PROLOG

353 8 9
                                    


[DERITA SEMALAM]

Izinkan bibir bertutur bicara melafazkan kalimah cinta
Walaupun hakikatnya
Hati bakal terluka dan kecewa.

AYDA_HASSAN

RUANGAN Bilik Pesakit VVIP didekorasi terhias indah dengan bunga mekar berwarna merah juga renda putih dan banner perkahwinan mereka. Kelihatan sosok gadis yang terbaring lemah mengenakan busana gaun berwarna putih mutiara.

Dicalitkan sedikit lipstik menghilangkan warna pucat dibibirnya. Tersenyum melebar dan pandangan sayup-sayup menatap semua ahli keluarga.

Kehadiran seorang jejaka yang dicintainya telah memancing perhatian gadis sedikit cengkung  membetulkan kedudukannya. Syafiq Asyraf jejaka yang telah mencuri hatinya sejak dibangku sekolah sehingga detik kini masih utuh memberikan kata semangat melawan penyakit dihadapi Irdina.

Syafiq menghampiri figura wanita yang dicintainya. Fatin Irdina, gadis lemah lembut tutur bicara, menghormati kedua orang tua juga seluruh keluarganya. Keperibadian cukup mencairkan hati jejaka. Namun mengapa harus dia yang merasa menderita.

Syafiq melabuhkan punggung duduk diatas katil disisi Irdina. Anak mata menatap wajah yang sudah lemah tidak bermaya. Airmata Irdina mengalir sebak kerana dia mengetahui hari terakhirnya bakal tiba.

"Awak..saya rasa awak tak perlu buat semua ni..." Bergeletar suara menatap wajah kekasihnya.

Syafiq memegang lembut tangan Irdina, digenggam dan dikucup mersa. Lalu tangan kanannya membelai lembut pipi milik Irdina.

"InsyaAllah semua akan baik sayang. Pasti akan ada keajaiban buat kita. Kena kuat.. jangan mengalah"

Irdina menyandarkan kepalanya pada bahu Syafiq yang mengenakan baju melayu warna sepasang dengan pakaian yang dikenakan oleh Irdina.

Mengetap kuat rahangnya dan memejamkan mata apabila merasa denyutan kuat dibahagian kepalanya. Kemudian mencari dorongan agar terus tampak bahagia dihadapan mereka.

Jurunikah telah pun tiba, wali dari Fatin Irdina dan semua keluarga sudah berkumpul untuk memulakan akad nikah.

Mereka duduk berjabat tangan ingin meneruskan dan mempercepatkan majlis ijab kabul yang sudah lama dirancangkan oleh Syafiq dan Irdina.

Ibu Irdina duduk disamping anaknya dan Menjadi bahu ibunda sebagai sandaran kepala menatap wajah Syafiq yang segak mengenakan baju perkahwinan lengkap samping dan cengkolok menghiasi kepala.

Senyuman tercalit dibibir figura Irdina,namun sakit lebih memonopoli dirinya hingga kurang tumpuan apa yang dibicarakan mereka.

"Engku Syafiq Asyraf Bin Engku Ishak Azhar, aku nikahkan dan kahwinkan dikau dengan Fatin Irdina Binti Zamarulzaman dengan maskahwin lima ribu ringgit dibayar tunai."

"Aku terima nikah Fatin Irdina Binti Zamarulzaman dengan MasKahwin lima Ribu Ringgit dibayar tunai"

Tangan dileraikan dengan menadah memanjatkan doa sebaik sahaja saksi dan wali mengesahkan lafaz yang diucapkannya.

"Alhamdulillah.. akhirnya anak mama dah sah menjadi suami Syafiq.. macam yang Irdina nak kan sayang..." lembut suara mendayu-dayu tidak sudah kedengaran anaknya.

"Dina???"

"Dina sayang?" Wajah Puan Azimah berkerut tidak menerima respon balas dari anaknya yang sedang bersandar dibahunya.

Lantas jururawat dan doktor menjadi panik dan meluruh ke arah Irdina memeriksa keadaan jantungnya yang sedang lemah.

Syafiq bangkit dan membuka langkah menuju ke arah Irdina, airmatanya mengalir jua bimbang dengan keadaan isteri yang baru dinikahinya "Dina nak cakap dengan Syafiq Ma..."

Suara lemah hampir tidak kedengaran dihalwa telinga. Semua doktor dan jururawat melangkah memberi ruang untuk pesakit mereka yang sedang terbaring tak berdaya.

"Abang ada sayang... Dina kena kuat untuk abang..." Dahi milik Irdina dikucup mesra dan airmata menitik mengalir diwajah isterinya.

"Saya minta maaf awak. Saya tak kuat lagi.. janji dengan saya. Awak tak akan lupakan saya dan carilah penganti saya..."

"Tak sayang .. abang nak sayang seorang saje.. tolong jangan tinggalkan abang sayang..."

Mengeletar suara Syafiq berkata-kata. Tangan lemah milik Irdina digenggam seerat-eratnya dan diletakkan pada bibir dihujani airmata.

"Saya tak boleh lagi wak.. saya tak kuat.." Rengek kecil suara Irdina kelihatan bening airmata menitis dihujung garisan anak matanya

"Abang tahu sayang kuat... abang panggil doktor bagi sayang ubat tahan sakit" Syafiq ingin berdiri namun Irdina menarik tangan suaminya dari terus berganjak pergi.

"Tak perlu lagi awak..., awak lelaki paling baik pernah saya kenali. Saya harap awak teruskan hidup awak tanpa saya...janji selitkan nama saya sedikit dalam doa awak.. saya sayang sangat dekat awak Syafiq..."

"  I Love You Too , sayang.." Irdina menarik nafas panjang sebelum menghembuskan nafas buat terakhir kalinya.

"No !! No!! No!! No!!  Irdina.. sayang.. bangun.. jangan tinggalkan abang. Tolong bangun..."

Tubuh Irdina digoncang ingin mengejutkan gadis itu semula. Namun sayang hanya tinggal jasad tanpa roh terbaring kakuh.

"Fiq.. sudahlah nak.. Irdina dah tak ade." Ujar Encik Zamarul menepuk lembut bahu menantunya. Airmata diseka melawan keperitan kehilangan anak tercinta.

Puan Azimah menangis meratap wajah anak yang dikandungkan 9bulan 10 hari,dilahirkan, disusui, dijaga hingga dewasa seperti ini terlebih dahulu dijempt ilahi.

"Allahu Akhbar anak mama...Irdina.."
Mengeletar tubuh figura berusia menghampiri anaknya. Airmata deras membasahi pipi dibiarkan sahaja.

Dikucup mesra tubuh yang tidak bernyawa dan peluk seerat-eratnya.

"Maafkan mama tak dapat buat apa-apa. Kalau boleh gantikan dengan nyawa mama..mama rela sayang.. mama rela...."

"Fiq yakin Irdina masih boleh diselamatkan .. tolong doktor..berapa pun bayarannya saya tanggung.. tolong.." Rayu Syafiq menghampiri beberapa orang doktor yang sudah menunduk lemah.

Perkara inilah yang tidak digemari oleh mereka,tugasan sebagai doktor menyelamatkan nyawa pesakit mereka namun ada segelintir terpaksa akur dan menanti keajaiban daripada Allah.

"Maafkan kami Encik.. kami sudah buat sedaya upaya..tapi Allah lebih menyayangi dia.."

"Aku cakap buat! Buat jelah!!" Kolar doktor direntap kuat melepaskan bahang kemarahannya. Lantas yang lain meleraikan genggam Syafiq dan dibawa pergi. Jeritannya kedengaran jelas masih cuba membangunkan gadis yang sudah tidak bernyawa.

DERITA SEMALAMWhere stories live. Discover now