صديق

81 6 0
                                    

المبنى

: Aku benci Mir. Benci. Sekarang dia dah tak suka aku. Tak sayang aku. Apa guna aku hidup lagi kalau dia dah benci aku. Lebih baik mati. (Menjejakkan kaki ke atas tembok bangunan)

"Sabar Zam, jangan lompat. Capai tangan aku, turun dari situ. Bahaya weh."

: Senang je kau suruh aku sabar. Padahal kau tak rasa apa yang aku rasa. Aku sakit weih. Sakit hati dengan Mir. Biarlah aku mati, biar dia hidup bahagia dengan Sarah. Sekurang-kurangnya aku tak payah tengok moment mereka dua bersama.

"Zam, cinta manusia memang macam tu. Hadir dan pergi. Kau kena sabar. Percayalah Allah dah simpan yang terbaik untuk kau. Kau tunggu aje. Ini ujian. Jangan terpedaya, jangan terlalu ikut emosi."

: Izz, kau senyap. Ni hidup aku, bukan hidup kau. Kau takkan  faham apa yang aku rasa. I really love her. Tak ada sapa boleh ganti tempat Sarah di hati aku. Kau pernah ke rasa macam ni? Rasa cinta dan sayang pada seseorang?

"...A-"

: Dan bila dia buat kau jatuh kat dia, dia khianati kau pula. Dia sembunyikan seseorang di belakang kau. Tahu-tahu je waktu kau tengah ready nak melamar dia, dia beri kat kau kad kahwin dia dengan seseorang tu. Kau pernah rasa?!

"...."

: And bila kau tanya dia sapa lelaki tu. Dia diam. Waktu tu jugalah, lelaki s*al tu datang and panggil cinta hati kau dengan panggilan "sayang". Patutnya kau yang panggil dia macam tu and bukan orang lain. Bukan sesiapa melainkan kau. Aku rasa nak belasah je lelaki s*al tu tapi bila dia datang dekat and you know what? He's Amir. Aku pun terkejut. Kalau laki lain takpa lagi nak belasah, tapi ni best friend aku weh. Depan aku bukan main baik, tolong aku, ajar aku dan buat benda sama-sama. Main games, bola sepak, study. Ah, memang ini dusta! Rupanya belakang aku, dia lain. Dia rampas Sarah aku. Aku dah tak boleh sabar dah ni! Biar aku mati! Kau jangan kacau, Izz.

"Zam, cukup. Berhentilah buat benda tak guna ni. Kalau kau lompat, maksudnya kau bunuh diri. Balasan orang yang membunuh diri adalah di neraka."

: So, ada aku kesah. Biarlah hidup aku, neraka aku. Tak kacau hidup kau pun!

"Tak, Zam. Memang kau tak kesah tapi aku kesah. Aku sahabat kau, Zam. Aku tak nak kau pergi dengan jalan yang ALLAH tak reda. Aku nak kita sama-sama berjalan masuk syurga. Aku taknak berjalan masuk syurga kalau kawan aku sendiri sedang meraung dalam neraka. Cukuplah buat benda tak guna ni, Zam. Aku kesah pasal kau. Cinta dikhianati itu benda biasa. Kita sebagai manusia perlu bertarung mendapatkan cinta-Nya. Cinta teragung. Cinta sesama makhluk bukan sesuatu yang kekal. Zam, please jangan. Lagipun aku percaya yang ALLAH dah rancang sesuatu yang baik untuk kau. Mana tau suatu hari nanti, ALLAH akan temukan kau dengan jodoh kau iaitu seseorang yang kau tak sangka. Dia akan buat kau bahagia daripada Sarah. Percayalah pada takdir yang ALLAH tentukan."

: Hm. (Berfikir sambil merenung wajah Izz lama-lama. Dia angguk dan cuba capai tangan Izz)

"Sikit lagi weh. Sikit je lagi."

(Tetapi tidak semena-mena datang angin kencang menolak Nizam jatuh dari bangunan)

: Ahhh...tolong aku!!!

"Zam!!!" (Sempat mencapai tangan Nizam) Zam, zam, aku takkan lepaskan tangan kau. Pegang tangan aku kuat-kuat."

: (Genggam tangan izz dengan kuat tetapi dia merasakan sesuatu menitik di mukanya. Apa ni? Dia memegang cecair tersebut dan mendapati cecair berwana merah itu adalah...Darah!!! Cepat-cepat pandangan dihalakan ke atas.) Izz, tangan kau, Izz! Kenapa kau buat macam ni?

(Hanya senyum)"Kita sahabat, kan? Kawan kenalah berkorban untuk kawan dia. (Cuba menarik tangan Nizam)

: Izz, lepaskan aku. Nanti tangan kau... Lepaslah! Lepaskan aku!!

"Aku takkan lepaskan."

: (Senyum) Izz, kalau itu yang kau nak, baiklah. Selamat tinggal, sahabat. (Genggaman tangannya dilepaskan)

"Nizam!!!!"

PS: This's part one.

JenDela DAKWAHWhere stories live. Discover now