- 3 -

264 10 5
                                    


[ DERITA SEMALAM ]

Izinkan bibir bertutur bicara melafazkan
Kalimah cinta
Walaupun hakikatnya
Hati bakal terluka dan kecewa

BY : AYDA_HASSAN

KEKUSAMAN malam yang semakin tua, kesunyian rumah banglo megah tanpa suara hanya bunyi geseran pinggan mangkuk didapur membereskan kotoran yang baru diguna.

Aira menghulurkan bantuannya mengelap pinggan mangkuk dan disusunkan semula ke dalam tempatnya. Dilakukan penuh berhati-hati dan rapi rantam membuat kerja bersama-sama pembantu rumah.

Kehadiran Syahirah memasuki ruangan dapur membuat Aira terdiam tanpa kata menundukkan wajah memberi konsentrasi pada pekerjaannya.

SHIIRTTTTT

Aira mendonggakan kepala sebaik sahaja air dingin dicurahkan diatas kepalanya. Wajah Syahirah melorek senyum lebar gembira dapat mengenakan gadis kampungan yang menyemak dalam ruangan rumah mereka.

"Apa yang kamu buat tu Syah!" Tersentak gadis itu mengundurkan langkah apabila ulahnya dapat dihidu oleh ibunda. "Ergh.. Syah lalu dekat sini..tak perasan pula ada Aira dan tak Ter'sengaja air tumpah dekat akak Aira"

Bohong Syahirah mencari akal agar tidak dimarahi ibunya.Engku Syarifah menayangkan muka marah kepada Syahirah.

"Betul ke Aira?"

Perlahan kepala dianggukkan dan sempat mengerling ke arah Syahirah yang memberi isyarat tatapan mata maha tajam ke arahnya.

"Betul Engku.."

"Jangan panggil engku..panggil Ibu je, sudah buat kerja tu.. pergi naik atas mandi lepas tu tidur.." Pinta Engku Syarifah melihat sosok Aira sempat mengerlingkan pandangan ke arah pembantu rumah yang sudah menguncikan mulut mereka.

Masing-masing berlumba menjadi batu mendiamkan diri dan mematungkan raga.
Tubuh dibangkitkan dari duduknya sempat mengusap umbunan yang basah dan menekup wajah seketika.

Kaki dilayarkan menuju ke ruangan tengah dan ingin menjejakkan langkah kakinya menaiki anak tangga menuju ke aras atas sana.

Dup dap dup dap detakkan jantung tidak senada. Bibir dikepit dengan langkah yang teragak-agak ingin meneruskan gerak gerinya.

"Aira? Naiklah sayang.. bilik Aira dengan Afiq dekat ruang hujung sana. Nak ibu hantarkan ke?' Kening dijongket sebelah mengacukan persoalan pada si gadis jelita.

"Takpe ibu..terima kasih.. selamat malam ibu. Aira berehat dulu" Aira mengatur geraknya bersalaman dan mencium tangan sang ibu mertua. Sejuk hati Engku Syarifah melihat gadis menghormatinya persis seperti orang tua kandungnya sahaja.

"Ih! M U N A F I K" Desis suara sindiran menyinggah masuk ke dalam telinga mencuri tumpuan mereka berdua. Jerlingan tajam milik Syahirah diarahkan ke arah Aira kemudian meneruskan langkah terlebih dahulu menaiki anak tangga menuju ke kamar peraduan miliknya

Aisyah Umarah membiarkan sahaja anak mata mengekori sosok Syahirah. Muka yang sedih diselimuti gembira walhal hatinya terasa benar dengan omongan adik iparnya.

"Jangan pedulikan dia tu Aira. Dia memang macam tu.." Bahu ditepuk lembut membuat Aira kembali mengalihkan layar mata ke arah ibu mertua dengan mengariskan senyuman mekar bak bunga dipagi yang indah.

"Takpe. Aira tak ambil hati pun"

"Pergilah Naik.. mandi, tukar baju lepas tu tidur." Aira mengangguk kepala lemah dan meneruskan derapan kaki menaiki tangga.

Semakin hampir langkah dibuka semakin kuat detakkan jantung sudah tidak dapat dikawal degup gendangnya. Mengeletar lutut Aira bila pintu kamar sudah tertangkap di kanta mata.

Terakam diotaknya dan memainkan semula kaset omongan Syahirah dan didukung Syafiq suaminya. Ketara lelaki itu tidak suka dengan kelibatnya.

TOK!! TOK!! TOKK!!
BUNYI ketukan pintu mula bergema dan tidak diendah.Aira mematungkan diri dimuka pintu dan menunggu suara membenarkannya masuk ke dalam ruangan kamar mereka.

KRIKKK!!! Bunyi pintu dibuka kasar dan renungan mata tajam membuat Aira tidak dapat membukakan bicara. Digigit bibir bawah sambil membalas anak mata jejaka.

"Kau nak apa?!"

"Nak..."

"Nak masuk??" Syafiq mencelah dengan wajah bengis terpampang jelas aspek mukanya yang masih dalam emosi amuk amarah. Aira mengangguk lemah kemudiannya merundukan wajah.

"Tak boleh. Kau layak tidur luar rumah aku. Dekat pondok guard tu. Baru padan dengan muka kau"

"Syafiq....." Desis suara Engku Izhar ditekanan menatap wajah dan tingkah anaknya yang keterlaluan. Syafiq mengangkat wajah dan mengerling geram apabila ayahnya lebih mengutamakan orang luar dari dia

"Yang ayah nak bagi muka dekat dia ni kenapa?! Fiq bukan kenal pun. Kau berambus!!!"

"SYAFIQ!!! Ayah tak ajar kamu biadap dengan orang lebih-lebih lagi Aisyah Umairah ini isteri kamu!"

Tatapan buah milik Syafiq diarahkan ke arah ayahnya kemudian silih berganti ke arah Aira. Merengus geram bila tingkahnya ada sahaja yang salah dimata mereka. Drastik Syafiq membuka langkah keluar dari kamarnya dan memasuki bilik tidur yang lain.

Engku Izhar menggelengkan kepala tidak tahu macamana lagi cara untuk melembutkan hati anaknya.

"Masuklah Aira. Pergi berehat."Aira mengangguk lemah dan memasuki ruang kamar yang disediakan untuk malam pertama namun menjadi malam yang meninggalkan parut luka didalam benaknya.

Pintu dikaut perlahan sebaik sahaja masuk ke dalam ruangan. Bersandar lemah didaun pintu meratapi kepiluan takdir yang diaturkan terlalu berat dibahu.

Tanpa disedari airmata mengalir membasahi pipinya yang gebu. Luluh hati yang beku dan ditinggalkan kesan parut didasar hati itu.

*****

"KAU Bodohlah Wan!! Yang kau pergi telefon JAIS tu kenapa?! Tak dapat nak merasa anak dara. Asyik makan sisa-sisa je"

Rungutan suara milik sahabat karib Irwan Marwan abang tiri Aisyah. Kebenciannya menebal terhadap gadis kampungan itu, kerana gadis itu dia sering disisihkan dan sering ditindas oleh ayah kandungnya sendiri.

Sebaik sahaja kedua orang tua meninggal dunia. Buah fikiran terus tercipta untuk membalas kembali penderitaannya. Alasan mencari sang Ayah kandung Aisyah Umairah,sebenarnya cuma akalannya sahaja untuk menjerut gadis itu menjadi santapan buas manusia.

"Sabar Geng! Kalau aku bagi korang ..aku tak dapat apa-apa. Tapi kalau pemilik Villa Paradise ... aku boleh" kening dijongket penuh makna membuat sahabatnya tersenyum lebar dapat meneka apa yang terkandung dalam kotak fikiran kawannya.

"Hah! Duit!!!!" Suara Brian mencelah lantang memberikan jawapan yang penuh tanda tanya. Mereka bertiga bergelak ketawa bersama-sama kerana rancangan baru kini bermula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 15, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DERITA SEMALAMWhere stories live. Discover now