okay lately ni aku jadi macam perempuan yang bergaduh dengan pakwe dia. macam aku buat something dekat pakwe aku, thats why dia merajuk.
setiap panggilan aku si Seungcheol buat endah. kadang-kadang aku suruh juga Dk sotong panggil, tapi lepas dia pusing belakang dan tengok muka aku terus dia pandang depan balik. aku rasa Seungcheol ni ada jiwa seorang perempuan lah. dia punya merajuk tu kalah aku yang perempuan ni.
" tak pernah-pernah kau bergaduh dengan Seungcheol sampai macam ni? siapa start dulu? "
tengok!
Mingyu pun pelik tengok kitaorang sebab aku dengan Seungcheol ni ibarat bulu hidung dengan hidung. mesti akan berkepit tak kira lah nak pergi mana. tapi kalau nak masuk tandas tu asing lah. takkan nak masuk sekali.
" entah lah wei, kau cuba pergi tanya dia "
langsung tak expect, lepas aku suruh tu (?) terus Mingyu bangun pergi dekat Seungcheol.
tengah nak fokus perbualan Mingyu dengan Seungcheol walaupun aku tahu tak akan dengar, bahu aku dicuit dari tepi. tahu dah gerangan siapa yang cuit tu, auto aku senyum.
" yup? "
" nanti masa rehat, aku rehat dengan kau boleh? "
btw guys, if korang tak tahu lagi...
aku rasa korang tak tahu. Seungcheol kan merajuk taik dengan aku kan, then dia ubah tempat. sepatutnya aku duduk dengan dia tapi dia suruh Taeil yang duduk sebelah Dk ni, duduk sebelah aku.
berbalik pada scene sekarang, bukan Taeil ni banyak member ke?
" mana member kau? bukan kau ba- "
" diaorang palau ak...aku "
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
woi!
woi
jangan lah menangis!
aku tanya je pun.
punya lah gelabah sebab Taeil menangis tiba-tiba, aku pun lap air mata jantan dia guna blazer aku. ada je tisu dalam beg tapi aku nak korang puji yang aku ni baik.
serentak itu, lirik lagu 'apado gwenchana saranghaeul kettaemune' menerjah otak aku. oh my lifeu, lagu ni memang sesuai dengan kau Taeil.
" okay nanti kita rehat sama-sama "
senyuman dan anggukan dari Taeil buat aku pun senyum. tak pe Taeil, nanti kita belasah member kau. macam mana lah diaorang boleh palau kau. aku tengok muka pun dah kesian.
dalam pada aku tengok Taeil tu, muncul pulak si galah yang baru lepas bersembang dengan Seungcheol. aku dah excited sebab mesti dia tahu punca Seungcheol merajuk.
" haa, dia cakap apa? " aku soal.
" dia kata... dia kata... " haa dia nak mula lah tu, perangai dia yang suka buat benda acah suspen.
" dia kata apa? "
" dia kata... "
" cepat lah, Gyu! Seungcheol kata apa? "
" dia kata.... "
kuat aku tampar kepala Mingyu. taik lah galah ni asyik ulang benda yang sama.
" sakit bengap! " dia nak jentik dahi aku tapi laju aku elak.
" dah tu, kau asyik ulang ayat yang sama je "
" dia cakap kau punca semua ni jadi "
" hah? aku? " aku tunding jari dekat diri aku sendiri dan Mingyu pun mengiyakan dengan anggukan.
aku ada buat something ke?
ehh mana ada. aku rasa aku baik je untuk takat ni.
apa benda aku dah buat dekat Seungcheol ehh?
" okay, stop berangan nak kahwin dengan aku. ada lagi seminit, jom kita rehat "
" kita? "
ewah senang je nak ajak-ajak. ni mesti sama kes dengan Taeil ni, member palau. tu yang ajak aku.
" mesti kau kena palau dengan member kau, kan? "
" aku? kena palau? pfft mana ada siapa yang berani palau aku. ini abang Mingyu lah. habang ganteng lagi bergaya "
ffuh dia punya muka belagak sambil tepuk dada sendiri tu, sumpah rasa macam nak pijak je.