Cuti kata lain nya holiday, bagi aku seperti melepaskan hela nafas yang panjang pada langit .
Tanpa aku tahu angin tidak selalunya ada untuk aku.
27/4/2018
Pada hari ini, Teman lelakiku pergi bercuti dengan membernya dengan menaiki motor nya yang baru mungkin Y125Z ke bukit gambang, pahang. Aku memberikan sedikit ruang kepadanya mungkin aku hanya mampu melihat Dia gembira dengan cara itu. walaupun setiap hariku tidak seperti mana aku kenal pada awal perkenalan. Ia tidak menjadi masalah kepadaku. Aku sentiasa takut dan gelisah mungkin diriku hanya ada bila dia perlukan aku sahaja. Aku tahu keadaan pasti berubah daripada masa ke masa . Aku mengerti dan Faham bahawasanya hidup ini bukan ditentukan oleh kita tapi kita mampu mengubahnya menjadi lebih baik.
Biarkan dia bercuti dengan tenang tanpa gangguan daripada aku. Aku juga tidak ingin dia mengalami stress dan tension disebabkan aku . Dan aku sedar setiap hariku sunyi sepi sejak dia dah berubah sedikit demi sedikit akibat daripada pekerjaan atau kekangan masa yang sedikit untuk dia luangkan bersama aku atau penat.
semoga bergembira buah hatiku, jangan engkau risaukan aku kerana aku sudah terbiasa sepi dan sunyi tanpa mu. tanpa kau tahu aku merinduimu setiap hari tanpa jemu dan bosan .
Aiman Nori , Aku Rindu............