Bab 4

1 0 0
                                    

      Di bilik Azeey termenung teringatkan perempuan yang dilanggarnya tadi. Siapakah dia? Nama siapa? Dah berpunya ke belum? Cantiknyaaaa.. Harap harap lepas ni terjumpa lagilah. Dah la aku bla macam tu je tadi, apalah kau ni Azeey, biadap! Azeey bersuara dalam hatinya.
        Azeey adalah seorang tentera udara yang masih bujang dan sedang mencari peneman hidup yang dapat memahami pekerjaannya. Menjadi seorang tentera adalah tidak mudah bagi azeey. Kekurangan masa untuk bersama yang tersayang amat memberi kesan apabila dia kehilangan ibunya semasa bertugas di perth demi negara tercinta. Sungguh tidak dijangka pertemuannya dengan ibunya 5 bulan sebelum dia ke perth adalah pertemuan terakhir baginya. Pedih, perit dan sedih yang dirasakan tidak dapat digambarkan apabila hilangnya syurga dan doa seorang ibu.
      Namun, azeey harus bersikap cekal dan kuat demi masa depan adik-adik yang disayangi. Seorang abang perlu kuat untuk melatih adiknya untuk turut kuat menghadapi setiap dugaan yang datang.

"Hei bro, kau asal haa? Aku panggil dari tadi ketuk pintu bagai nak roboh tahu tak! Kau tak dengar ke haa? Haish kau ni, sekali aku rembat baru tau." Marah halim.

      Halim, sahabat karib Azeey dari peringkat sekolah hingga kini menjadi teman sepekerjanya. Tak pernah berpisah, mengekor je bontot si Azeey.

"Huish semangat. Terkejut aku, kau ni tak reti bagi salam ke?" Azeey turut memarahi Halim.

"Amboi-amboi, kata aku tak bagi salam ye? Ah kau, aku ketuk pintu macam nak tercabut kau tak menyahut kenape sial? Kau mengelamun apa? Besar sangat ke masalah kau sampai tak dengar aku panggil? Pastu cakap aku tak bagi salam, aku rembat kanggg!" Suara Halim naik senoktah.

"Hehehh, jangan marah lim.. alah kau ni, aku teringat awek cun ni. Cantik dohhh dia, kalaulah jadi isteri aku tu... wuish, tak lepas dah bro."

"Dasar buaya! Nampak awek cun sikit dah jatuh hati nak buat bini, tak payah la kau tuu.. semua perempuan yang cun kau nak jadikan bini. Cuba belajar setia. Tengok aku, dah la hensem, baik setia pula tu." Halim memuji dirinya sendiri

"Puii, hensem celah mana? Meh aku tengok, tak langsung! Muntah hijau aku." Kata Azeey sambil melakukan aksi seolah-olah mahu muntah.

"Sial lah kau! Omel Halim sambil baring di sebelah Azeey.

"Minah mana yang kau teringat sampai tak dengar aku ketuk pintu kau bagai nak roboh tu?" Tanya Halim pada Azeey sambil terangkat kening kanannya.

"Okay.. macam ni ceritanya." Azeey berhenti disitu sambil menyilang tangannya.

"Lah, stop situ pulak.. cepatlah giler, aku hempuk kang kau ni!" Marah Halim.

"Kau kena sabar dan bertenanggg.. okay bye!" Ucap Azeey mengajuk percakapan yoe dalam drama spontan "asyrul atau ashley" ciptaan Syahmi Sazli.

"Bodoh kau ni! Sakit hati aku, dah la bye!"

"Laaa, koyak? Mental? HAHHAH, rilek lah weh. Okay-okay, aku cerita. Macam ni, tadi aku terlanggar awek cantik ni haa dekat mall. Dekat kedai perabot, aku saja2 lah nak tengok perabot situ kan, pastu jalan2 tengok perabot bam aku terlanggar perempuan tu. Heheheheh jalan tak tengok depan, begitulah HAHAAHHA"

"Pastu? Ape yang menarik sangat sampai kau jadi pekak aku panggil tak dengar?".

"Lepas aku terlanggar perempuan tu, aku terpukau dengan kecantikkan dan kejelitaannya sampai terdiam tak terkata. HAHAHAH, pastu kau tahu tak dia bebel bebel tak berhenti laju gila. Aku diam jelah, comel tengok dia bebel macam tu. Dah siap dia bebel aku say sorry lepastu aku blah, tu aku termenung tu. Asallah aku pergi blah macam tu je. Melepaslah! Aduiii.." omel Azeey sambil menunjukkan muka tidak puas hati kerana terlepas peluang keemassan itu.

"Entah kau, kata buaya tapi lembab!"

"Eh eh kau, dekat situ dah boleh nampak kan aku setia? Tak pandai nak mengayat perempuan" kata Azeey dengan wajah bangga.

"Pirrrah!! Eh, aku datang sini nak ajak kau keluar. Bosanlah cuti-cuti duduk rumah, jomlah cuci-cuci mata" ajak Halim.

"Jom! Kau g siap cepat, kite pegi ipoh night market". Azeey terus menarik badan Halim untuk bangun dari katil dan menolaknya ke arah pintu.

"Woi-woi, sabarlah! Ko ni gila ek? Terus ke ipoh ek nak cuci mata. Fuhh, dahsyat kau punye last minit. Halim terus membebel-bebel tanpa menghiraukan Azeey yang telah bergerak ke pintu bilik air untuk mandi.

"Lambat aku tinggal.." sambil melambai-lambai tangan masuk ke bilik mandi.

"Bodoh! Yelah, bye!"

      Setelah bersiap, Azeey dan Halim berangkat ke ipoh menaiki perodua myvi milik Azeey. Kedua-duanya bernyanyi riang menikmati perjalanan dari selangor ke ipoh. Hampir 2 jam perjalanan ke Ipoh night market, akhirnya sampai juga mereka berdua. Niat Azeey ke sini bukan untuk berjalan sahaja, tetapi mahu merasa semua makanan viral yang sedang hangat ditiktok. Si Azeey ni memang, pantang ada benda  viral habis semua dia nak try. Kalau sedap dia akan ulang dan ulang, kalau kurang sedap sekali itu ajalah dia pergi. Yang selalu menjadi mangsa untuk melayan dia punya hobi tu haa, si Halim. Nasib baiklah Halim pon 2 kali 5 je perangainya, adalah yang nak melayan kan? Kalau tak pishang jugak si Azeey ni nak food hunting semua tempat kan. Ada gunanya juga si Halim ni kan? Hahahaha

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 08, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau yang ku tungguWhere stories live. Discover now