'KALAU'

15 1 0
                                    


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 الْمُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ

Mukmin yang kuat lebih baik

 وَأَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ الْمُؤْمِنِ الضَّعِيفِ

dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada Mukmin yang lemah.

وَفِي كُلٍّ خَيْرٌ

Pada masing-masing memang terdapat kebaikan.

 احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ

  Bersemangatlah melakukan hal yang bermanfaat untukmu

 وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ

 dan meminta tolonglah pada Allah, serta janganlah engkau malas

 وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ

Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan,

 فَلَا تَقُلْ

maka janganlah kamu mengatakan

 لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا

'Seandainya tadi aku berbuat begini dan begitu, niscaya tidak akan menjadi begini dan begitu' 

وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ 

Tetapi katakanlah; 'lni sudah takdir Allah 

وَمَا شَاءَ فَعَلَ

dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya 

فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ

Dan jauhilah olehmu dari ucapan 'Seandainya' (kalau), kerana sesungguhnya ungkapan 'Seandainya' (kalau) membuka peluang masuknya syaitan "

.

.

------------------------

Pengajaran dalam hadis ini adalah

1-Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih disayangi ALLAH daripada mukmin yang lemah

Dalam konteks ini, mukmin yang kuat merujuk pada mukmin yang mempunyai keimanan yang tinggi di sisi ALLAH manakala mukmin yang lemah adalah mukmin yang mempunyai keimanan yang rendah. 

Dalam hadis ini, terdapat beberapa ciri mukmin  yang kuat yakni

- Dalam setiap perkara yang dilakukan adalah bermanfaat baik untuk dirinya mahupun orang lain.

-Sentiasa meminta pertolongan daripada ALLAH 

-Tidak malas

2. Musibah

Sekiranya seseorang mukmin itu ditimpa musibah, janganah dia berkata 

'Kalau aku berbuat begitu pasti jadi begini dan begini'

sebaliknya katakanlah,

'Ini takdir daripada ALLAH dan apabila DIA berkata jadilah, maka perkara tersebut akan terjadi'

----------------

F : Adakah perkataan 'KALAU' langsung tak boleh digunakan? Kenapa ustazah saya dalam kelas guna perkataan 'KALAU'? Haritu, ustazah cakap, "KALAU ustazah tak masuk minggu depan, kamu boleh buat kerja sendiri' ?!!

A : Sebenarnya perkataan KALAU boleh digunakan tetapi mesti mengikut konteks atau keadaan yang sepatutnya.

>KALAU YANG DIBOLEHKAN ADALAH APABILA SESUATU PERKARA MASIH BELUM BERLAKU

Contohnya : "Kalau kamu rajin menuntut ilmu dan belajar bersungguh-sungguh, kamu pasti akan berjaya."

>KALAU YANG TAK BOLEH ADALAH APABILA SESUATU PERKARA SUDAH BERLAKU

Contohnya : "Kalaulah aku tak merajuk nak kasut baru haritu, mesti ayah aku masih ada denga aku harini." 

Nampak tak? Sedar atau tak jika kita guna KALAU (yang salah), kita seolah-olah mempersoalkan takdir yang ALLAH dah tentukan untuk kita. Kita seperti tak boleh terima qada' dam qadar yang sudah ditentukan tu?! Ingatlah bahawa ALLAH bagi kita ujian sebab DIA nak bersihkan diri kita dari dosa dan untuk menguji tahap keimanan kita sama ada akan menjadi lebih kuat atau lebih lemah. 

Jadilah mukmin yang kuat dalam apa jua keadaan!

---------------

Sumber : Kelas Quran Sunnah di Sekolah :)

JenDela DAKWAHWhere stories live. Discover now