٦

83 7 0
                                    

Wahai sahabat semua, jom ikut aku...

Kita renungkan...

Sejak semalam, berapa helaian kitab  القراءن sudah kita baca?

Sejak kelmarin, berapa kali mulut kita berselawat ke atas رسول الله yang telah menyampaikan panji Islam pada kita?

Sejak malam yang sudah berlalu meninggalkan kita, berapa kali bibir kita berzikir pada Dia yang telah memberikan kehidupan kepada kita dan mengizinkan kita melihat anugerah dunia ini?

Sejak mentari terbit di pagi hari, adakah kita teringat kepada Pencipta kita?

Wahai manusia, ayuhlah kita beribadah padaNya. Hidup kita memang sudah termaktub hanya untuk beribadah walau setiap saat walau setiap detik, kita perlu ingat akan Dia, اللّه. Ingatlah firman اللّه dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56 :
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku."

Memang aku sendiri tidak nafikan yang kontemporari ini kita sentiasa sibuk...
Sibuk dengan kerja
Sibuk dengan sekolah
Sibuk dengan exam yang nak dekat
Sibuk dengan homework
Sibuk dengan social life
Sibuk dengan family
And so on
Tapi at least sibukkanlah juga diri kita dengan mengingati اللّه.

Bagaimana nak buat?
Bagi aku senang je...
-Berhenti kerja
-Delete account² yang ada
-Berhenti daripada pergi sekolah
-24/7 duduk di dalam bilik, berteleku baca القراءن, berselawat, berzikir dan tak buat benda lain kecuali beribadah.

Hmmm, kalau suruh buat macam ni, confirm tak jadi punya. Aku pun tak sanggup..

Don't worry, kita boleh cari inisiatif lain. Bagi aku cara ni sangat simple dan senang, buat 2 benda dalam 1 masa. Sambil menyelam minum air, kan?

Waktu kita sedang sibuk buat kerja tu, mulut kita kenalah berselawat atau berzikir. Janganlah buang masa bergossip dengan member meja sebelah tu. Macam itulah juga keadaannya bila kita tengah drive, berjogging atau buat aktiviti lain. Kalau tak nak berzikir or berselawat, kita bacalah ayat-ayat suci القراءن yang sudah kita hafal. Tawazun la sikit bro!

Kita sama-sama nak kejar syurga kan? Kita juga sama-sama nak dapat kebahagian dunia kan?
So aku cadangkan kita seimbangkan dua-dua ni, dunia akhirat. Barulah hidup kita akan rasa tenang.

Ingat tau waktu pagi, waktu bangun tidur kita niatkan supaya hari tersebut kita tidak akan lupa daripada mengingati اللّه !

JenDela DAKWAHWhere stories live. Discover now