PERMULAAN

24 3 0
                                    

Cikgu waktu exam be like...
Waktu UPSR : Nanti UPSR buat betul-betul kerana inilah penentu masa depan kamu.

Waktu PT3 : Jangan main-main, belajar elok-elok sebab PT3 adalah masa depan kamu.

Waktu SPM : Buat betul-betul, SPM ni bakal menentukan masa depan kamu.

-------------------

Orang  boleh kata "UPSR inilah menentukan permulaan hidup kamu.", "PT3 nilah permulaan bagi sebuah kehidupan.", "SPM inilah penentu untuk permulaan kehidupan kamu pada masa depan." etc. Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah segala kata-kata manusia ini hanyalah sebagai dorongan untuk kita lebih berjaya pada lain masa.

Kehidupan memang sudah lama bermula, cumanya kita sahaja yang alpa. Lalai dengan segala nikmat dunia.

Someones pernah berkata, "Kamu boleh tengok masa depan kamu dengan tengok apa yang kamu tengah lakukan sekarang. Apa yang kamu buat sekarang?" Dan disebabkan inilah, orang akan sedaya upaya untuk dapatkan result yang cemerlang dalam setiap kali peperiksaan, orang akan melakukan yang terbaik semasa di sekolah, orang akan sentiasa mencari peluang untuk menggapai sebuah kejayaan etc. Sebab apa? Sebab mahukan sebuah kejayaan di masa akan datang......masa depan.

 Tapi ingat, tak semestinya apa yang kita buat sekarang mampu memberikan masa depan yang cerah. Akan dapat pekerjaan, pasangan yang memahami, sihat sejahtera etc. Mungkin semua ini tak berjalan seperti yang dirancang tapi ingatlah bahawa sebaik-baik perancang adalah DIA YANG MAHA BERKUASA.

JenDela DAKWAHWhere stories live. Discover now