- 1 -

228 9 3
                                    


[ DERITA SEMALAM ]

Izinkan bibir bertutur bicara melafazkan
kalimah cinta
Walaupun hakikatnya
Hati bakal terluka dan kecewa

BY AYDA_HASSAN

VILLA paradise tertangkap dianak mata dengan langkah yang lemah terpaksa juga digigihkan mencari tempat persembunyian daripada abang tirinya.

"Tak guna! Kejar!!"

Lantang suara membuat gadis terkapai-kapai menguatkan derapan langkah dan menyelinap masuk ke dalam sebuah villa dan menutup pintu kaca secepat-cepatnya.

Dia sepantasnya berlari mencari tempat untuk menyembunyikan diri, airmata masih berlinang dipinggir pipi. Sungguh tidak menyangka abang tirinya tega menjadikan dirinya habuan dan diagihkan kepada teman-teman.

Figura gadis cepat menaiki anak tangga ingin menyorok didalam bilik tingkat atas sana. Sunyi sepi terasa seperti tidak dipenghunikan oleh sesiapa.

"Kau siapa?!" Soal lelaki berdiri dibelakang gadis yang masih terpinga-pinga. Drastik gadis itu memusingkan tubuhnya dan diam seribu bahasa kebisuan meranta.

Wajah kusam milik jejaka, dipenuhi jambang diwajah, rambut tidak terurus dan tatapan mata bak serigala menikam sanubari gadis imut yang sedang dilanda masalah.

"Saya..."

Jejaka menilik dari atas hingga ke bawah, baju kurung dikenakan pada tubuh gadis depan mata bagai terobek ditulang bahunya.

"Saya -"

"Keluar!!!"

Lantang suara memecah membuat mata gadis tersebut terkebil-kebil memandang sayup wajah lelaki yang sedang dilanda amuk amarah.

"Tolong saya encik.-"

"Aku kata keluar! Keluarrr!!!!"

Gadis terbungkam menguncikan mulutnya apabila tatapan mata semakin tajam ke arahnya.

"Keluar! Kau faham tak ni!!!" Telunjuk diarahkan ke bawah sana dengan serta merta bunyi gebukan dipintu kuat mengempita mencuri perhatian mereka berdua.

Jejaka ingin membuka langkah namun terlebih dahulu gadis meraih pergelangan tangan jejaka agar tidak meneruskan tingkahnya.

"Tolong Encik jangan buka pintu itu. Tolong Encik"

Rayuan dibalas dengan bunyi decitan dari jejaka dan mengatur langkah menuruni anak tangga. Bingkas gadis berlari menarik jejaka namun ditolak hingga jatuh ke atas lantai.

"Tolong jangan buka Encik...." rintih suara masih tidak diendahkan.

Pintu dikuakkan perlahan kelihatan beberapa figura lengkap mengenakan pakaian kurta dan berkopiah menatap dua figura dalam satu rumah,Bersedudukan tanpa ikatan yang sah.

"Kami dari Jabatan Agama Islam, kami mendapat aduan disini ada kemaksiatan, sila ikut kami ke pejabat sekarang"

*****

BANGLO Megah didekorasi ala belanda, dihiasi pelbagai perabot yang mewah jutaan milion dollar harganya. Sosok gadis berdiri dimuka pintu, terkaku hanya merundukkan wajah dan membatu.

Tatapan silih berganti dari beberapa sosok figura yang tidak dikenali. Bebola mata bagi berapi-api menatapnya yang masih menyepi.

"Along kata cintakan kak Dina! Ini apa?! Baru setahun dah jumpa penganti dia?"

Sinis sindirian mendakap mesra tubuhnya yang ramping dibaluti pakaian ketat berwarna merah.

"Kamu diam Syahirah" Arah figura berusia melepaskan helah nafas terdengar berat dengan beban yang mengikat.

Urusan perusahaan mengalami masalah kerana anaknya berdegil memerukkan diri didalam sebuah Villa ditambah lagi isu yang bakal menjatuhkan martabatnya.

Bagaimana jikalau orang tahu bahawa usahawan berjaya yang menghilang tiba-tiba ditangkap khalwat dengan seorang gadis disebuah Villa megah dikaki bukit sana.

"Macam inilah.. ayah akan satukan Syafiq dengan... siapa nama kamu ?"

Pandangan mata diarahkan kepada gadis yang menongak wajah perlahan membalas tatapan. "Nama saya Aisyah Umairah,Tuan"

"Syafiq akan disatukan dengan Aisyah Umairah" Engku Izhar menyambung bicaranya semua. Syafiq yang tadinya duduk kini membangkitkan dirinya.

"Tidak! Fiq tak akan kahwin dengan dia. Afiq sudah ada isteri dan tak akan menikah dengan gadis mana pun lebih-lebih lagi. Dia"

Ketajaman anak mata dibusurkan ke arah Aira. Aira tergumam kembali merundukkan wajah dan mengigit bibirnya dari mencelah bicara mereka.

"Ye! Syah pun tak setuju Along menikah dengan perempuan ni, jangan-jangan dia nak bolot harta kita! Ayah tak boleh membawa masuk orang luar sewenang-wenangnya dalam keluarga kita!"

Syahirah mencelah membicarakan pendapatnya. Anak mata bagai membara-bara melihat gadis tidak diketahui asal usulnya.

"Ini demi kebaikan dan nama baik keluarga. Bagaimana kalau orang luar dapat tahu dan menguar-uarkan cerita ini ke serata dunia. Perusahaan kita yang juga dapat impaknya"

"Ayah bayar jelah budak ni untuk tutup mulut. Apa susah"

Cadangan Syahirah membuat ayahnya menggelengkan kepala. Lain benar hati pemuda zaman sekarang, lebih memilih perasaan.

"Afiq tak akan kahwin dengan dia dan tak akan sampai bila-bila! Afiq dah ada Irdina!"

"Dia dah lama tak ada nak..terimalah hakikatnya. Jangan menolak takdir yang ditentukan oleh Allah" Engku Syarifah mencelah memotong omongan pedas anaknya.

"Dia ni perempuan murah Ayah! Dia datang nak perangkap Afiq. Afiq tahulah!!!"

"Jangan menghina orang tanpa usul pereksa.." Engku Izhar pula membuka bicara. Dada berombak milik Syafiq jelas terlihat di sudut mata.

"Tidak!!! Syafiq tetap tak akan kahwin dengan dia!! Tak akannnn!!!"

"Betul tu! Heh perempuan. Berambus kau dari rumah keluarga aku. Jangan ingat kau boleh masuk dalam keluarga ini nak curi harta kami"Syahirah berdiri dan mendorong Aira keluar dari rumah.

"Syahirah! Jaga kelakuan kamu. Aisyah kamu jangan nak pergi ke mana-mana. Kamu berdua dah conteng arang dekat muka ayah lepas tu nak lepas tangan pula?"

"Syafiq tak kenal dialah ayah, ayah tak faham-faham lagi ke..."

Syafiq mengerutkan wajah menjelaskan apa yang telah terjadi antara dia dan Aira.

"Habis tu kamu nak ayah fikir apa?! Takkan nak tuduh pihak Jabatan Agama buat fitnah?! Ayah tak nak dengar penjelasan apa-apa. Kamu berdua tetap menikah!!"

"Syaf-"

"Sudah!!! Ayah tak nak penjelasan apa-ala lagi dari kamu semua! kamu dan Aisyah akan dinikahkan secepatnya!"

DERITA SEMALAMWhere stories live. Discover now