" tak nak makan ke? " Taeil soal masa aku tengah buka botol air mineral.
" makan lah sikit " Taeil hulur aku satu sandwich.
aku lapar je tapi scene aku kat sini aku kena berpura-pura tak nak makan. dah Taeil pulak pergi hulur macam ni, tak cakap banyak (?) terus aku ambik.
duduk sekejap, Mingyu pulak yang labuhkan punggung. dua kotak air strawberry dia bagi dekat aku dengan Taeil.
" tak suruh beli pun? " bagus Taeil sebab soal bagi pihak aku.
" aku baik harini, so aku belanje "
serentak aku dengan Taeil angguk.
rehat aku hari ni macam biasa. tak de langsung benda pelik yang terjadi. cuma aku je lah, asyik terfikir pasal Seungcheol.
" yang lain dah rehat, si Seungcheol tak rehat ke? " ehh macam boleh baca fikiran aku pula si Mingyu ni.
aku tak jawab apa. Taeil pula angkat bahu tanda tak tahu.
sambil kunyah sandwich yang Taeil bagi tu, aku fikir sekejap macam mana nak berbaik dengan Seungcheol. mesti korang pelik kenapa Seungcheol tak bercakap dengan aku kan. like aku pun pelik nak mampos sebenarnya. last chapter aku dengan dia pun tak salah aku masa dia keluar kelas lepas jentik dahi aku tu.
haa time tu je lah. lepastu dia tak nak bercakap dengan aku dah.
sekarang ni, aku nak mintak tolong dekat siapa th-tibeh satu idea mula muncul bila aku pandang dua ekor manusia depan mata.
yes!
Mingyu dengan Taeil. aku boleh guna diaorang.
" aku tahu dia macam tibeh kalau aku mintak macam ni tapi korang tolong aku berbaik semula dengan Seungcheol boleh tak? " aku sengih tengok Mingyu dengan Taeil silih ganti.
" boleh-boleh " cepat je Taeil jawab.
" aku boleh tolong, tapi kau tahu kan kau kena bagi apa? " nak je aku ludah tengok muka kerek Mingyu. yes guys, mesti lah kena bagi duit dekat galah ni. kalau tak, dia tak nak buat kerja.
" fine, aku bagi kau duit. kau nak apa? " aku tanya Taeil sambil masukkan baki sandwich dalam mulut.
" tak payah lah, aku tolong ikhlas "
kadang-kadang terfikir jugak aku kenapa author tak nak jadikan Taeil ni member aku dari awal. kalau tahu dia baik macam ni, dah lama aku ambik kesempatan.
" aku ada idea " kuat Mingyu tepuk meja.
" haa idea apa? " aku jongket kedua kening.
" esok, kau datang sekolah awal, dalam pukul 6.30 macam tu. nanti aku bagitahu Seungcheol datang awal "
" ok... okay? "
" aku akan suruh Seungcheol pergi kelas. haa time tu, kau masuk je kelas (?) terus kunci pintu tapi pastikan tak de orang lah "
kejap-
kenapa kena tak de orang pulak?
" dah kunci pintu, kau tolak Seungcheol sampai lah dia langgar dinding. lepastu... "
" lepastu? " aku dengan Taeil mula tak duduk diam. nak tahu apa yang perlu aku buat lepas dah tolak Seungcheol sampai dinding.
" lepastu kau buat macam ni " sambung Mingyu sambil tunjuk apa yang perlu aku buat nanti.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" jom Taeil, rehat dah habis " aku tampar kepala Mingyu sebelum tarik Taeil.