Selamat Hari Pekerja 2018,
Kepada semua warga kerja di Malaysia.
Tahun Ini , Saya meraikan Hari Pekerja Kali Ke 4 Tahun Sebagai Seorang Kerani Stor. Mungkin Pada Orang lain, Jawatan aku ini mungkin tidak akan ke atas mahupun ke bawah kerana jawatan akan jadi maintain sampai bila bila.
Kerja Aku bukan menjaga stor atau mengambil barang atau mengira barang . Aku hanya mengisi borang laporan, merekod segala barang ke atas bas mana atau van mana. Namun begitu, aku juga memegang jawatan sampingan seperti pengawai SHE. Tetapi, itu hanya jawatan sahaja dan aku telah menyertai kursus SHO pada tahun 2016 bulan november. Aku hanya lulus paper 1 sahaja daripada 4 paper. Doakan saya ye berjaya tinggal lagi berapa bulan sahaja sijil saya akan Expire iaitu bulan 2 2019.
Pada Aku, dalam SHO ini memerlukan seseorang yang kuat menghadapi segala tuduhan mahupun kata kata kasar daripada sesiapa sahaja. kerana jawatan ini berpihak kepada keselamatan syarikat tersebut. Saya juga tidak tahu berjayakah saya untuk terus berpegang kepada jawatan tersebut dan berjayakah saya untuk mengambil lagi 3 lagi paper tersebut. Saya berasa risau untuk mengambil lagi paper tersebut .
Sesungguhnya, aku harus berusaha lagi jika aku gagal. sehingga hari ini, aku masih fikir tentang perkara ini dan soal hidupku bersama dirinya. Aku tiada tempat untuk bercerita. Jika Aku ingin bercerita mungkin aku harus tunggu Dia betul betul sedia untuk mendengar ceritaKU.