mana , nak kata setia? Jauh sekali ! Haih , nak marah kawan . Kawan yang aku paling sayang pulak tu , Farah Farah... Ucapan panjang lebar itu hanya disuarakan dalam hati si fatin sahaja.
    "haaa kau ni Farah, pegi toilet ke bina toilet? Lama bukan main." kata Fatin setelah farah tiba.
   "Amboi..! Baru tunggu sekejap dah merungut? Kau rasa apa aku rasa tunggu kau dari tadi dekat mall ni? Sempat lah pusing satu mall ni tau..! Ergghhh..!"
    "Hehehhehe , sorry laa. Heeee... " Fatin sengih menampakkan gigi takut dimarahi kawannya itu. Tulah kau Fatin orang tengah berangin kau pegi cucuk , kan dah kena . Padan muka..! Hahhaha
     "Haa , kau nak jumpa aku ni kenapa? Rindu ekk?" Usik fatin.
      "Banyaklah kau rindu . Aku nak jumoa kau ni sebab nak tanya pendapat kau , apa kata kalau aku balas dendam? Farah menjongketkan keningnya sebelah sambil tersenyum jahat , persis perempuan psycho.
      "Lek lek , takut pulak aku tengok kau ni. Kau nak balas dendam dekat siapa? Si Az tu? Kalau nak balas dendam dekat dia aku sokong seratus peratus.. Dah lama dah aku rasa nak cepuk-cepuk je dia tu. Geram tahu..?"
     "wahh , pandai la kau... Aku tak cakap lagi siapa kau dah tahu. Bagus-bagus.. ! Kata Farah sambil menunjukkan isyarat tangan bagus.
      "So , apa rancangan kau? Ada apa-apa yang aku perlu tolong ke? Tanya Fatin sebelum menghirup smootie vanilla oreo kegemarannya.

Hari sudah menunjukkan pukul 6.50 pm menandakan waktu maghrib akan masuk sebentar lagi , Farah dan Fatin masih lagi membincangkan rancangan mereka. Mereka berdua ni memang.!! Kalau dah bersembang lupa kewajipan terhadap yang maha esa. Nanti balik rumah mulalah gelabah takut dosa . Masuk api neraka baru tahu..! Lalai..! Heheheh , jangan emosi tau yang baca tu .. Biar saya je emosi lebih , wekkkk (jelir lidah)... Hahaha

   

Kau yang ku tungguWhere stories live. Discover now