petang yang indah sebab aku baru bangun dari tidur bertukar suram apabila jeritan Seunggwan memenuhi ruang tamu, bilik air, dapur dan segala jenis bilik lah. termasuk lah bilik aku sekarang.
" kau ni dah kenapa!? " jerit aku. rambut yang serabai aku abaikan lantas kaki aku melangkah keluar bilik menuju ke bilik Seunggwan. pintu bilik Seunggwan aku kuak kasar.
" kau dah ke- aik mana gemuk ni? "
tak sempat nak toleh belakang, beruk ehh bukan seorang bapok kimbap rentap lengan aku kuat.
" k..kau tu..turun sekarang lepastu tengok siapa yang datang " percakapan dia yang macam baru lepas kena kejar hanjing buatkan aku risau. ini bukan gemuk yang aku kenal ni. kimbap ni mana pernah nak gelabah macam ni melainkan ada orang ejek dia tak de makwe.
tanpa banyak soal, kaki aku melangkah menuju ke tangga. mula lah nak muncul perasaan takut tapi aku tepis sebab aku nak tunjuk dekat gemuk ni yang aku tak pengecut macam dia. pintu rumah aku tuju. terbantut niat aku nak pulas tombol bila rasa macam terancam. kau nampak tak bukan main ayat aku kat sini.
aku jongket sikit sampai paras lubang kecil yang memang tersedia kat pintu. kut-kut penculik ke, boleh aku terus tolak Seunggwan.
tapi!
tapi guys, apa yang aku nampak sekarang ini buatkan aku terkentut, terkencing, ternangis, terpaku, terpegun dan ter yang seakan dengannya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.