- 2 -

206 10 4
                                    


[ DERITA SEMALAM ]

Izinkan bibir bertutur bicara melafazkan
Kalimah cinta
Walaupun hakikatnya
Hati bakal terluka dan kecewa

BY : AYDA_HASSAN

MASA Berlalu dengan pantas seakan tidak terasa hari menyatukan Aisyah Umairah dan Syafiq Asyraf telah pun tiba. Majlis diadakan cukup ringkas dan hanya kerabat ahli keluarga sahaja yang datang memeriahkan majlis dihadapan kawasan rumah Engku Izhar dan isterinya.

Majlis diadakan sebelah malam,kenduri kecil-kecilan sahaja dilakukan kerana beberapa minggu lagi baru majlis resepsi bakal dilangsungkan dengan gilang gemilang.

Aisyah Umairah sudah sedia mengenakan busana yang dipilih oleh bakal mertuanya Engku Syarifah manakala Syahirah pula mengurungkan diri didalam kamarnya kerana tidak menyukai gadis itu bakal masuk ke dalam keluarga mereka.

Benci tidak terkira bahawa gadis kampungan bakal mengantikan tempat Fatin Irdina sahabat karibnya yang telah lama meninggal dunia.

Syafiq Asyraf bersandar lemah disofa berdo'a agar tok imam atau jurunikah tidak akan datang ke majlis mereka. Malangnya kenderaan Haji Qayyum baru sahaja memasuki gerbang rumah dan menuju ke parkiran diluar sana.

Sesekali mengerling ke arah Aisyah Umairah, gadis itu tak kurang cantiknya,mata berwarna Hazel, berkulit putih, bibir merah delima tapi sayang hatinya telah terpaut pada seorang sahaja. Fatin Irdina gadis paling dicintainya.

"Mari kita mula majlis" ajakan suara sarau dari Engku Izhar mencuri tumpuan Aira dan Syafiq. Pandangan dijatuhkan ke permukaan lantai sebaik sahaja Syafiq melihat tajam ke arahnya yang sedang duduk dipelaminan indah.

Langkah yang lemah kini dibuka dan bersilah dihadapan jurunikah. Muka yang muram terpaksa bila terpaksa menikah secara mendadak.Sempat lagi Syafiq menyeringai ke arah Aira, gerlingan tajam dihadiahkan buat gadis disana.

Raut yang masih tawar dialihkan ke arah jurunikah. Umairah terpaksa membisukan mulutnya, sudah nyenyeh bibir mencari alasan agar perkara ini dibatalkan namun kekerasan ketua kepala keluarga ini tidak dapat diledakkan.

"Engku Syafiq Asyraf Bin Engku Izhar Azhar, aku nikahkan dikau dengan Aisyah Umairah Binti Amir Shah dengan maskahwinnya seribu ringgit dibayar tunai"

Tangan dihentakkan ke bawah memberi isyarat menandakan giliran Syafiq meluncurkan kata.

"Aku terima nikah Aisyah Umairah Binti Amir Shah dengan maskahwin seribu ringgit dibayar tunai"

"Sah!"

"Sah!"

Kepala yang ditoleh ke kiri kanan arah saksi kini melihat ke kembali ke arah depan dan menadah tangan mengaminkan doa tok imam.

Jurunikah membawa Syafiq bangkit daripada duduk mereka menuju ke arah Aisyah Umairah yang bergementaran diatas pelamin indah berwarna biru muda dan bunga mawar putih menghiasi mahligai yang dibina.

Maskahwin dihulurkan dan kemudian bersalaman. Kini, sebuah kucupan dilayarkan pada dahi milik Aisyah Umairah namun seakan tidak ikhlas sahaja kerana kucupan langsung tidak kena pada dahinya.

"Buat betul-betul Fiq"

Teguran figura berusia menyedari telatah anaknga yang terlalu lekas menghentikan acara pembatalan air wudhu antara mempelai lelaki dan wanita.

"Malulah tu !!" Usikan suara membuat hati Syafiq bertambah jengkil tidak terkira. Drastik dia mengucup dahi Aisyah Umairah dengan kuat hingga Aira tersentak dan terundur dek kekasaran jejaka.

"Puas?!" Kening dijongketkan ke arah Aira dengan sebuah tatapan mata memanah tajam ke arah gadis yang masih terpinga-pinga.

Syahirah yang berada ditangga rumah mendengus geram melihat wajah Aisyah Umairah. Tatapan wajahnya dapat ditangkap oleh gadis disana yang berlakon sedih konon terpaksa! Benci! Benci dengan manusia yang pandai berpura-pura.

Aira merundukkan wajah mengikat mata dari mengalirkan cecair rasa sebak didada. Baru sahaja kehilangan ibu dan ayah tirinya , sekarang terjebak dalam sesuatu kemelut yang sungguh besar dan membebankan.

Syahirah diarahkan oleh ibunda untuk bersalaman dengan abang dan kakak tirinya. Tubuh yang lemas digerakkan juga ke arah mereka yang sedang duduk bersama-sama diatas pelaminan sederhana.

Memberi salaman kepada Aisyah Umairah dan berlaga pipi ingin melepaskan bahang amarahnya. "Kau jangan ingat kau boleh hidup bahagia masuk dalam keluarga kami. Aku akan pastikan abang aku akan ceraikan kau secepatnya. FAHAM?"

Desis suara Syahirah menyelinap masuk ke dalam halwa telinga Aira dan membuat keretakkan dan kepedihan didalam hati gadis yang tidak tahu apa-apa.

Tiada apa yang mampu dikatakan Aira selain mengumpulkan sahaja askara didalam hatinya. Jikalau dilepaskan pasti tidak akan diterima baik oleh mereka. Apa yang dianggap mereka, Aira Perempuan yang murah.

"Lama benar pelukan kamu tu Syah. Nak cepat lekat jodoh ke?" Usikan suara meleraikan dekapan kuat milik Syahirah.

Aisyah mengerling sekilas ke arah suaminya. Syafiq tersenyum sinis bagai dapat menangkap omongan adiknya. Drastik Aisyah menundukkan wajah semula tidak tahu bagaimana lagi untuk menyelamatkan dirinya.

Dia sudah sah bergelar isteri pada seseorang yang baru pertama dikenalinya. Keluar mulut harimau masuk mulut singa. Malang tidak berbau nak buat bagaimana.

"Kau dengar tak apa kata adik aku? Apa dia cakap bukan rekayasa, tapi semuanya sahih dan benar belaka"

Bisik suara Syafiq menjongket Alis ke atah Aisyah dan senyuman sinis penuh makna.
Gadis tergumam dan mengetip bibirnya menahan dada dari buncah gelisah memonopoli jiwa. Menundukkan wajah dan mematungkan dirinya.

Aira memanjatkan doa didalam hati dan kotak fikirannya, moga ada anjakan paradigma perubahan yang baik antara dia dan 'suaminya'.

DERITA SEMALAMWhere stories live. Discover now