Dalam menjalani hari hari mungkin kita sebagai manusia yang mencintai seseorang akan merasa benci walaupun seketika. walaupun kita benci , kita tetap suka dan sayang kan seseorang itu tanpa jemu dan bosan.
Cinta boleh ditakrifkan dengan pelbagai maksud mengikut spekulasi seseorang dalam menghadapinya. Saya sebagai pencinta kepada seorang mekanik, saya cinta kan dia bukan sebab rupa , harta atau pun lain lain. saya mencintai dia kerana saya mulai rasa sejak dia mengusik saya dengan perkataan "Mak cik" ,"Nasi Lemak tak cukup semalam" dan banyak lagi kenangan yang membuatkan saya terjatuh cinta terhadapnya. Kadang kadang mungkin orang tidak dapat menerima saya untuk mencintainya kerana dia hanya seorang mekanik .
Bagi saya , Siapa "DIA" , Dari "Mana" dan mengapa saya mencintai "DIA".
Hanya saya sahaja yang tahu jawapannya.
Tinggal beberapa hari sahaja cukup satu tahun .
Terasa begitu cepat masa berlalu. Dulu "DIA" sentiasa ada di depan mata ku tetapi kini "DIA" jauh kerana faktor tempat kerja . "DIA" tetap ada di mana mana setiap kali aku pergi ke tempat kerja aku merasakan kehadirannya. TETAPI, kenyataannya, "DIA" tiada pun .
Seorang mekanik, tiada masa untuk wanita semasa bekerja mungkin ada tetapi sekejap. cerita hidupku, pelbagai spekulasi yang dibuat oleh orang awam di sekeliling tempat kerja ku ada mengata dia mempunyai skandal di luar pada saat mula aku mengenali dan mula untuk menyukainya.
pada tanggal 22/4/2017 tahun lepas, aku dan "DIA" telah menghadirkan diri di dalam kursus kahwin. pada awal minggu sebelum tanggal tersebut tiba, dia menyetujui tanpa apa apa sebab. kalau "DIA" tak setuju mungkin dia saja je nak mainkan aku.
MAMA suka sangat dengan DIA sebab dia ikut apa yang mama suruh.